Gandingan mantap |
Masanya Untuk Bertindak!
ANTARA
berita gembira yang dikhabarkan semalam adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan
Jabatan Cegah Jenayah (JCJ) dan kesungguhan PDRM menjalin kerjasama dengan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengurangkan jenayah selain
meningkatkan keyakinan rakyat terhadap langkah mencegah pelbagai aktiviti
jenayah di negara ini serta nilai integriti PDRM sendiri terhadap masyarakat (berita di sini).
Tindakan polis ini sangat-sangat
dialu-alukan berikutan berlakunya kemelampauan aktiviti jenayah sehinggakan ada
sesetengah mereka begitu berani melakukannya secara terang-terang. Misalnya, terdapat
aktiviti jenayah itu beroperasi berhampiran dengan balai polis sendiri tetapi
masih gagal dibanteras.
Justeru, dengan tertubuhnya JCJ ini
jenayah-jenayah seperti perjudian mesin judi haram, aktiviti nombor ekor haram,
pusat-pusat hiburan dan rekreasi haram, pusat-pusat persundalan dan yang
seumpamanya termasuk yang membabitkan penyalahgunaan dadah, rompakan, pecah
rumah, penipuan, rogol dan sebagainya tidak lagi seberani itu mempermainkan
undang-undang negara.
Selain itu, JCJ juga diharapkan
dapat menangani masalah lambakan pendatang asing tanpa izin dan mereka yang masuk
ke negara ini tetapi telah menyalah gunakan pas-pas lawatan mereka untuk
melakukan pelbagai tugas atau kerja lain termasuk yang berkaitan dengan
maksiat, kongsi gelap, dan dadah.
Sesungguhnya, aktiviti jenayah
seperti itu telah banyak merosak dan memporak perandakan kehidupan masyarakat dan
isntitusi keluarga masyarakat di negara ini.
"Ramai
keluarga yang porak peranda, ramai yang jatuh miskin dan tergadai harta benda
malah ramai juga yang telah rosak jiwanya akibat daripada keterbabitan mereka
ke kancah maksiat dan jenayah tersebut", kata beberapa penduduk yang
ketika membincangkan isu tersebut.
Jalinan kerjasama PDRM dengan SPRM
juga diharapkan mampu memulih dan meningkatkan keyakinan orang awam terhadap tugas
dan fungsi PDRM berikutan timbulnya kesangsian masyarakat yang mengkaitkan aktiviti
rasuah dengan polis.
PDRM dan SPRM sewajarnya memastikan
polis bersih daripada gejala rasuah sekali gus mengurai keresahan rakyat selain
meningkatkan keyakinan mereka terhadap keselamatan masyarakat awam di negara
ini. Sesungguhnya, berleluasanya aktiviti judi, maksiat, pendatang asing tanpa
izin dan penyalahgunaan pas lawatan adalah antara elemen besar yang boleh
meruntuhkan institusi masyarakat bahkan mengancam keselamatan negara secara
serius.
Syabas!
Jagindas: Masanya untuk
bertindak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.