Isnin, 20 Mei 2013

LANYAK ZAHID LANYAK, DEPA DAH BANYAK SANGAT LEMAK!

"Tinggalkan negara ini kalau tak suka 
dengan sistem yang ada..."

Sampai Bila Nak Tahan Sabar...

LIM KIT SIANG (LKS) dan gengnya, nampak benar-benar tergigitkan cili padi apabila Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi, menyergah supaya rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan sistem pilihanraya demokrasi berpalimen dan sistem beraja yang diamalkan di negara ini supaya berhijrah ke negara yang mereka suka yang sama sekali memenuhi citarasa mereka itu.
            Pada masa sama pula, ramai pihak yang menyokong ketegasan Zahid termasukan kalangan pemimpin-peminpin Pas dan golongan profesional. Dan, Zahid bukan sahaja tidak terbantut dengan tempelak LKS malah beliau terus mengeras ke hadapan. Dalam kata lain, apa nak jadi jadilah!
            Ya, bagi penulis begitulah caranya. Menteri KDN sewajarnya (bukan seharusnya) berpendirian demikian. Kers, tegas dan pedas! Itu sebab dalam angan-angan Pakatan Rakyat, kalau mereka dapat ke Putrajaya, mereka mencadangkan LKS akan memegang jawatan Menteri KDN. LKS pun cadangnya nak tempik ayat yang sama setelah selesai menterbalikkan bendera Malaysia. Namun sayang sekali, Zahid telah mendahuluinya.
            Cuma, sekali lagi penulis nak ingatkan agar Zahid benar-benar menghayati apa yang dia telah katakan. Berpeganglah kepada amanah kata-katanya sendiri. Penulis, malah khlayak juga bimbang kalau-kalau Zahid membayangkan dia sedang berucap dalam Dewan Persidangan Perwakilan Umno. Ingat tak kisah bagaimana, DS Hishamuddin Hussein (ketika itu Ketua Pemuda) akhirnya terpaksa memohon maaf kepada masyarakat Cina selepas beliau menghunus dan mengucup sebilah keris.
            Perbuatan itu konon sebagai provokasi menakut-nakutkan rakyat bukan Melayu. Padahal kucupan itu hanya sebagai simbolik kekuatan parti dan orang Melayu. Bahkan, lambang pada bendera Umno sendiri tertera keris bersilang. Sengaja bikin kecoh. Dan, setelah mengheret isu itu ke kancah polemik, maka segarang-garang Hishamuddin ketika itu, demikianlah kesudahannya...
            Sebab itu, Zahid (mana-mana menteri pun) tidak perlu melayan hal-hal remeh seperti itu. Ada benda-bendanya kita kena buat pekak sahaja dan teruskan sengat kita menyengat. Puak-puak ini memang suka mengheret sesuatu isu ke kancah polemik politik dan akhirnya, dek kerana terlalu banyak berjawab-jawab kita akan terjerat...
            Itu sebab orang tua-tua kata dalam satu pepatah berbunyi: barang siapa bercakap banyak maka akan banyaklah salah yang berlaku dan apabila banyak kesalahan dilakukan maka banyaklah pula dosa teranggong.
            Seperkara lagi, penulis ingatkan kepada Zahid (dan menteri-menteri lain juga, hehehe..) jangan tenggelam dengan pujian dan sorakan dan jangan pula terkedu dengan cemuhan dan tohmahan. Steady, tepat dan tangkas!
            Pandangan rakyat wajar diambilkira, tetapi jangan sampai kita terkira-kira sampai sudah tak selesai-selesai.


Jagindas: Nak dengar Karpal Singh cadangkan supaya kerajaan mansuhkan KDN...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.