Golongan Cina Muda Sasarannya
Utusan Malaysia 13/5/13 |
PENULIS
tidak berhasrat untuk mengungkit kisah tragis 13 May 1969 (130569), namun
setelah melihat perkembangan terbaharu hari ini dan disahkan oleh laporan
akhbar-akhbar dan media-media tempatan (gambar),
ia seolah-olah kembali mengusik pemikiran penulis.
Setelah kita dibatasi oleh tuntutan
hak asasi kemanusiaan serta apabila ISA dimansuh dan digantikan dengan akta
yang baru, penulis dapati ia semakin memudahkan orang-orang yang mahu berbuat
kurang ajar bermaharaja lela seolah-olah ia memang dibolehkan oleh kerajaan.
Seolah-olah akta baru itu tidak boleh berbuat apa-apa!
Negara ini sudah seperti beberapa negara
lain di dunia yang setiap hari ada sahaja pelakuan demontsrasi cuma setakat ini
bezanya di sini belum ada lagi berlaku keganasan. Namun, apakah sehingga
timbulnya keganasan dan pembunuhan barulah akta keselamatan boleh berfungsi? Atau
setelah nasi menjadi bubur, setelah yang genting gagal disambung, setelah yang tercicir
habis semuanya terlambak gugur ditengah jalan?
Rombongan penghasut dan pengapi-api
yang tidak puas hati dengan demokrasi di negara ini nampaknya semakin terus
mara kerana kumpulan ini hanya diberitahu yang perbuatan mereka itu salah di
sisi undang-undang tetapi tidak dihalang. Rakyat semakin resah meskipun nampak
tenang malah ada yang ketawa kecil melihatkan peristiwa-peristwa tersebut.
Akhbar-akhbar terus melaporkan
sipolan dan sipolan telah melanggar undang-undang dan mereka akan dikenakan
tindakan tegas. Tetapi malangnya, orang yang sama terus 'berdakwah' tanpa rasa
terganggu sedikit pun. Malaysia memang engujakan! Mereka semakin popular
bagaikan artis yang baru muncul setelah memenangi satu program realiti
telelevisyen.
Anak-anak muda kali ini dikatakan
diisi oleh majoritinya berketurunan cina Malaysia. Sekaligus menggambarkan
mereka sememangnya tidak diberitahu sejarah sebenarnya sebuah negara merdeka
ini. Barangkali mereka pernah belajar tetapi mereka diajar menafikan kecuali
untuk lulus peperiksaan awam atau mana-mana temuduga.
Seorang kenalan, Ah Poh, 55, ketika
bersembang-sembang dengannya pagi tadi mengatakan anak muda hari ini tidak
diberikan gambaran sebenar terhadap keunikan negara ini. Mereka bukan sahaja 'terbiar
sejarah' bahkan juga langsung tidak dipandu oleh ahli keluarga sebaliknya terus
di hasut dengan menidakkan sejarah serta kebaikan kerajaan. Perkara-perkara
korupsi sengaja dibesar-besarkan walaupun hanya sebesar biji beras.
Seperti yang penulis tulis sebelum
ini bahawa satu skrip sesal
akan terlafaz dari kalangan orang cina, nampaknya sudah ada bunga-bunga ke arah
itu. Ini kerana, bilamana sudah ada orang-orang cina dewasa yang berkata mirip maksudnya
sedemikian.
Kalau beginilah berterusan, suatu
masa nanti mungkin Malaysia akan hanya ada dua jenis parti poltik iaitu parti
Melayu/Bumiputera dan Bukan Melayu. Dan, sentimen perkauman tidak lagi
terbendung-bendung...
Itukah yang rakyat Malaysia mahukan,
bagi menjawab tajuk utama Utusan Malaysia " Apa Lagi Orang Cina Mahu"?
Semoga Malaysia akan terus
sejahtera, aman dan sentosa....Aminnn!
Jagindas: Dia kata, orang cina
lari ke DAP sebab tak mahu Pas jadikan Malaysia negara Islam. Tapi bila diasak,
mengapa tida sokong saja BN kerana ia bersifat 'wasatiyyah', langsung tukar
tajuk....Maknanya apa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.