Ahad, 16 Jun 2013

USUL PRESIDEN DAN TIMB. PRESIDEN TIDAK DITANDINGI

Elak Pelbagai Spekulasi Dan Busuk Hati!


Saudara Pengerusi Tetap,
USUL  1

MEMAHAMI..betapa pentingnya perpaduan dalam kalangan ahli parti dari pucuk hingga ke akar umbi dan demi memastikan keutuhan dan kekuatan parti sentiasa terjamin, segar dan mekar sepanjang hayat..

MENGINSAFI, bahawa betap perit dan sedihnya terhadap peristiwa pahit yang melanda Umno pada tahun 1988 di mana ia menyaksikan UMNO terpaksa diharamkan oleh mahkamah....,

MAKA, dengan ini adalah diusulkan supaya perwakilan Umno yang bermesyuarat pada hari ini membuat satu ketetapan sehingga ada satu ketetapan lain yang akan dibuat selepas ini iaitu dengan meminda perlembagaannya dan Peraturan Mesyuarat Umno Malaysia bagi hal memilih Ahli Majlis Tertingginya (MT) yang diguna pakai pada hari ini dan sebelumnya sebagai berikut:

Pertama: ...bagi perkara memilih seorang Presiden Parti UMNO Malaysia hendaklah dipinda/ditambah/dimasukkan kepada: "....Tidak ada pertandingan bagi jawatan Presiden Parti, melainkan apabila berlaku kekosongan jawatan itu dalam apa sebab yang menyebabkan ia terpaksa dikosongkan atau apabila penyandangnya mengumumkan untuk mengosong atau melepaskan jawatan itu pada mesyuarat pemilihan berikutnya..."

Kedua:... bagi perkara memilih seorang Timbalan Presiden Parti UMNO Malaysia hendaklah dipinda/ditambah/dimasukkan kepada: "....Tidak ada pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden Parti, melainkan apabila berlaku kekosongan jawatan itu dalam apa sebab yang menyebabkan ia terpaksa dikosongkan atau apabila penyandangnya mengumumkan untuk mengosong atau melepaskan jawatan itu pada mesyuarat pemilihan berikutnya..."


USUL 2

"...bagi mana-mana ahli MT, AJK Umno Bahagian,  AJK Umno Cawangan dan Pemudanya,  AJK Pergerakan Wanita Umno Bahagian dan Cawangan-caewangannya yang dapat merasakan dirinya lebih sempurna bermain dengan cucu cicit, maka hendaklah dengan sendiri dan rela hati berundur sekali gus memberi ruang kepada yang lebih muda dan bertenaga. Demikian juga, bagi mereka yang dapat merasakan dirinya sebagai 'pencukup' korum dan hanya sebagai pak angguk, maka yang demikian itu mereka juga sangat-sangat dialu-alukan mengundurkan diri dan jadilah penyokong tegar..."

Sekian diusulkan, terima kasih.



Jagindas: Jika benar sudah matang, kenapa perlu takut, gusar, bimbang dan tidak yakin???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.