Lelaki Bunuh Isteri, 2 anak
ANGGOTA polis mengusung mayat Ling Yung Ming
yang dibunuh kejam di kediamannya di Pulau Li Hua,
Sibu, Sarawak, semalam - Utusan Malaysia (6 Julai, 13)
|
ISLAM
mengingatkan umatnya umatnya supaya sentiasa berusaha mengelakkan diri daripada
berhutang kerana hutang itu boleh membawa kepada kesengsaraan diri. Meski, ada
bab-bab hutang itu di mana si-berhutang diberitahu turut terjebak dengan
dosa-dosa riba, namun yang paling ditakuti adalah "kesan oleh kesusahan
berhutang" itu sendiri.
Apabila kesusahan berhutang itu
sudah keterlaluan, ia boleh menyesatkan fikiran. Bunuh diri, membunuh, gila
adalah antara kesan-kesan buruk yang sering menyerang si-berhutang. Kisah
terbaru, seorang bapa tergamak membunuh isteri dan dua anaknya disebabkan
tekanan berhutang melampau.
Puluhan tahu lalu, seorang rakan
pernah menyebabkan kematian seorang rakan sekerjanya juga disebabkan tekanan
hutang yang melampau di sini.
Justeru, peringatan yang menyebut: ukur baju di badan sendiri; janganlah lebih
kerak dari nasi adalah antara peribahasa yang meminta kita supaya sentiasa
berpada-pada dalam berbelanja atau melunaskan kehendak-kehendak peribadi
mahupun keluarga tercinta.
Sebaiknya, amalan sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit; sehari
selembar benang lama-lama menjadi kain; bersakit-sakit dahulu bersenang-senang
kemudian hendaklah diamalkan setiap hari.
Ringkasnya,
kejadian-kejadian seumpama itu semuanya disebabkan amukan nafsu. Dalam Islam
banyak ayat-ayat dan peringatan supaya manusia sentiasa mengawal dan mentadbir
nafsu diri. Manusia, memang selalunya gagal mengimbangi tuntutan nafsu. Oleh
kerana nafsu itu tidak berlembaga, makanya manusia sering terpedaya kerana gagal
meneka apakah dia.
"Manusia
itu kuat, tapi NAFSU mampu menundukannya. Nafsu itu
kuat, tapi IMAN mampu mengalahkannya. Dan beruntunglah bagi mereka yang
memiliki iman yang kuat kerana kekuatannya tidak mampu dikalahkan oleh
apa-apapun.."
Jagindas: Ya Allah, tambahkan
bagiku rezeki yang banyak lagi hahal, Iman yang benar, Ilmu yang bermanfaat, kesihatan
yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.