Khamis, 25 Julai 2013

APA MAU TAKUT, POLIS TAK BOLEH BUAT APA DENGAN SAYA

Orang Asing Pun Dah Berani Kata Begitu

ADA BLOG  menceritakan anak cina yang dibelasah Melayu baru-baru ini, mendakwa semua polis di kawasan dia berkerja ada dalam 'poket dia'  (di sini) .
            Anak cina yang dikatakan berkerja sebagai penjaga kedai judi itu dibelasah konon ada kaitan dengan geram orang melayu terhadap perbuatan menghina umat Islam yang dilakukan oleh banyak pihak terutamanya oleh Vivian dan Tan baru-baru ini menerusi iklan makan sup bak kut teh.
            Kes itu telah berada dalam ruang mahkamah dan mahkamah pun sudah mengingatkan khalayak suaya jangan buat sebarang spekulasi sehinggalah kes itu selesai di bicarakan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan awam.
            Agak pelik juga, caj yang dikenakan terhadap empat pemuda Melayu yang membelasah anak cina itu adalah culik dan peras ugut. Kononnya, semasa peristiwa itu, mereka (pemuda Melayu) menggunakan kereta mewah dan tidak mengambil apa-apa barang peribadi milik anak cina itu sebaliknya meminta "hanya beberapa ribu"... Ramai yang kata suatu dakwaan yang tidak munasabah...
            Namun, kita akur dengan nasihat polis. Usah masuk campur urusan itu. Ok, pass!
            Pun begitu, jika benar apa yang ditulis oleh sebuah blog  yang mendakwa anak cina itu sudah 'konker' semua polis maka perkataannya itu perlu di siasat. Bukan sahaja polis kena siasat polis, tetapi juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga perlu siasat budak ini dan polis.
            Apa maksud dia semua polis ada dalam poketnya? Perkataan ini nampak mudah tetapi memberi pelbagai impak dan kesan terhadap imej kerajaan yang dipaparkan oleh pasukan polis.
            Apakah ia bermaksud dia telah menyogok semua polis (atau beberapa polis tertentu di situ) supaya membutakan mata terhadap apa sahaja urusniaga atau perbuatannya yang menyalahi undang-undang?
            Tanya dia, siapa polis yang 'menjaga' dia. Berapa 'gaji' yang dia bayar kepada polis itu? Dan, selebihnya..... tahulah nak buat kan?
            Jangan pandang mudah isu ini. Sekarang ini pun, bila sebut polis seolah-olah sinonim dengan rasuah. Padahal bukan semua polis yang buat begitu dan bukan di jabatan polis sahaja yang berlaku demikian. Namun, dalam kes ini ia adalah serius kerana membabitkan urusan atau aktiviti yang dibuat oleh anak cina itu menyalahi undang-undang.
            Sekali gus, seolah-olah ada anggota (polis) kita yang melindungi atau bersekongkol dengan aktiviti tidak sihat demi kepentingan diri!


Jagindas: Geram tak lepas! Bangla pun dah pandai cakap lebih kurang macam tu weh....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.