Selasa, 23 Julai 2013

JKKK JUGA AKAN DITRANSFORMASI

DS Najib.

Sebab, Ramai Yang Tidur

SEBELUM INI, penulis ada menulis tentang imam tua, kadi tua dan siapa sajalah pemimpin kampung atau ketua komuniti yang sudah tua dan tidak larat lagi untuk kehadapan. Dan, hari ini ada sebuah berita yang menarik perhatian penulis berkaitan isu semacam itu juga di sini ia itu mengenai Jawatankuasa Kerja, Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).
            Antara lain, Perdana Menteri (PM) mahu usia penjawat JKKK tidak melebihi 60 tahun. Walaupun tidak jelas dinyatakan, namun penulis percaya ia mestilah meliputi daya kesihatan yang segar juga selain faktor umur.
            Cadangan PM itu amat penulis sokong kerana sudah bersesuaianlah dengan masanya. Malah, organisasi itu juga sewajarnya terdiri daripada mereka yang celik teknologi maklumat (IT) selain memiliki nilai-nilai pemikiran politik dan patriotik yang tinggi.
            Ini penting kerana JKKK hari ini seharusnya meretasi masa, ruang dan peluang. Pengurusan sesuatu kampung atau unit kependudukan hari ini tentunya akan menjadi semakin kompleks pada masa akan datang. Pepatah pun sudah berkata: Banyak udang, banyaklah garamnya...
            Jesteru, setiap kampung harus memiliki data kependudukannya yang kemaskini dan terkini mencakupi taraf sosio-budaya dan ekonomi mereka.
            Dengan cara ini, semua kampung akan memiliki data yang lengkap dan pelbagai guna. Ia memudahkan pihak lain selain JKKK itu sendiri untuk membuat semakan dan pertimbangan terhadap sesuatu program kerajaan agar apa saja sasarannya akan menepati target. Tidak timbullah nanti ada pihak yang terdiskriminasi atau tertinggal.
            Sebuah negeri di utara meuar-uarkan prinsip kepimpinnya nya sebagai "tiada yang terpinggir tiada yang tertinggal..." tetapi masih ada juga yang tertinggal. Kenapa? kerana di peringkat akar umbi, mereka tidak mempunyai data yang lengkap. Mustahil bagi seseorang ketua untuk mengingati semua perkara tentang anak buahnya, apatah lagi seorang wakil rakyat atau penghulu atau pegawai daerah untuk mengetahui semuanya jika tidak menerusi JKKK-nya. JKKK bukan sahaja perlu mantap pengurusannya malah mesti telus dan mulus. Maka, data (yang sentiasa dikemaskini) itu adalah rujukan yang paling utama dan penting.
            Makanya nanti, sebagai contoh, tidaklah timbul pengagihan tanah-tanah kurnia yang tidak seimbang. Ada yang sudah memiliki berhektar-hektar tanah tetapi masih juga menerima kurnia atau diluluskan permohonan mereka. Sedang yang tidak bertanah terus menerus miskin papa kedana langsung tiada sekepal tanah pun untuk diwarisi..Kenapa? Ah, jawaplah sendiri..
            Ada kes dikatakan di mana terdapat golongan yang bukan warga emas tetapi menerima peruntukan kerajaan atas tiket warga emas. Ada kes juga didakwa di mana dia bukannya dalam golongan fakir miskin papa kedana tetapi menerima bantuan fakir atau zakat fitrah atas nama asnaf yang itu! Gila betul! Memang gila! Konon lagi kata khalayak, ada kes di mana orang yang tidak berniaga tetapi menerima kios gerai bergerak...(dah dapat dijual pula agaknya.. lagi naya!).
            Bagi penulis, kes-kes seperti ini berlaku disebabkan dua dua masalah besar dalam organisasi komuniti itu sendiri. Pertama bukan semua wakil rakyat, penghulu dan pegawai daerah faham maksud tranformasi JKKK yang mahu dipopularkan oleh PM ini. Kedua, ada yang sudah faham, tetapi memang tidak mahu mengambil 'orang-orang cerdik dan sihat' meminpin kampung konon katanya akan menyusahkan mereka. Sebab, kebanyakan YB (wakil rakyat) hanya mahu cakap mereka sahaja yang didengar dan diterima betul. Itu sebab, dalam banyak-banyak mesyuarat tindakan daerah pun ada YB yang 'over-roll' mesyuarat. Tuan Pegawai Daerah terkebil-kebil sahaja. Takut kena tengking dan ditukarkan...Mereka lupa bahawa kedudukan seseorang pegawai daerah itu sebagai 'raja daerah' dalam hiraki pentadbiran kerajaan. Masih menebal orang politik tidak dapat memisahkan sistem pentadbiran kerajaan dengan kehendak politik. Apa yang sering berlaku (dan itulah yang berlakub selama ini) pemimpin politik memerintah organisasi kerajaan padahal kerajaan sudah pun terbentuk.
            Namun, kadang-kadang pula, memang ada pegawai daerah dan penghulu yang terpaksa diajar kepemimpinannnya. Masing-masing kerja ikut jalan selamat, "cari makan" konon...
            Itu sebab, setiap tahun, setiap hari ada saja kes kebuluran di negara ini didedahkan oleh media. Kenapa? Jawablah sendiri...contohnya di sini.



Jagindas: Cinta sudah tawar tetapi sayang masih ada.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.