Rabu, 31 Julai 2013

DARI LAUTAN BIRU KE GELOMBANG GANAS

Zam..ombak dah jadi ganas
Peluru Boleh Muncul Tiba-Tiba

 PENULIS bersetuju dengan pandangan Tan Seri Zainuddin Maidin yang diluahkan dalam blognya Zam Kata di sini. Zam penulis tersohor, bekas wartawan, bekas ketua pengarang dan bekas menteri dan senator. Makanya, tulisannya itu dibaca dan dihayati.
            Tetapi sebenarnya, itulah yang sedang dipercakapkan oleh khalayak terhadap pentadbiran Najib sekarang. Pendek kata, ramai Melayu yang menyesal dengan Najib. Bukan menyesal dia jadi Perdana Menteri (PM) tetapi sesalkan cara dia mengendali negara terutama yang berkaitan dengan hal-hal keselamatan awam serta sensitif.
            Ramai khalayak kata, kalau begitulah caranya berterusan, tidak mustahil pada PRU14 nanti Najib akan dicantas. Itu tidak mengapa jika Najib yang dicantas tetapi Barisan Nasional (BN) masih relevan dan terus memerintah negara ini. Bagaimana kalau BN yang dicantas terus?!
            Melainkan ada satu keajaiban dari dalam BN itu sendiri, namun berdasarkan riak pada hari ini, payah benar rasanya BN akan mengungguli kerajaan lagi...Orang Melayu terus berbalah dan berpecah. Sekarang ini pula ditambah satu lagi apabila fahaman syiah pula melanda orang Islam. Islam itu majoritinya melayulah!
            Tun Mahathir kata, bermula daripada Tun Abdullah-lah makanya bermacam mengada-ngada dalam negara berlaku. Sehingga, dakwanya Najib pun gagal membetulkannya semula.
            Itu cakap orang di luar. Kalau Tan Seri Muhyiddin Yassin sekalipun jadi PM sekarang, penulis tak fikir beliaupun mampu menjernihkannya semula. Inilah penangan "Yes Sir" dan "Yes Man". Bukan tak bagus. Demi budi bahasa dan pekerti ia adalah sesuatu yang dilihat praktikal. Tetapi.., kenalah tengok keadaan, tempat dan isunya.
            Kalau dah semuanya (termasuk elok dan buruk) pun di-yes-kan, inilah jadinya. Dalam kes ini, tuan-tuan yang berdamping dengan Najib, mahu tak mahu kena terima bahawa ini adalah sebahagian daripada bala apabila anda menutup mulut disebabkan perkataan "YES" anda itu...
            Orang kemudianlah yang menerima balanya! Inilah yang orang tua-tua kata, kalau nak mati pun matilah tetapi janganlah meninggakan rumah dalam keadaan berhantu...Habis semua orang dikacaunya! Tak ke kacau tu!
            Bagi penulis, apa terjadi hari ini ibarat bisul menanti pecah. Lama dah....Memang dah lama bengkak menanah. Makna kata, Tun Mahathir menamatkan perkhidmatannya ibarat tepat pada masanya. Beliau, macam tahu-tahu musibah sebegini akan terjadi...Apapun, semuanya kehendak Allah. Namun, tidaklah wajar berserah pada takdir sahaja dan semata-mata!
            Justeru, siapa lagi yang mampu memulihkan Malaysia ini kalau Najib pun dah kecundang manakala Muhyiddin pula entah ya entahkan tidak? Atau, apakah langkah sebaiknya yang perlu dilaksanakan oleh mereka ini!!.
            Bagi penulis, menarik rambut dalam tepung sudah tidak releven lagi. Kita sudah cuba banyak kali menarik rambut tersebut dengan penuh tatasusila, santun serta toleransi tetapi asyik-asyik terputus sahaja... Maknanya apa?
            Berita jam 8 malam sebentar tadi (TV3-30/7/13), Najib meluahkan kebimbangannya terhadap isu semakin merebaknya kes tembak menembak di negara ini sebagai jalan mudah sebilangan rakyat kita menyelesaikan masalah mereka. Target kena target satu hal! Macam mana pula kalau tersalah target?? Naya sungguh...
            Lalu, Najib kata kerajaan bersedia memberikan apa sahaja asalkan bahagian keselamatan memiliki kekuatan yang secukupnya menangani masalah itu. Lantas, dalam masa terdekat ini juga kerajaan akan membentangkan akta baru yang disebut-sebut sebelum ini bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan negara.
            Memang begitulah selalunya kita. Sudah terhantuk baru tengadah....Apa kata orang lama yang penuh berpengalaman, betapa pentingnya akta ordinan darurat yang dah pun dimansuhkan...baca di sini


Jagindas: Jangan sampai rakyat yang sabar hilang sabarnya. Bukan sahaja kelambu, dengan rumah-rumah seali dibakarnya nanti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.