KDN Mahu Banteras Semua
Jenayah Berat
"Bukan tidak percaya kepada Ketua
Polis Negeri atau pun OCPD. Banyak sangat orang awam komplen. Kata konon polis
ni kuat rasuahlah...Konon, bila rasuah saja kata polis... Jangan cakap macam
itu...Jadi, kita tubuh pasukan khas ini untuk pantau dan bantu bagi membanteras
aktiviti jenayah berat..."
Begitulah lebih kurang kata Datuk
Seri Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, ketika mengulas penubuhan dua pasukan
khas yang dianggotai 400 anggota dan pegawai polis bagi membanteras kes jenayah
berat dan dadah dengan lebih berkesan.
Betullah tu Tok Hid. Memang ramai
khalayak yang cakap-cakap tak sedap di dengar macam tu. Tak adillah kata polis
sahaja. Agensi-agensi penguatkuasa yang lain mungkin juga buat kerja yang sama.
Mungkin, janganlah pulak melenting yop! Kalau ta buat, kira ok la tu... Namun,
tak eloklah main syak-syak sahaja, apa buktinya?.
Inilah yang payah sikit. Bukti
memang tidak ada, tetapi yang menjadi orang ramai kuat berkata begitu antaranya
kerana..;
1. Kata risikan kita yang terbaik, namun
mengapa kongsi gelap bermaharaja lela sejak akhir-akhir ini. Itu sebab apabila
tindakan drastik yang dibuat oleh PDRM sekarang terhadap kumpulan haram itu ia
amat disanjung rakyat. Beng! Beng, beng! Gol.
2. Banyak rumah-rumah maksiat, judi
haram dan aktiviti-aktiviti haram yang lain beroperasi malah ada antaranya
secara terang-terang. Kata, polis kita cekap dan tegas namun kegiatan itu terus
tumbuh melata. Maka menjadi tanda tanyalah kepada rakyat jelata apa sebenarnya
di sebalik gejala itu?
3. Orang asing dan pendatang haram bukannya
semakin takut malah semakin bertambah 'gemar' dan selesa datang ke negara ini.
Takkan tak nampak kut?
4. ..........
Cakap
banyak tak mahu, mari kita saksikan! Nak ingatan sekali lagi, orang tempatan yang bersubahat dengan mereka ini sama ada secara langsung atau tidak, 'balun'
sekali. Puak-puak inilah yang kita istilahkan sebagai "jual tanah
air". Kalau ada penguatkuasa yang terlibat, jangan bagi sebarang amaran
lagi. Terus saja 'spike' - Yang ini pagar makan padi. Lagi hampeh!
Jagindas: Banyak lagi.....Cakap
orang kena dengar Tok Hid. Tapi jangan terlalu mendengar, nanti kerja tak
menjadi pulak. Yang penting, istilah aman damai itu benar-benar wujud dan
dirasai oleh rakyat. Setakat ini, bagi saya apa yang Tok Hid buat tu dah ok
dah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.