Ekploitasi Anak Yatim
Kutip Derma
SEMENTERA
menunggu pesanan makanan sampai ke meja di satu gerai di laman Dataran Majlis
Bandaraya Ipoh (MBI) semalam, sekonyong-konyong datanglah seorang budak kecil
lingkungan usia 7 - 9 tahun menghampiri meja penulis. Ketika itu penulis sedang
bersama keluarga dan kanak-kanak itu juga ramai bilangannya.
Sambil menunjukan dua botol makanan
kesihatan, dia merayu untuk dibeli konon katanya sebagai mengisi tabung di
salah sebuah pusat jagaan anak yatim di Kedah.
Dipendekkan cerita, sesudah dia
pergi, penulis bertanya kepada seorang penjual makanan di situ perihal kegiatan
pihak tertentu memerah tenaga kanak-kanak demi mendapatkan derma (sedekah)
orang ramai. Anak yatim pulak tu...
Menurut kata penjual makanan
terdebut, kumpulan itu kerap datang ke kawasan itu dengan dijagai oleh seorang
(beberapa) penjaga yang dipangil mereka sebagai 'ustaz'. (sambil dia menunjukan
ke satu arah di mana 'ustaz' tersebut sedang memerhatikan anak buahnya)
Katanya, jika kanak-kanak terbabit
gagal mendapatkan wang sedekah dengan lumayan, kanak-kanak itu akan di marah. Sebab
itulah setiap kanak-kanak yang berkeliaran mencari sedekah di situ beria-ia
merayu orang ramai yang makan di situ supaya menderma ataun membeli produk jualan
yang dibawanya.
Menurut penjual itu lagi, kalau kita
bagi tahu kepada kanak-kanak itu yang sumbangan ini hanya untuk poket dia,
mereka tidak akan mahu. "Tak boleh
encik, nanti ustaz marah....semua kutipan mesti masuk dalam tabung, kami tak
boleh terima derma untuk diri kami...", begitu jelas anak yatim
terbabit.
Kata penjual itu lagi, kegiatan
mereka itu memang terbuka namun tiada pihak yang menghalang apabila penulis
bertanya sama ada terdapat pihak berkuasa atau pegawai jabatan agama Islam memantau
kegiatan mereka itu.
Setahu penulis, kerajaan dan jabatan
agama sudah mengeluarkan amaran supaya pusat-pusat jagaan seperti itu (termasuk
persendirian) tidak menjalan kegiatan mengutip derma atau tabung pusat jagaan
masing-masing dengan mengeksploitasikan kanak-kanak dengan cara demikian. Ini
termasuklah sekolah-sekolah agama persendirian dan pusat-pusat pendidikan
tahfiz persendirian.
Kalau benarlah mereka itu anak
yatim, alangkah malangnya nasib mereka. Mereka yangsepatutnya dijagai, dibelai
dan dididik dengan kasih sayang telah dipergunakan oleh orang dewasa yang
kononnya berpendidikan agama tetapi bertopengkan pusat jagaan anak-anak yatim.
Kita berterima kasih malah
menyanjung usaha murni pihak terbabit (persendirian) jika mereka benar-benar
ikhlas mewujudkan pusat-pusat jagaan seperti itu demi masa depan anak-anak
yatim Islam setempat. Telah disebutkan dalam quran dan hadis Nabi (saw) bahawa memelihara,
menjaga dan memberikan kasih sayang kepada anak-anak yatim adalah satu daripada
tuntutan agama Islam. Ia merupakan satu daripada tanggung jawab besar kepada
semua orang Islam.
Pun begitu, tiada siapapun yang
memaksa tuan-tuan membina pusat-pusat seumpama itu. Dengan kata lain, jika
tidak mampu menguruskannya dengan sempurna (tidak cukup dana dan kemampuan),
tuan-tuan sepatutnya tidak menjadikan alasan itu sehingga sanggup berbuat
'menghamba-abdikan' kanak-kanak itu. Di manakah perikemanusiaan tuan-tuan?
Amat malang dan menjijikan pula jika
sebahagian daripada hasil kutipan tersebut akan dijadikan kegunaan peribadi para
pengurusan pusat jagaan itu. Astaghfirullah...
Bersedekah atau apa sahaja yang
merupakan sumbangan peribadi mahupun sekumpulan / kelompok tertentu hendaklah
berdasar kepada kemampuan dan bukannya menggunakan 'ibadah' tersebut sebagai
lesen untuk 'mencari makan'.
Tidaklah salah berjual beli demi
mengisi tabung pusat tersebut. Tidak salah memohon derma dan sedekah daripada
orang awam. Apa yang penting, pertama pihak terbabit tidak mengeksploitasi tenaga
kanak-kanak yang sepatutnya kita jagai dan keduanya, kutiplah derma menerusi
prosedur yang sah di sisi undang-undang. Itulah sebabnya, pusat-pusat seperti
itu perlu di daftar dan diurus dengan sempurna.
Berbuatlah ibadat sebanyak-banyak
mana sekalipun. Tetapi jangan menyalah-gunakan 'lesen ibadat' tersebut yang
kononnya memberi ruang dan peluang masyarakat Islam lain turut beribadat sama
apabila mereka bersedekah atau menderma.
Jagindas: Tak akan boleh senang
hidup kalau buat macam itu.... bala, lagi ada!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.