Selasa, 27 Ogos 2013

JANGAN HANGAT-HANGAT TAHI AYAM

Alang2 Mandi Biar Basah!

SEJAK Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Tok Hid), meneraju Kementerian Dalam Negeri (KDN), banyak perkara baru telah dilaksanakan khususnya dalam usaha membanteras jenayah berat. Nama Tok Hid pun setiap harimeniti di bibir rakyat. "Bagus, bagus, bagus. Itu yang dihendak mereka". Penulis ucap tahniah sekali lagi. Sebelum ini pun dah ucap tahniah dah..
            Inilah menteri KDN yang rakyat kehendaki. Penulis harap (barangkali juga harapan semua rakyat) agar usaha keras membanteras jenayah berat ini tidak bermusim apalagi bersifat hanyak-hanyat tahi ayam.
            Masalah membanteras pendatang asing tanpa izin, judi haram, rompak samun, dadah, gengster dan macam macam lagi bukannya boleh bermusim-musim. Pelakunya tidak melakukan ikut musim.
            Satu lagi, janganlah pulak menghrapkan 'sebarang kredit' atau 'mileage' hasil daripada usaha keras tersebut. Bukan menuduh atau berburuk sangka, kerana kebetulan sekarang ini musim lobi melobi sudah tiba untuk merebut dan mengekal jawatan dalam Majlis Tertinggi (MT) umno.
            Sekadar itu Tok Hid. Jangan peduli apa puak-puak nun cakap hatta yang dalam kerajaan sekali pun. Sudah amat betullah apa yang Tok Hid buat itu. Seluk pekasam biar sampai ke lengan.  Alang-alang mandi biar basah. Alang-alang bunuh cacing kita racun sekali lubang-lubangnya..
            Waytha Moorthy? Hahahahaha.... Hey dey, Pooooraahhhhhhhhhhhh!



Jagindas: Jangan bimbang, jagindas yakin anda kekal di kerusi Naib MT Umno dengan undi tertinggi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.