Khamis, 29 Ogos 2013

CAKAPLAH APAPUN ATAS NAMA KEBEBASAN BERSUARA

Tetapi Jangan Sampai Macam Orang Gila...

"Bodohnya... Tayangkan ajelah Tanda Putera tu kat TV1... Patriotiklah sangat... Bikin filem sebab nak duit... Bukannya kerana nak bagi kesedaran kepada anak bangsa..."

            Kenyataan di atas penulis salin daripada satu post di dinding muka buku (fb) penulis yang ditulis oleh seorang pemilik fb. Meneliti post-post yang dimuatkannya dapatlah ditelah bahawa pemilik fb berkenaan celupar orangnya, berani dan kuat menyokong kerajaan BN. Macam kandungan fb orang lain juga, entrinya itu ada yang boleh dipakai dan ada yang sekadar untuk hiburan sahaja.
            Namun, dalam kes post-nya yang di atas, bagi penulis beliau agak keterlaluan sehingga menyifatkan "bodoh" kepada seseorang/organisasi. Agak kurang jelas pendirian kata bodoh di situ. Mungkin dimaksudkannya terhadap pembuat filem tersebut atau kususnya beliau maksudkan Datuk Suhaimi Baba. Atau, mungkin juga beliau sifatkan kerajaan yang bodoh.
            Hal yang kedua, apakah pembuat filem, kru dan pelakon-pelakon yang menjayakan filem berkenaan memiliki sifat malaikat - tidak makan dan minum? Apakah hal-hal yang berkaitan sehingga terbentuknya filem itu Datuk Suhaimi dapatkannya secara percuma?
            Siapa yang sebenarnya bodoh dalam hal ini? Siapa? Benarlah kata para cendikiawan, bahawa jangan terlalu mudah menuding bodoh kepada seseorang kerana ia lebih mudah berbalik kepada diri sendiri! Dalam bab ini, penulis post terbabit sudah kena ke batang hidungnya sendiri.
            Justeru, komenlah apapun. Katakanlah apapun. Hentakkanlah apapun. Itu hak anda. Hak kebebasan anda. Hak seorang rakyat dalam negara berdaulat dan bebas bersuara. Namun, gunakanlah akal fikiran yang sempurna agar tiada orang menyifatkan anda sebagai orang yang kurang akal atau tidak berakal.
             Kental macam mana sekalipun patriotik kita, janganlah sampai macam orang meroyan tak tentu pasal yop!



jagindas: Buduhnyo... (jangan marah ha...awak tu kata orang bodoh senang jer..)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.