Siapa Kuat?
Dari Kiri: Dr. Abd Latif (Gapena) dan Sin Tian (Dong Zong) |
SECARA
prinsipnya Gabungan Penulis Nasional (Gapena) adalah sebuah organisasi bukan
kerajaan (NGO) yang secara terus berada di belakang kerajaan dalam memastikan
dasar-dasar pendidikan negara dilaksankaan dengan sebaik mungkin di negara ini
berlandaskan perlembagaan persekutuan dan dasar-dasar pendidikan negara yang
dimaktubkan oleh pemerintah dari masa ke semasa.
Secara jelas, Gapena memang
menyokong umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) meski ada beberapa tegurannya
agak menyongsang arus bagaikan. Namun, semua itu dibuat demi mempertahan hak
negara dan orang melayu di bumi bertuah ini menerusi isu pendidikan dan
pemilikan ekonomi melayu.
Manakala, Dong Zong pula adalah
sebuah NGO yang beteraskan bangsa cina tanpa mengira apa fahaman mereka. Semua
isu-isu pendidikan yang diperjuangkan badan itu adalah demi kepentingan kaum
cina dan adalah menjadi hasrat utama badan itu mahu menjadikan cina sebagai
kaum yang unggul di negara ini. Paling tidak menetapkan dasar 50-50 dengan kaum
Melayu.
Dari segi politiknya, Dong Zong
lebih condong kepada DAP dan keceluparan serta kurang ajar Dong Zng telah
banyak membantu DAP dalam memperjuangkan partinya kerana anak-anak muda cina
lebih tertarik kepada perjuangan pendidikan Dong Zong berbanding MCA dan
Gerakan yang disifatkan mereka sebagai 'mengikut telunjuk umno atau BN".
Sejak zaman Tun Dr Mahathir menjadi
Perdana Menteri (selama 22 tahun) hinggalah sekarang, pergerakan Dong Zong
bukannya semakin kendur atau sekata bahkan bertambah suara dan desakannya nyaring
menyakitkan telinga. Dan, dalam banyak hal, kerajaan telah banyak mengalah demi
undi pilihanraya. Maaflah, orang politik memang tidak suka dengan kenyataan
sebegini, tetapi percayalah, bukankah itu hakikatnya?
Dari dasar pendidikan kebangsaan,
dasar pendidikan negara, dasar bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu), sekolah
wawasan, sekolah satu aliran, dasar pendidikan matematik dan sains dalam bahasa
inggeris (EtEMS) dan bermacam-macam dasar yang telah digubal oleh kerajaan,
apakah pernah mendapat sokongan daripada Dong Zong?
Saya percaya ada satu lagi isu yang
sedang dipendam oleh Dong Zong iaitu isu pendidikan dan pengisian mata
pelajaran sejarah yang sedang digubal dan akan dilaksanakan. Dong Zong pasti
akan menjadikan isu mata pelajaran ini pada suatu masa yang 'sesuai'. Kerana,
begitulah caranya Dong Zong bertindak. Apa sahaja niat baik kerajaan akan
diambil kesempatan oleh badan itu dengan cara memanipulasikannya bukan melihatnya
secara jujur!
Justeru, siapa yang kuat di negara
ini? Gapena atau Dong Zong? Melayu atau Cina? Aku atau kamu!
Jagindas: Ibarat kayu balak,
terasnya semakin reput...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.