Khamis, 22 Ogos 2013

SELAMAT BERTANDING SELAMAT BERUNDUR

Peliharalah Ketertiban dan Kegahan Umno

BEGITULAH CARANYA BERFIKIR!   Penulis ucap tahniah dan syabas kepada semua pemimpin atau orang-orang kuat Umno yang telah memutuskan untuk tidak bertanding atau menarik diri daripada bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno 2013.
            Amatlah diharapkan keputusan yang dibuat itu benar-benar datang dari hati perut tuan-tuan dan ianya tidaklah akan di tarik-tarikh balik. Janganlah pula selepas ini keluar kenyataan lebih kurang begini: " Saya terpaksa menarik balik hasrat tidak bertanding disebabkan akar umbi meminta saya bertanding juga merebut jawatan MT itu...."
            Piiiiiraaaahhhhhh! Busuk punya olang. Ingat, jangan buat kerja-kerja munafik macam itu ya!
            Pada masa sama, apabila najib kata beliau mahu pembabitan golongan muda dan lama bergandingan serta seimbang, ada pula yang perasan bahawa dialah yang termasuk dalam saf tua (orang lama) yang disebut-sebut Najib. Lalu, lekas-lekaslah 'pakcik-pakcik' umno bersuara yang dia sedia bertanding atau mempertahankan jawatannya...
            Kalau ikutkan penulis, semua jawatan wajar dipertandingkan kerana perlembagaan mengizinkan berbuat demikian. Namun, ramailah pulak yang beria-ia mahu dua jawaan tertinggi (Presiden dan timbaannya) tidak perlu dipertandingkan. Tidak PERLU dan TIDAK WAJAR adalah dua perkara yang berbeza, bukan kah?
            Tidaklah pula diketahui sejauh mana pula jujurnya mereka yang beria-ia benar mempertahankan supaya kedua-dua jawatan itu tidak perlu ditandingkan! Harap-harap jujur sejujurnya. Jika tidak, menipu atau munafik, tuantuan terimalah nanti akibatnya. Ingat, jujur amat penting. Boleh membodek, tetapi bodek membodekpun ke jujur juga...
            Penulis hendak ingatkan satu perkara sahaja iaitu, walaupun pemilihan kali ini adalah dalam rumah tangga umno tetapi setiap ahli umno kena lihat kepentingannya secara global. Kena baca kepentingan negara, bangsa dan agama. Kerana, setakat ini umno itu adalah tunggak atau intipati kerajaan BN. Harap-harap tunggak ini berterusan sampai bila-bila. Dan, ia hanya akan berlaku (kiranya) jika umno bersedia mengglobalkan umno itu sendiri!
            Jika ada pemikiran seperti itu maka berhaklah umno mengakui dan mendabik dada bahawa ia sekarang (ahli-ahlinya) sudah matang. Dan jika benar-benar sudah matang, tidak menjadi masalahlah terhadap jawatan apa pun yang akan dipertandingkan...
            Justeru, diucapkan selamat bersidang! Jangan lupa atau buat-buat lupa, jemputlah semua. Maksud saya semua ahli di cawangan masing-masing tidak kiralah dia tinggal di mana. Sekarang ini mana ada kutip yuran lagi weh....



Jagindas: Susah kalau bercakap dengan orang yang tak faham bahasa ni!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.