Rabu, 21 Ogos 2013

BAYAR HUTANG ATAU DI SENARAI HITAM!

Ramai Menyesal Sambung Pelajaran...

BETUL juga kata orang lama dalam politik. Katanya, orang politik ni kalau dah mati lepas itu hidup semula dia akan jadi hantu! Dia akan menggigal menakutkan semua orang!
            Agaknya, begitu yang terjadi kepada Datuk Seri Hj. Idris Jusoh (gambar) Menteri Di Kementerian Pelajaran Dan Pengajian Tingi Malaysia, yang mahu menyenarai hitamkan bekas pelajar-pelajar yang gagal membayar hutang PTPTN mereka. Siap kata peminjam tegar lagi! Konon, katanya begitulah caranya untuk mengajar, mendidik supaya setiap yang 'berhutang' membayar hutangnya.
            Lalu, penulis pun meninjaulah ke beberapa sempel bekas pelajar terbabit bagi mendapatkan ulasan mereka; Demikian inilah suara mereka...
           
            1. Nak bayar dengan apa, kerja pun tak ada lagi...
            2. Kalau mak bapak kami mampu dulu, takkanlah kami meminjam. Tapi kalau dalam rekod mereka (kerajaan) ada mak bapak yang mampu maka kenakanlah tindakan kepada yang berkenaan sahaja. Apa nak babitkan semua pulak...Kalau beginilah jadinya, menyesal saya menyambung pelajaran... baik lepas saja SPM terus kerja kilang atau jadi buruh kasar lagi bagus, nama dan kepala pun tak hitam! (penulis simpatan dan kesian sungguh melihat air mukanya...)
            3. Kata seorang lagi: "Saya baru saja tamat semester akhir. Baru habis exam. Datang surat sesalinan kepada penjamin (mak bapak saya la), surat itu kata saya ingkar bayar.... patut ke tidak ni.... Menyesal betul saya... Orang tua saya pun susah hati...Semalam sihat-sihat jer...jangan-jangan esok lusa dapat darah tinggi lemah jantung..."
            4. PTPTN buatlah 'homework' sikit. Semaklah dengan KWSP dan LHDN atau mana-mana data yang sah...Bagi yang sudah berkerja tetap, susullah ketegasan terhadap mereka.... Janganah main cekup samborono saja....
            5. Kalau sudah berkerja pun, kalau gaji RM1,200 sebulan dan kebawah, nak bayar ikut jadual RM300 - 400 sebulan, mampukah mereka? Kerja untuk bayar hutang, tak payah makan dan minum. Tempat tinggal sebagai gelandangan...

Cukuplah sekadar itu untuk kita fikirkan bersama.....


Jagindas: Rasanya PRU14 nanti, hutang PTPTN akan dilupuskan....hehehe.. Tak bagus kalau jadi macam itu, sebab ia menampakkan perjuangan yang pihak sana tu tercapai....makan diri ler pulak! Aduhai.... nak buat macam mana nih?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.