Ahad, 18 Ogos 2013

SERIUSLAH LA SIKIT YOP...

Berilah Perhatian Bila PM Berucap

KETIKA menonton berita TV kelmarin yang menyiarkan Perdana Menteri (PM) Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Razak, sedang berucap di majlis Perasmian Hari Peneroka di Felda Sungai Tiang, Pendang Kedah, penulis dapati khalayak dengan penuh minat mendengar ucapan Najib itu manakala beberapa pemimpin dan orang kenamaan yang duduk belakang Najib berdiri (atas pentas utama) asyik membedek-bedek alat komunikasi masing-masing. Alat canggih la katakan...
            Mungkin balas membalas SMS, ber-chating atau mungkin juga menyemak dan mengemaskini mukabuku (facebook). Terlihat juga wajah-wajah yang tersenyum-senyum simpul, tersengeh-sengeh ketika membedek-bedek alat komukasi mereka. Ada le tu....
            Kenapa jadi begitu... ? Tunjukkanlah contoh yang baik dan serius di majlis yang besar seperti itu. Lupakanlah sebentar alat-alat dan hal-hal seperti itu buat seketika. Berilah tumpuan kepada PM (atau tetamu utama) yang sedang berucap. Sedap ke, tak sedap ke, ada isi ke, tak ada isi ke, suka ke atau menyampah ke kandungan ucapannya atau getik dengan cara Najib berucap itu tolaklah ketepi dulu....
            Meskipun, tuan-tuan semua sudah sedia maklum kandungan ucapan PM itu, apa salahnya bersabar buat-buat bagaikan mendengar isu baru dari seorang PM. Kalau kita yang di atas pun tidak menghormati PM ketika berucap, apa contoh dan teladannya yang hendak kita tonjolkan kepada makmum yang di bawah-bawah sana!!
            Kalau rasa dah tepu sangat kepala hotak tu dan terasa pulak membuang masa hadir, tak payahlah datang.... Kalau kita benar-benar suka kan dia, tunjukkan yang kita memang suka dia....Dia tu PM kita....Displinlah sikit yop!
            Kes yang penulis sebutkan di Kedah ini bukanlah kes pertama. Sudah banyak kali penulis perhatikan gelagat orang-orang kenamaan dan pemimpin kita berkelakuan demikian.
            Terima kasihlah juru kamera. Benda macam ini memang nampak kecik dan remeh saja. Apa-apapun, memang bermula dengan yang kecil dan remeh lepas tu jika tidak dikawal ia akan jadi perangai.



Jagindas: Perangai buruk, kalau tidak dikawal cepat nanti dikhuatiri akan jadi buruk perangai pulak!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.