Ahad, 18 Ogos 2013

NAZRI CERDIK ORANGNYA, DIA SEORANG PEGUAM

Masalahnya Dia Perasan Dia Itu Ketua Hakim

HEBOH juga pasal Menteri Pelacongan, Datuk Mohamad Nazri Aziz, melantik anaknya sendiri menjadi pegawai khas walaupun tugas anaknya itu tidak dibayar gaji atau elaun oleh kerajaan.
            Dari segi undang-undang pusing ikut manapun tidak salah. Najib dan Tun Mahathir pun sudah 'cover line'. Namun ramai juga yang kata, tindakan Nazri itu sengaja 'mencari pasal'. Cakap mudahnya, walaupun benda-benda macam itu dikatakan tidak menyalahi undang-undang tetapi kalau ia boleh mengundang 'bala', memeningkan kepala buat apa dibuat?
            Kalau kepala Nazri seorang saja yang pening tak apa, lantaklah kalau nak pecah belah sekalipun. Masalahnya ia turut membabitkan orang lain sama..!
            Dulu pun, Nazri ini diperhatikan memang agak keras kepala sedikit. Tetapi selepas dia berkawan baik dengan Namewee, nampaknya cara dia 'pelepas diri' pun macam Namewee jugak. Ikut sedap mulut dan hati dia sahaja....... Kena badi budak tu kut!
            Tidaklah. Baru-baru ini dia dah 'balon' budak tu kaw kaw. Kalau Namwee ada di depan dia masa itu barangkali mahu diterajangnya budak tu! Hailah nasib....Nasib, nasib....
            Nasib siapa? Nasib BN dan Umno laa.... nasib siapa lagi??


Jagindas: Belajar operasi fb dengan anak yang akan ambil UPSR tahun ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.