Masih Ramai Orang Umno Tak Sedar Diri
BOLEH dikatakan mesyuarat cawangan umno di seluruh negara mencakupi
pergerakan pemuda, wanita dan puteri sudah selesai. Malah sudah ada umno
Bahagian yang sudah menjalankan mesyuarat agung masing-masing. Bagi yang sudah selesai,
berehatlah sementera menunggu November atau Disember ini bagi menghingar
bingarkan dewan PWTC - jika dewan itu masih lagi relvan untuk dijadikan vanue Perhimpunan
Agung Umno Malaysia, seperti selalunya.
Rumah sudah siap tetapi
pahat masih berbunyi, ini perkara biasa. Apa lagi dalam budaya orang melayu.
Kalau tak ada nada-nada seperti itu, melayu itu bagaikan sepi. Macam pantun dan
jenaka juga, yang menjadi penyeri ucapan, puji dan caci. Lihatlah nanti di
perhimpunan PWTC nanti.
Sekarang ini, mengikut
peraturan baru tidaklah semudah itu seseorang ahli yang tidak puas hati untuk
membawa 'kes hatinya' itu ke mahkamah.
Selain perlu menyediakan bukti dan teknikal yang kukuh, ahli terbabit juga
berkemungkinan besar akan dinyahkan daripada menjadi ahli umno seumur hidup. Kalau
itu yang terjadi, pilihan yang ada cuma
ada tiga; sama ada akan jadi hantu raya atau menyertai parti lawan atau juga
terus menyepikan diri.
Lagi pun, orang melayu
mana ada duit. Lainlah pak-pak koperat yang di atas-atas nun atau pun ahli yang
bertaraf Tengku Razaleigh (Ku Li).
Jesteru, lebih baik diam
sahaja memendam rasa. Inilah penyakit amat berbahaya dalam dunia politik!
Rasanya semua pihak faham, tak perlulah dibicarakan secara panjang lebar.
Apa yang menyebabkan pahat
berbunyi lalu membuku panas di hati ahli? Banyak halnya,tetapi cukuplah sekadar
menyebut antaranya ialah;
1. Masih
ada lagi perangai ketua cawangan yang tidak menjemput (surat jemputan rasmi)
ahli-ahli tertentu. Makanya, ada yang tertanya-tanya mengapa, mengapa dan
mengapa? Tidak dijemput bermakna menafikan hak seorang ahli untuk hadir
mesyarat tetapi setelah dijemput adalah menjadi hak seseorang ahli untuk hadir
atau tidak.
2. Ada
yang mendakwa tiba-tiba sahaja (tahun ini) namanya sebagai ahli cawangan
tersebut hilang. Siapapun tidak dapat menjawabnya. Hendak dikatakan bertukar
cawangan, tuan punya diri tidak pula pernah memohon berpindah cawangan atau
bahagian. Kenapa? Sekali lagi, mengapa, mengapa, mengapa dan macam mana boleh
jadi? Sedangkan, dia tidak pernah mendapat surat tunjuk sebab atau tindakan
disiplin parti!
3.
Mesyuarat tetap dijalankan juga padahal korum tidak cukup! Pemerhati dan wakil
daripada Umno Bahagian pun turut kenyit mata tanda 'dibolehkan'. Macam mana ni?
Sekali lagi, mengapa, mengapa, mengapa? Umno nampaknya memperleceh 'rule' perlembagannya sendiri serta
kuasa pendaftar pertubuhan (ROS).
4. Ada
ahli yang dilarang membuat ucapan penangguhan (bukan usul). Ahli berkenaan disuruh
duduk. Dia dikatakan buang masa... Apakah semakin matang umno makanya semakin
pula bersifat diktator?
5. Lagi
pelik seorang ahli gelak besar kerana nama cawangan yang dianggotai itu rupa-rupanya
tidak wujud sebagai sebuah penempatan atau kampung hatta taman sekali pun. Yang
ini pulak macam mana? Ha? ha? ha? Bukankah tindakan seperti ini boleh membawa
padah kepada Umno satu Malaya?
6.
Kononnya, terdapat cawangan dan bahagian yang menyediakan laporan kehadiran
palsu keahlian yang konon-kononnya cukup dua pertiga tetapi hakikatnya hanya
ada beberapa orang sahaja. Kalaulah benar, kes seperti ini adalah kes berat.
Kira sudah melampau. Mengapa hantar wakil daripada bahagian yang tak tahu
membilang (buta matematik)...?
7. Musim
yang lalu terdapat cawangan yang digantung akibat masalah dalaman dan teknikal.
Kononnya, pada musim ini ada arahan dari atas supaya kumpulan tertentu mengambil
alih cawangan tersebut dengan menghadirkan orang luar ke cawangan bekenaan
dengan menafikan semua hak ahli asal di cawangan berkenaan. (Penulis agak keliru sedikit di sini: apakah cawangan yang digantung pada
musim lalu itu maka keseluruhan ahlinya turut digantung selama-lamanya sehingga
menyebabkan tindakan sedemikian di buat?)
Tidak hairanlah apa yang
orang kata tentang macam-macam skandal dalam Umno dulu dan kini. Macam samseng
pun ada!
Penulis urut dada mendengarkan
ragam kepimpinan umno di akar umbi ini termasuk orang-orang kuat Bahagian yang
kononnya tahu dan faham serbi serbi hal ehwal parti. Kerana apa penulis risau? Kerana,
bersebabkan hal-hal teknikal seperti itulah dahulu, Umno telah diharamkan.
Kelam kabut dan huru hara satu Malaya dibuatnya. Nyaris-nyaris sahaja 'Melayu'
hilang di dunia.
Kadang-kadang, penulis
rasa terpercaya juga apabila seorang pemerhati politik dari kalangan masyarakat
marhen mengatakan bahawa Umno dan kerajaannya hanya boleh bertahan lebih kurang
20 tahun sahaja lagi kalau kepimpinan Umno masih buruk laku. Ini ayat provok
yang boleh menaikkan darah. Tetapi, apabila melihatkan gelagat manusia umno yang
tak insaf-insaf seperti yang disebutkan pahat berbunyi itu, barangkali ada
benarnya kata pemerhati marhaen tersebut.
Khabarnya, ada seorang
Ketua Bahagian dah main sepak bangku lalu terkena anggota badan lawannya. Ai..,
main kasar nampak... Entah ya entah tidak! Tapi menurut infor daripada unit
risikan pihak berkuasa, bahagian (umno) tersebut memang ada 'tegang'... Dah
mula la tu...
Pun begitu, besarlah doa
dan harapan, agar Umno terus relevan untuk orang Melayu dan bumiputera sejagat.
jagindas: Lupa
diri tu berlaku disebabkan tak sedar diri ....(Tolong bisik-bisikkan kepada
kepimpinan tertinggi, keris pada logo Umno memang tidak bersarung tetapi jangan
sampai pula keris itu hilang hulunya)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.