Langkah Proaktif Bangunkan Negeri,
katanya
TINDAKAN Menteri Besar Perak (MB), Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir,
membawa pegawai-pegawai pengurusan negeri Perak termasuk ahli-ahli exco-nya
menemui menteri-menteri tertentu di pejabat pentabiran kerajaan pusat, dilihat
satu inovasi yang baru.
Zambry sendiri dalam
kenyataannya mengakui tindakannya itu yang mana ia adalah satu-satunya kerajaan
negeri yang melakukan proaktif seperti itu membabitkan kerajaan pusat.
Kalau tujuannya bagi
mempercepat mendapatkan peruntukan dan bantuan untuk melaksanakan sesuatu projek,
itu dikira satu hal lainlah. Tetapi, jika tujuan perjumpaan itu untuk mendapatkan
pandangan dan idea daripada pihak pusat dan MTEN untuk membangunkan Perak berasaskan
pelbagai jenis industeri dan pelancongan, rasanya agak tidak kena. Malu la....
Itu sebab negeri lain tak buat kerja macam itu, beb!
Di Perak sebenarnya terhidang pelbagai persediaan asas untuk dimajukan. Ianya laksana intan bersalut lumpur. Malangnya, ketua-ketua agensi dan peneraju negeri yakin ia bukan intan sebaliknya adalah batu durhaka.
Di Perak sebenarnya terhidang pelbagai persediaan asas untuk dimajukan. Ianya laksana intan bersalut lumpur. Malangnya, ketua-ketua agensi dan peneraju negeri yakin ia bukan intan sebaliknya adalah batu durhaka.
Kalau bab industeri,
negeri itu masih banyak kawasan yang boleh menempatkan apa sahaja jenis industeri
berat dan ringan. Kalau nak buat kilang uraniaum pun boleh.
Lawatan sambil belajar ke
luar negara sudah pun dibuat beberapa kali. Banyak duit sudah di belanjakan.
Tak kanlah sedikit ilmu pun tak dapat? Tak kanlah masih tak timbul-timbul idea?
Makan angin hurara saja kah?
Begitu juga kalau kita bercakap
tentang industeri pelancongan, negeri ini juga memiliki pelbagai alam semula
jadi dan alam terbitannya yang kalau dimajukan mampu memberikan pulangan mewah
kepada negeri dan rakyat jelatanya. Depan mata terbentang luas. Ke hulu ke
hilir (kulukelio) tak kan tak nampak. Tuan-tuan ada pemandu (dereba), takkanlah
sepanjang perjalanan tidur sahaja kut!
Rakyat berkata begitu
kerana apa yang berlaku, dari satu MB
kepada satu MB, dan dari satu exco ke satu barisan exco yang baru, pembangunan
negeri Perak bergerak begitu perlahan berbanding negeri yang lebih miskin
daripadanya atau yang setara dengan Perak yang dipimpin oleh kerajan BN.
Apakah tahap penglihatan
lapisan-lapisan peneraju negeri itu masih sempit. Malah, sepatutnya Zambry
melipatkan usaha dan menampakkan keberhasilannyanya sebaik sahaja BN berjaya
mengambil-alih pemerintahan negeri itu selepas 11 bulan PR memerintah.
Ini kerana, sehingga sekarang
rata-rata rakyat Perak merungut bahawa pergerakan pembangunan negeri itu didakwa
mereka begitu perlahan. Malah, menurut mereka, kecekapan agensi-agensi kerajaan
dalam membantu dan merangsang aktiviti rakyat Perak masih di tahap rendah,
tidak kreatif, tidak proaktif malah masih berpaut kepada birokrasi yang entah
apa-apa. Pejabat tanah dan daerah adalah antara contoh agensi yang kerap
dipersoalkan. Ramai melayu loya nak beruusan dengan pejabat itu.
Perak nampaknya lebih
cenderung melihat pembangunan yang bernilai besar. Penulis angkat topi. Cita-cita
itu wajar di hormati dan disanjung. Namun pada masa sama kerajaan negeri dilihat
seperti memandang remeh pembangunan industeri dan aktiviti bisnis yang kecil-kecil.
Sedangkan industeri seperti itu mampu memberikan banyak peluang rezeki kepada
rakyat marhaen dan tempatan secara melebar. Inilah yang dikatakan pembangunan
syumul.
Dari sudut pelancongan pula
misalnya (sekadar contoh), selain Projek Perak Man di Lenggong, Taiping dengan Bandar
bersejarahnya, Lumut-Pangkor dengan lokasi perlancongan dan percutiannya, Teluk
Intan, Gua Batu kapor di Kinta dan Gua Tempurung di Gopeng, apa lagi yang
menariknya di Perak?
Bahkan, apakah lokasi-lokasi
pelancongan yang disebutkan itu benar-benar telah diperindah sehingga mampu
menggamit pelancong dalam dan luar negara untuk rindu kepada negeri ini? Kerana
apa? Kerana, kebanyakan pelancongan
dalaman (domestik) yang ditemui hanya mengatakan: "cukuplah sekali meredah Perak, lebih
baik ke pantai Timur atau Melaka". Apa maksudnya itu?
Untuk melihat sebuah
kawasan rekreasi dengan multi-budaya niaga disekelilingnya serta sebuah muzium
kapal korek dibangunkan di Batu Gajah yang benar-benar indah dan menarik, nampaknya
setakat ini ia hanyalah sekadar impian. Lihatlah apa yang ada di situ ketika
ini. Padahal uar-uar mengenainya sudah lebih lima tahun lalu digah-gahkan di
media-media.
Jika pembangunan kawasan
itu dan muziumnya dibangunkan dengan penuh kreatif, ia bukan sahaja menambah
lokasi pelancongan di Perak bahkan turut memberi peluang penduduk tempatan di
sekitarnya menjadikan projek di situ sebagai sumber baru rezeki mereka. Apakah
yang ada dalam pemikiran tuan-tuan sekelian terhadap projek tersebut..? Sekadar memaparkan kapal usang itu yang
mengerikan untuk diziarahi sahajakah. Atau sekadar jadi latar belakang peminat
fotografi, begitu? Itulah yang saya sebut tadi..."intan yang bersalut
lumpur..."
Negeri itu juga banyak di
tinggalkan oleh taukeh-taukeh lombong terdahulu dengan kolam-kolam bekas
lombong atau paya dan tasek buatan yang indah dan megah. Hanya dengan sentuhan
kreativiti dan kejuruteraan lanskap beberapa bekas lombong terpilih di situ mampu
untuk dimajukan sebagai tempat rekreasi dan sukan air selain daripada dijadikan
kawasan percutian dan perkhemahan dengan pelbagai pengisian yang berkaitan air
tawar.
Sesungguhnya, pelan tindakan
pembangunan seperti itu mampu memberi ruang dan peluang rezeki kepada penduduk
tempatan dan sekitarnya? Inilah yang dikatakan pembangunan global (syumul) di
mana segenap lapisan rakyat bukan sahaja dapat menikmatinya bahkan
menjadikannya sebagai wadah meningkatkan taraf hidup.
Sepatutnya exco yang ada
di keliling MB mesti mampu mencurah dan mencambahkan ide. Jangan sekadar faham
tugas anda membangunkan negeri berbeza sedikit berbanding wakil rakyat biasa. Tidaklah
sekadar mengisi kekosongan kerusi. Dan, jika sememang semua exco kaku dan
buntu, maka MB hendaklah bertindak sebagai orang yang memiliki idea dan
kreativiti lantas hambatlahexco-exco terbabit untuk membuat kerja. Begitulah juga dengan wakil rakyat-wakil
rakyat lain, sewajar melihat potensi di kawasan masing secara pemikiran kritis
dan ekonomis.
Tapi, kalau beginilah
keadaannya, siapapun jadi MB di Perak ini, mati beb! Mati, tumbang berdiri.....
Penulis respek habis Ali Rostam (mantan KM
Melaka). Bercakap tak pandai. Tergagap-gagap, ada kalanya tak berapa tepat
sebutannya. Tapi, kerja buatnya kelas membangunkan Melaka. Apakah itu semua
kerja Ali seorang sahaja? Belajarlah daripada mereka yang maju tetapi bukan
meniru-niru...
jagindas: Perak
Aman Jaya, Tiada Tertingal, Tiada Terpinggir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.