Hanya Cikgu Yang Boleh Menjamin Martabat
Profesion Itu
SEMBANG-SEMBANG bersama rakan-rakan warong kopi sejak beberapa hari lalu masing-masing
selesa menumpu kepada laporan akhbar mengenai profession guru dijawat oleh
mereka yang tidak berminat terhadap tanggungjawab sebagai guru iaitu hanya
sekadar mengelak daripada menjadi penganggur terhormat.
Satu lagi, berdasarkan
laporan itu juga rakan-rakan mengkaitkannya dengan masa depan program Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) yang sedang digahkan oleh kerajaan hari ini.
Menyingkap kembali mas
lalu, masalah bekas pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM) yang memilih institusi -instutusi latihan perguruan sebagai
langkah terakhir bagi mengelak daripada menganggur panjang bukan perkara baru.
Ia sudah berlaku sejak lebih 30 tahun lalu. Ini termasuklah calon-calon ke
maktab-maktab perguruan yang masuk dari pintu belakang seperti yang didakwa
olah akhbar tersebut.
Kemudiannya, masuk ke era
tahun 2000, apabila ramai graduan yang mengangur terutamanya kalangan melayu,
sekali lagi professi perguruan menjadi pilihan malang apatah lagi bagi mereka
yang sudah berumah tangga dan mempunyai tanggungan. Ramai yang tidak jujur
memilih profesion itu. Ramai, bererti bukanlah semua...
Sebelum ini, beberapa
mereka yang sudah pun diterima jadi guru, secara terbuka menyatakan hal
tersebut. Akibatnya, banyak masalah timbul di sekolah. Guru-guru yang seperti
itu kerap menimbulkan masalah dengan pihak pengurusan. Berkira masa dan tenaga
adalah punca yang paling jelas. Lantaran itu, wujudlah bentuk kerja yang tidak
jujur dan ikhlas. Kita sedia maklum, apakah kesudahannya jika seseorang
melakukan kerja dengan rasa keterpaksaan, tanpa keujuran dan keikhlasan..
"Seorang psangan pengantin yang disoleh oleh mak andam sebegitu
rupa memanglah cantik dan anggun kelihatannya. Tetapi sebenarnya, pasangan ini
dipaksa berkahwin - tanpa cinta, kasih, jujur dan ikhlas sebagai suami isteri."..
lebih kurang begitulah keadaannya. Selebihnya, fikirlah sendiri..
Pertembungan status antara
guru dari gred 41 (golongan ijazah) dengan pengurus sekolah (sekolah rendah) yang
hanya gred 34 (Diploma dan ke bawah) juga turut mengembangkan ego masing-masing
yang akhirnya suasana pendidik di sekolah menjadi tidak selesa dan hilang harmonis.
Senario itu melonjakkan
pula guru-guru gred rendah meningkatkan tahap pendidikan masing-masing apabila
kerajaan memberi ruang begitu. Meski tujuan asalnya untuk meningkatkan martabat
profesiolisma perguruan, namun ramai yang menggunakan kesempatan itu sekadar
untuk mengejar tangga gaji yang lebih baik serta masa depan (pangkat) yang
lebih menjamin keluarga. Berebut laki bini (bagi yang kedua-duanya guru)
mengejar ilmu, kononnya. Tetapi sebenarnya untuk mengejar nilai pencen yang
lebih selesa. Ini, adalah antara yang pernah goongan terbabit suarakan kepada
penulis. Malang kan?
Sekali lagi kementerian Pendidikan
terperangkap dengan karenah ego, sombong serta sifat tidak bertanggung oleh
anak buahnya sendiri. Mncelah di antara itu pula, senario dalaman politik turut
mengeruhkan keadaan tetapi tingkah lakunya seperti api dalam sekam. Meski tiak
semua, tetapi itulah majoritinya. Meski sukar dibuktikan, tetapi begitulah
hasil dan realiti yang diterima. Ramai juga pegawai-pegawai atasan yang
terperangkap sehingga menafikan hak mereka yang benar-benar ikhlas berdiri di
atas landas professi perguruan.
Justeru, terdapat kanser
dalam masyarakat guru itu yang perlu dirawat penuh teliti. Masalah yang
diketengahkan seperti beban guru, masalah komunikasi, kenaikan pangkat dan
macam-macam birokrasi lain hanyalah satu alasan yang sengaja ditonjol-tonjolkan
kerana ia terlihat boleh dibuktikan.
Namun, yang lebih
berbahaya dari itu, adalah dendam lama bagi mereka yang dinafikan hak 'sewajarnya'
menikmati masa depan yang lebih baik dan sikap menggunakan profession itu
sebagai tempat 'makan gaji atau cari makan' suda lama berakar umbi.
Malah, ada daripada
golongan ini yang turut mengembangkan dakyah mempengaruhi golongan baru.
Dengan kata lain, ramai
kalangan pendidik di Malaysia hari ini yang bersikap berpura-pura serta talam
dua muka. Sesuatu yang mudah ditelah tetapi sukar untuk dibuktikan. Tetapi
berbahaya sekali!
Lantaran, apabila kerajaan
mencanangkan PPPM, kebimbangan wujud di kalangan khalayak terutama bekas -bekas
guru yang pernah menjunjung dasar pendidikan sejak era laporan Rahman, Laporan Razak,
era Mahathir, Falsafah, Visi dan misi pendidikan yang syumul.
Kebimbangan itu adalah
bersebab atas satu alasan yang paling remeh. Iaitu, bolehkan orang yang 'tidak
sihat', tidak jujur dan penuh kepura-puraan atau yang sudah terbenam dalam
hatinya bahawa kerjaya itu didokong atas keterpaksaan, melaksanakan satu tugas besar
seperti yang dihasratkan oleh PPPM (?)
Ini kerana, beberapa
kegagalan dalam melaksanakan dasar-dasar pendidikan yang lalu, selain daripada
sifat dasar itu sendiri yang mengelirukan, sikap pelaksana (guru) yang hanya
sekadar 'mengangguk' untuk tidak dipersalahkan (dan menyalahkan prinsip saya
yang menurut perintah) menyebabkan perbelanjaan berbilion ringgit terlihat tidak
memberikan pulangan yang wajar.
Pengalaman lalu juga,
apabila kementerian bersikap 'belum duduk sudah berlunjur' turut mencacatkan program.
Yakni, instrumen belum tersedia tetapi pihak pelaksana dipaksa melaksanakannya
tanpa soal. Yes sir!
Dua isu besar inilah (tetapi
pihak atasan mestilah melihat ianya sebagai isu yang remeh) - barah kepura-puraan dan instrumen tersedia
yang dibimbangi akan menjadikan PPPM indah khabar dari rupa.
Ya, benar. Remeh. Tetapi,
beberapa pengelaman lalu, bukankah banyak isu yang remeh telah menggagalkan program
yang besar-besar? Bacalah yang terdahulu secara global kalau pun tidak secara syumul.
Apapun, adalah diharapkan
semua kaum guru menerima dasar PPPM ini dengan jujur serta bersedia berdiri di
atas trek perguruan dan pendidik yang sewajarnya.
jagindas: Siapa
saja boleh menjadi guru tetapi tidak sebagai pendidik sejati. Ini pun adalah
falsafah lama juga....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.