Kerani Tersengeh-Sengeh Layan Handphone
...
LEGA rasanya apabila melihat hanya ada dua pelanggan di depan kaunter
stesen Kerata Api Tanah Melayu (KTMB) itu untuk membeli tiket. Tiga kaunter
yang dibuka pula tersedia tiga petugas yang comel-comel. Bermakna, setiap
kaunter untuk kami setiap seorang. Dalam hati berkata: "ah, tiga minit
selesailah.."
Aku berdiri di depan kaunter
yang kosong itu. Petugas tidak memandang aku sebalinya dia tersengeh-sengeh sendirian
melayan telefon bimbitnya. Pastinya, sama ada membaca dan mebalas pesanan
ringkas (sms) atau barangkali sedang melayari muka buku (fb) miliknya. Dunia
android lah katakan... Hampir seminit sudah, tetapi masih tidak diendahkan.
Kaunter sebelah sudah
selesai. Jadi aku menginsut ke kaunter itu. Sama juga, sehabis tugasnya
terhadap pelanggan tadi, dia juga turut terasuk dengan telefon bimbitnya.
Tersengeh-sengeh sendirian lagi menatap papan papar hp-nya. Cuaca di luar sana
memang panas. Panas betul! Hari nak hujan agaknya!
Namun, baru sahaja aku nak
membuka mulut (cadangnya nak maki sahaja budak ni), dia lantas bertanya. Nasib
dia baik. Baaaaaik sekali. Setelah memaklumkan destinasi dan masa yang diperlukan,
pekerja itu pun menggerak-gerakkanlah tetikusnya.
Alamak, punyalah
haramjadah, sistem komputer KTMB itu teramatlah lembabnya. Ini bukan kali
pertama beb. Sedari awal tahun lagi memang macam itulah ragamnya. Kita ingat
barangkali dalam sebulan dua tentulah sistemakan di up-grade-kan. Petugas hanya berkata: maaf encik, sistem slow sangat.
Wahai KTMB, kamu nak
tunggu tahun bila pula baru nak up-grade
sistem itu? Atau saja-saja tak mahu naik taraf sistem berkenaan supaya
petugas-petugas kamu sempat bermain telefon bimbit sambil-sambil layan
pelanggan - layan sms, layan fb?
Bisnis dah cantik dah.
Kerajaan dah tolong banyak dah. Gaji, elaun, kemudahan pun bagus bagus. Kamu
orang nak apa lagi ha? Mentaliti berkerja kamu jangan macam orang melayu Tanah
Melayu sebelum perang dunia pertama.
Aduhai...kalaulah orang
lain yang pegang teraju KTMB ada pihak marah-marah pulak. Mulalah bercakap
tentang melayu, melayu, melayu dan bla, bla, bla, bla....
Saya nak ingatkan kepada
semua pihak pengurusan KTMB supaya tidaklah syok sendiri. Jaga nama baik KTMB, nama kerajaan dan sentiasalah berusaha meningkatkan keupayaan dan perkhidmatan KTMB setaraf dengan dunia maju. Boleh kan?
Apapun, bukan semuanya
begitu. Ada juga yang tahu diri dan sedar tangungjawabnya sebagai pekerja, staff,
pegawai dan paling penting mereka menghargai di situ tempat bermulanya periuk
nasi mereka berasap. Syabas dan tahniahlah kepada yang berkenaan. Semoga berkat rezeki
yang awak terima dan mudah-mudahan Tuhan mempermudahkan lagi perjalanan hidup
awak dan keluarga.
Namun, biasalah sebab nila
setitik.... Demikian juga ada seekor dua kerba yang membawa lumpur, makanya.....
Jangan marah, saya pun bukan marah hanya menegur... Itu pun taklah sekeras mana....
Jagindas:
Fasarana first class, perkhidmatan belum lagi. Anda mampu mengubahnya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.