Untuk Pasti Kumpulan Sasaran Lebih Adil
SEPERTI yang dijangka dalam pembentangan bajet 2014 lalu, kerajaan terus
memperkenalkan banyak insentif dan subsidi kepada rakyat teruama yang berupa bantuan
sekali gus untuk semua peringkat terutama golongan pertengahan dan ke bawah.
Kerajaan sedar, simpang
siur penyaluran bantuan itu barangkali akan mewujudkan penerimaan bertindih dan
jika tidak dikawal ia boleh memberikan impak yang buruk kepada pihak pelaksana.
Apapun, konsep pemberian itu adalah satu jenis bagi satu-satu asnaf yang
kerajaan gariskan. Rakyat wajar faham hakikat itu dan tidak memutar belitkannya
dengan bahasa dan fahaman yang mengelirukan.
Kesediaan kerajaan
menyediakan pengkalan data bagi mereka yang layak menerima bantuan dan subsidi
tersebut amat dialu-alukan malah ia sepatutnya telah terlebih dahulu diwujudkan
sebelum perlaksanaannya kali pertama tahun lalu.
Namun dalam menentukan
golongan sasar yang berhak menerima bantuan itu (contohnya: BR1M) pada pendapat
saya kerajaan tersilap dalam memutuskan dasarnya iaitu bagi isi keluaga yang
berpendapatan kurang dari RM3,000 bagi BR1M RM650 dan isi keluarga yang
berpendapatan RM3,000-RM4,000 untuk menerima BR1M RM450.
Ini kerana jika golongan
sasar yang dimaksudkan itu adalah 'miskin' maka ia sepatutnya ditafsir
berdasarkan pendapatan per kapita isi rumah. Dalam hal ini, kerajaan berhak
menentukan apakah nilai perkapita yang wajar bagi sesebuah keluarga bagi
menentukan mereka termasuk dalam 'asnaf' kerajaan itu.
Sebagai contoh adakah adil
bagi sebuah keluarga yang berisi pendapatan RM2,999.00 sedangkan mereka tidak
mempunyai anak atau baru memiliki seorang dua anak sedangkan sebuah keluarga
lagi memilki pendapatan yang serupa tetapi memiliki 6 orang anak, malah mungkin
juga terpaksa menanggung ibu bapa yang uzur. Bagaimna pula satu keluarga yang
berpendpatan isi rumah RM5,000 tetapi mempunyai 8 anak yang masih dalam
tanggungan dan tinggal di bandar besar? Berapa per kapitanya?
Dengan cara itu, jika
dasar pendapatan perkapita ini menjadi rujukannya, kerajaan tidak perlu takut
meletakkan jumlah pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan kerana ia
benar-benar mengambilkira erti 'tanggungan' sesebuah keluarga. Sekali gus
mentafsirkan status keluarga terbabit sejajar dengan perkembangan negara,
ekonomi dan taraf sosio mereka.
Justeru, pengkalan data
keluarga yang sedang diruskan oleh kerajaan sewajarnya menyatakan dengan jelas
dan tepat maksud itu di mana rakyat tidaklah wajar mempersoalkannya berikutan
ia lebih tepat menemui kumpulan sasarnya.
Apa yang penting,
pengkalan data ini hendaklah sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa dengan
kerjasama pelbagai agensi berkaitan seperti Jabatan Pendaftaran Negera, Lembaga
Hasil Dalam Negeri dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Jagindas:
Terpaksa kerja siang malam....anak
ramai beb!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.