Isnin, 21 Oktober 2013

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG BERJAYA DAN YANG KALAH

Biarpun Akar Umbi Semakin Meluat

SELESAILAH sudah pemilihan Umno Malaysia pada Sabtu lalu, 19 Oktober, 2013. Namun biasalah, bak kata pepatah melayu, rumah siap pahat berbunyi. Tung tang, tung tang, tung tang, tang tang tang...
            Apapun, jangan pula dipandang remah bunyi pahat itu. Kena tengok dan kaji juga sebagaimana kita melihat dan mengkaji apa-apa laporan yang tidak-tidak. Keputusan yang diperlolehi sama ada diperingkat bahagian mahupun pusat itu juga didakwa ramai pemerhati politik sebagai mempamerkan sesuatu yang upset.
            Berbalik kepada gaya pemilihan 2013 yang dikatakan ada style baharu sebagai hasil transformasi politik dalam umno, antara lain tujuannya adalah bagi mengelakkan mudahnya berlaku politik wang. Kata lainnya, umno cuba sedaya upaya mengelak daripada polituk wang menguasai urustadbir parti dan negara. Rosak, tentulah rosak. Banyak sudah contoh teladannya.
            Namun satu proses yang memberi peluang dan ruang yang lebih besar kepada ahli di akar umbi terbabit dalam pemilihan itu adalah juga sesuatu yang amat bagus malah parti-parti lain juga wajar belajar daripadanya. Untuk yang itu, tahniah kepada umno.
            Benarkah politik wang terhapus menerusi sistem pemilihan baharu ini? Wallah huallam. Hanya perwakilan dan yang bertanding sahaja yang tahu! Apa yang penulis dengar ada perwakilan mengaku menerima sampul surat yang didalamnya berinti RM100 untuk tambang atau minyak kereta dan RM300 untuk wang sagu hati poket. Malah ada juga yang dikatakan menerima lebih dari itu. Ada juga perwakilan terbabit merehatkan diri ke Siam selepas selesai pemilihan sebagai memanfaatkan isi sampul surat itu. Heheheh...bantailah.  
            Patutlah bayak yang upset. Misalnya di Perak, menurut beberapa pemerhati, Bahagian Batu Gajah, Bahagian Kampar dan Kampung Gajah (sekadar contoh) adalah antara keputusan pemilihan di bahagian yang dikatakan sebagai "tidak sepatutnya" begitu. Entahlah...
            Apapun, kalau setiap perwakilan membawa keputusan daripada hasrat akar umbi dan bukannya keputusan peribadi, penulis percaya keputusan yang terjadi adalah yang tulus dan telus. Sebelum ini penulis ada mengulasnya di sini.
            Kalaulah benar apa yang didakwa, bermakna sikap orang umno dulu dan kini masih sama. Lemah, kosong kepala, kosong raga dan mudah di bayar-bayar atau di gula-gula.Bak kata seorang rakan: "Pejuang taik kucing namanya"!
            Cakaplah macam manapun, majoriti ahli umno tetap begitu. Ketika di depan bukan main insaf lagi tetapi pusing ke belakang habis semuanya hilang dan terbang. Yang mereka lihat dengan jelas adalah wang, projek dan dan dan...
             Catatan ini bukan kerana Mukhriz kalah. Bukan sekali-kali. Penulis amat kecewa apabila menerima cerita tentang kewujudan 'sampul surat berisi'. Itu sahaja. Dan kerana itulah nanti yang membunuh Melayu itu dengan syurga ilusi mereka!
            Nasihat penulis, biarpun kamu sering lupa diri, tetapi janganlah sampai lupakan Tuhan (Allah)....


jagindas: Ketakutan menghadapi pilihanraya PRU14 sudah mula terasa..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.