Selasa, 8 Oktober 2013

TANAH.. O.... TANAH

Pencerobohan Dihalalkan
gambar hiasan
SATU BERITA kecil yang menarik perhatian saya hari ini di akhbar Utusan Malaysia adalah perihal reaksi kerajaan negeri Perak terhadap memorandom yang dihantar oleh tiga petani di Kampung Tanah Hitam dekat Chemor.
            Dalam reaksinya itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berjanji akan menyelesaikan masalah 'perebutan' tanah kerajaan seluas kira-kira 1.02 hektar itu dengan adil.
            Kes timbul apabila petani terbabit yang mendakwa telah berpuluh tahun mengusahakan tanah tersebut telah dinafikan haknya apabila seorang pemohon lesen sementara (TOL) diluluskan permohonannya bagi memilik usahakan tanah berkenaan. Rujukan mendapati tiga petani tersebut tidak pernah membuat permohonan seumpama itu. Maknanya mereka adalah penceroboh dan penceroboh boleh di dakwa di mahkamah. Kalau berani dakwalah....
            Berdasarkan fakta itu, jelaslah bahawa petani terbabit telah mengusahakan tanah tersebut secara haram namun telah pun menikmati hasilnya sejak berpuluh tahun lalu - menyara diri, keluarga dan barangkali juga melaluinya telah memberikan kemampuannya memiliki pelbagai aset lain seperti rumah dan sebagainya.
            Manakala, pemohon yang diluluskan lesen TOL-nya itu adalah pemilik sah secara undang-undang (lesen sementara) kerana memohon mengikut prosedur yang ditetapkan oleh akta kanun tanah negara.
            Kes seperti itu bukanlah bukan sesuatu yang memeranjatkan. Sebab itu jadi berita kecil sahaja. Ketika ini pun berpuluh ribu hektar tanah kerajaan negeri atau tanah kepunyaan perbadanan kemajuan negeri telah diceroboh malah ada antara penceroboh itu yang telah kaya raya hasil keberanian dan kurang ajar mereka itu. Jangan-jangan ada pulak taukeh di belakang penceroboh itu orang asing.  Huh, naya negara ku yang indah permai. Harap-harap tak sampai jadi macam itu lah!
            Pejabat tanah dan daerah hatta perbadanan kemajuan negeri sekalipun sebenarnya mengetahui perkara ini tetapi tiada sebarang tindakan diambil dibawah akta menceroboh harta kerajaan atau persendirian. Tiada!
            Sebelum ini, saya ada menulis mengenai perkara yang sama yang mendorong rakyat tempatan berfikir yang mana satu hendak diikut: peraturan kerajaan atau terus sahaja melakukan pencerobohan? (baca di sini)
            Macam mana penternak lembu, kerbau dan kambing begitu bersenang lenang mengaut untung di atas tanah kerajaan tanpa sebarang surat izin/kebenaran? Malah turut berlagak macam harta pusaka mak bapak dia sehingga penduduk tempatan mahu tumpang lalu pun tak boleh?
            Soalan lagi, apa kah syarat-syarat bagi seseorang atau kumpulan untuk melakukan aktiviti ternakan komersil? Apa? Apa?
            Bagai mana pula ada yang kaya raya menggunakan kolam bekas lombong sebagai ladang ternakan ikan. Tanpa cukai! Hal macam ini pun nak tunggu rakyat adu ke? Habis, apa yang tuan-tuan buat dan dibayar gaji di jabatan berkenaan?
            Bila kerajaan kata supaya pemimpin mesti selalu turun padang, itu  bukannya bermaksud orang parti atau politik sahaja. Ketua-ketua jabatan, balaci di jabatan kerajaan juga mesti turun padang ke bawah bidang masing-masing.. Bukannya buat kerja dengan 'remote control' dari bilik berhawa dingin sahaja.
            Justeru, saya mahu tanya satu lagi soalan, mana satu : Ceroboh dahulu baru mohon TOL atau mohon dahulu baru diusahakan? Jawab lah! Jawab!

jagindasMacam manalah rupa penyelesaian yang sebaik-baiknya yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Perak tu ye..?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.