Semakin Berani Mengetepikan Kepentingan
Melayu
PENULIS tidak begitu faham mengapa akhbar tempatan khususnya akhbar perdana
tidak meletakan isu Petronas yang didakwa semakin bertindak derhaka kepada
usahawan Melayu sebagai tajuk utama. Setidak-tidaknya second lead. Bagi penulis, ayat mudahnya, Petronas semakin angkuh dan
melupakan hak-hak kepentingan ekonomi orang-orang melayu di negara ini. Berita
itu boleh dibaca di sini.
Kalau tidak pun cerita itu
dimainkan di muka depan, tidakkah wajar ia diletak sebagai tajuk utama di muka
surat dua? Saat ramai pihak berkecil hati dan mempersoalkan beberapa 'perangai'
GLC yang disifatkan angkuh serta sombong, sepatutnya sikap dan ragam Petronas
ini juga wajar diketengahkan untuk disedari sebagai isu utama kerana ia
berkaitan dengan sensitiviti orang melayu.
Mengikut cerita yang
dipetik akhbar itu, Pengerusi Kluster Minyak Dan Gas, Majlis Tindakan ekonomi
Melayu (MTEM), Tengku Putra Tengku Ahmad, pihaknya sudah bertemu pengurusan
tertinggi Petronas yang diatur oleh Tun Mahathir bagi membincangkan hal
tersebut namun masih belum mendapat reaksi yang pasti. Menurutnya, Tun sendiri
gagal secara pantas memberikan maklum balasnya. Hanya satu janji iaitu untuk diaturkan
pertemuan sekali lagi...
Tun M, bukan calang-calang
orang malah beliau adalah 'orang besar' yang bertanggungjwab terhadap kewujudan
dan pembangunan Petronas. Hal ini semua orang tahu bahkan dunia juga maklum
mengenainya. Sekarang beliau adalah penasihat kepada GLC gergasi itu.
Apa sebenarnya yang
berlaku dalam Petronas? Apakah GLC
gergasi itu juga sudah dilanda pelbagai genre korupsi? Apa yang khalayak jelas
tahu adalah pegawai-pegawai dan kakitangan di Petronas bergaji dan berelaun
besar. Muncah dan berlimpah ruah! Tetapi, biasalah, manusia tidak pernah akan puas
dengan apa yang dimilikinya.
Belum pun DAP atau
pembangkang memerintah negara tetapi sikap GLC jelas menampakan lupa daratan.
Padahal, asal usul mewujudkan GLC-GLC seperti Petronas, Telekom, Tenaga Nasional
Berhad, Pos Malaysia, Guthrie, DRB Hicom, Proton dan bermacam-macam lagi adalah
hasil daripada kesedaran kerajaan bagi membantu meningkatkan ekonomi bumiputra
selain kerajaan sendiri mempunyai kepentingan ekonomi di dalamnya.
Menteri kewangan,
menteri-menteri melayu, ahli-ahli parlimen melayu, wakil-wakil rakyat melayu,
orang-orang besar melayu, NGO-NGO melayu hendaklah berasa sensitif hal-hal
seperti ini. Tuan-tuan semua mesti bangun serentak melihat dengan jelas luar
dan dalam, dahulu, kini dan masa depan rentak, riak dan sorak sorai GLC-GLC di
negara ini.
Jagindas:
Satu demi satu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.