Sabtu, 9 November 2013

APA KESANNYA KEPADA MELAYU JIKA ...

Nasib Nelayan: Gambar Hiasan
Beribu Orang Ditarik Darjah Kebesarannya?

TAJUK UTAMA AKHBAR Utusan Malaysia semalam memaparkan perihal Pas menempelak Karpal Singh yang menuntut supaya jabatan pendaftaran pertubuhan membatalkan mana-mana parti politik dan NGO yang berteraskan satu kaum dan satu agama.
            Dan hari ini, akhbar yang sama memainkan isu seorang CEO di Johor yang di tarik semula gelaran Datuk serta lain-lain gelaran kurniaan istana Johor, baca di sini.
            Seelum post yang ini, penulis memasukan entri satu post yang mempersoalkan peranan akhbar dalam memilih story utama mereka yang pada fikiran penulis tidak begitu meberikan kesan dan impak yang besar kepada kepentingan dan sensitiviti orang malayu sejagat.
            Fikir dan timbangkan, antara cerita seorang CEO yang di tarik gelaran Datuk dan antara cerita Pas menempelak Karpal Singh, berbanding dengan isu-isu lupa daratan kalangan GLC-GLC . Yang mana satu lebih besar impak serta relevannya terhadap kepentingan ekonomi dan masa depan orang melayu?
            Sebagai Ketua Pengarang akhbar yang dianggap menjadi lidah resmi orang melayu, sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku. Ini jelas menunjuk, pemikiran eksekutif melayu terhadap kepentingan ekonomi bangsa tidak begitu mantap atau masih kabur.
            Memang, akhbar juga menacri makan dan tajuk-tajuk yang dimainkan sebegitu rupa bagi memancing pembaca khususnya pembeli. Jadi, besar sangatkan 'glamour-nya' pada pemikiran ketua pengarang sehingga cerita sedikian menjadi tempat utama di muka depan akhbarnya? Terkejar-kejar sangatkan orang melayu mendapatkan akhbar yang menceritakan hal-hal seumpama itu?
            Penulis ingatkan kepada mereka yang menerajui akhbar-kahbar perdana khususnya yang berbahasa Melayu, tuan-tuan bukan sekadar mesti banyak membaca tetapi juga mesti bijak mentafsir, menelah dan memilih sebelum memuat keputusan. Jika tidak, tiada bezanya akhbar anda dengan surat-surat khabar nyamuk lain yang hanya mementingkan keuntungan.
            Justeru, apa sebenarnya yang menyelubungi minda saudara? Seorang rakan berkata mungkin tindakan itu sebagai tanda menunjuk bahawa orang melayu menyanjung kedudukan dan kuasa sultan. Begitukan..?
            Selagi kita orang melayu yang menjujung perlemabgaan negara dan negeri masing-masing, kedudukan serta kuasa-kuasa sultan tetap terjunjung dibatu jemala rakyat hamba. Pun begitu, tulisan ini hanya menarik perthatian pihak berkenaan supaya jujur meletakkan isu utama yang relevan dengan melayu sejagat dan bukan suatu pihak yang kecil. Dengan cara itu, melayu akan lebih menghormati akhbar serta institusinya sendiri.
             Maaflah, itu pandangan peribadi saya. Ke bawah Duli jua umat melayu dan Islam bernaung!


JagindasSemoga sultan-sultan lain juga ikut cara Duli Tuanku Johor, jika yang diberi anugerah tidak mengenang budi dan tak tahu diri!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.