Jumaat, 14 Februari 2014

BANK PALSU MASIH AKTIF CARI MANGSA

Gambar Hiasan
Pelanggan Diingat Jangan Layan Panggilan Telefon, e-mail

BARANGKALI semua sudah maklum bahawa sebarang maklumat akaun peribadi anda di bank adalah teramat rahsia. Hanya anda dan pihak bank sahaja yang perlu tahu dan mengetahui. Selain itu, mungkin orang atau pihak yang diberi amanah secara undang-undang.
            Ini bermakna, sebarang permintaan dari pihak ketiga yang kononnya mahu membuat pengesahan akaun dan sebagainya menerusi telefon atau media maya seperti e-mail adalah tidak perlu dilayan sama sekali. Jika anda mendapat panggilan seperti itu, anda hanya perlu menutup telefon. Kerana, jika anda terus melayannya mungkin anda akan terperangkap dengan kata-kata manisnya.
            INGAT! apa-apa urusan bank adalah di kaunter bank berkenaan. Jika benar ada masalah pihak bank akan menghantar surat supaya anda merujuk ke kaunter bank yang berdekatan - sama sekali tidak menerusi telefon atau e-mail atau lain-lain pesanan.
            Meskipun, baru-baru ini kerajaan telah memberi jaminan bahawa semua maklumat akaun pelanggan bank akan terpelihara daripada sebarang manipulasi, nampaknya 'kerja-kerja' menjual maklumat masih berlaku dan kepada mereka yang lemah pasti akan terperangkap!
            Bagaimanapun, jika pihak bank menelefon anda untuk mengesahkan cek yang anda keluarkan, barangkali itu adalah benar. Dan anda hanya perlu merujuk nombor cek, tarikh, amaun dan penerimanya.
            Agak lucu, apabila pihak berkenaan yang membuat panggilan menerusi telefon (tetapi tiada nombor dipaparkan) dan meminta bercakap dengan orang lain (anak misalnya). Konon katanya, kalau tidak ada respon akaun tersebut akan diblok. Dan lagi katanya, pelanggan terpaksa ke Putrajaya jika mahu mengaktifkan semula akaunnya. Pelik kan? Sedangkan ibu pejabat utama Maybank adalah di Menara Maybank di Kuala Lumpur!
            Ini yang berlaku kepada penulis baru-baru ini. Tetapi penulis tidak melayannya. Dan, apabila anak penulis menyemak akaunnya dengan pegawai di bank terbabit, didapati tiada sebarang masalah timbul. Malah, pihak bank memuji tindakan tidak melayan panggilan tersebut dan mengingatkan sekali lagi bahawa pihak bank tidak akan membuat sebarang urusan akaun pelanggan menerusi telefon dan e-mail.
            "Kalau ada pun kami akan meminta pemegang akaun itu datang ke pejabat (bank) bukannya menyelesaikan masalah akaun itu melalui talian," katanya.

           

Jagindas: Sekadar berkongsi maklumat dan sebar-sebarkanlah kepada rakan-rakan...  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.