Rabu, 4 Jun 2014

BERSEDIALAH HADAPI KENAIKAN HARGA BARANG (??)

Orang Bertambah Ramai, Cuaca Tak Menentu, Aliran Impot berkurangan (???)

 suatu amalan atau ketetapan pula apabila menjelang puasa (Ramadhan) kemudian diikuti hari raya puasa, maka akan berlakulah beberapa barangan makanan keperluan ‘hilang’ dipasaran dan kemudiannya harga pun naik. Cuma secara kebetulan puasa kali ini begitu hampir dengan musim cuti sekolah.
            Makanya, alasan musim cuti sekolah dijadikan sebab beberapa barangan seperti tepung dan minyak masak kurang di pasaran dan jika ada pun harganya juga luar biasa. Pecah ceritanya (story break) mula berlaku di Kedah. Hakikatnya cuti persekolah adalah serentak di seluruh negara mulai Rabu (28/5/14) lalu atau kira-kira seminggu lalu.
            Agaknya musim cuti persekolahan kali memang luar biasa sehinggakan penduduk di Kedah bertambah padat secara tiba-tiba. Lebih padat dari Selangor.
            Harga limau kasturi untuk sebulan dua ini nampaknya melambung sehingga mencecah antara RM10-12 sekilogram. Menurut sumber ia disebabkan pengeluaran bahan mentah itu amat merosot akibat kekurangan impot buah itu dari Indonesia. Begitu pun, pada suatu ketika harga limau kasturi pernah mencapai serendah RM1.50 sekiolgram apabila berlaku lambakan bahan tersebut di pasaran awam.
            Justeru, apakah kenaikan harga barang keperluan seperti minyak masak dan tepung ini akan kembali berada diparas harga asal apabila bekalan kembali pulih? Atau, ia akan menjangkit ke seluruh negara dan selepas itu harganya akan kekallah kepada harga yang terbaharu itu. Biasanya...begitulah...
            Ini kerana, pengelaman lalu sesudah sesuatu barangan itu naik harganya, ia tidak akan turun-turun lagi. Pendek kata, sekali naik akan terus naik.! Macam sesetengah orang politik juga, bila sudah naik cukup susahnya untuk turun takhta...
            Nah, secara kebetulan pula khalayak sedang heboh membicarakan GST (cukai perkhidmatan barangan). Meski, hakikat GST itu baik lagi sempurna, dengan kes seperti ini menambah yakinlah khlayak akan gembar gembur pihak yang tidak bertanggung- jawab bahawa GST itu memang membebankan rakyat.
“Belum pun sampai April 2015, bahangnya sudah terasa!!”, itu kata mereka. Setakat ini pembangkang masih berjaya memanipulasi isu GST sedang jentera kerajaan masih bertolak menolak dalam urusan penyampaian maklumat yang jelas ke peingkat marhaen. (tulisan terdahulu di sini)
            Barangkali selepas ini ayam, daging dan bawang pula ‘hilang’ di pasaran... Akankah jawapannya: Faktor cuaca atau manusia semakin bertambah? Dan, harga pun naik lagi.....


Jagindas: Semakin ramai muda mudi berminat naik pelamin. Sekejap sahaja lepas itu turun semula dan terus masuk bilik...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.