Isnin, 9 Jun 2014

USAH LAGI MENYIBUK PASAL HAL JOHOR

Biarkanlah, Tengok Sajalah...

MENTERI BESAR (MB) Johor nampaknya lebih arif akan apa yang dihasratnya untuk menukar satu daripada enakment pentadbiran negeri itu khsususnya bagi membolehkan sultan Johor diberikuasa eksekutif dalam hal ehwal perumahan dan tanah negeri itu.
            Ini jelas apabila beliau masih tetap dengan pendiriannya untuk membentangkan usul berkenaan dalam persidangan dewan undangan negeri itu hari ini, meskipun pelbagai pihak sama ada daripada rakyat Johor mahu pun daripada kalangan pemimpin-pemimpin luar Johor dan kerajaan pusat sendiri. (baca di sini dan di sini )
            Justeru,  kita lihat sahajalah apa akan jadi. Kita doakan yang bak-baik sahaja. Semoga semuanya berjaan lancar hingga kiamat. Namun, kalau tindakan itu menimbulkan masalah pada masa akan datang, harap-harap pandai-pandailah negeri Johor menguruskannya nanti.
            Bukan apa, kadang-kadang permulaannya nampak bagus tetapi di hujung-hujungnya kelam kabut. Hendaknya pula, ketika itu Datuk Khaled Nordin, barangkali sudah tidak lagi menjadi MB Johor…..
            Memang kita mempunyai pandangan dan fahaman yang berbeza malah atas nama kebebasan, semua rakyat berhak berbuat demikian. Dan, biasanya, pengelaman dan sejarah lalu termasuk kisah-kisah dongeng dahulu kala boleh dijadikan panduan dan iktibar. Tulus dan yakin adalah sesuatu yang amat baik tetapi merealitikannya tidaklah semudah yang diucapkan. Demikian juga untuk mematuhi walaupun sudah dimetrai secara hitam putih. Kalau tidak, masa kan undang-undang pun dibantah orang! Keadaan seperti ini adalah sebahagian daripada fitrah hidup.
            Sultan adalah payong rakyat. Justeru baginda diletakan di atas singgahsana yang tertinggi di mana dengannya kedudukan dan kehormatan baginda sentiasa tetap utuh di hati rakyat. Makanya, janganlah ada kecenderungan untuk meletakkan sultan dikancah masyarakat kerana dengan kerananya itu nanti barangkali menyebabkan rakyat hilang hormat dan daulat diraja.
            Meski MB tetap berperanan sebagai penasihat sultan, namun dalam banyak hal, mampukan MB menidakkan kehendak sultan? Dan, apa yang dirisaukan oleh banyak pihak adalah apabila dikhuatiri akan ada berlaku satu pihak yang akan mempergunakan sultan  atas kedudukan peribadi mereka dengan pihak istana. Sultan juga manusia biasa yang punya nafsu, kekuatan dan kelamahan.... Baginda juga mempunyai shabat handai, rakan tolan dan saudara mara.


Jagindas:  Tepuk dada tanyalah selera. Kalau sudah kenyang, bersendawalah..urrrlbb!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.