Rabu, 8 Ogos 2012

MANA SATU YANG BETUL-BETUL HARAM


BILA DUA PIHAK SALING HARAM MENGHARAMI!
ABDULLAH SA'AMAH ... MCA, MIC Bukan Kafir Harbi
"Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud. [di sini]
            Umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.
            Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam."
MOHAMAD DAUD... Hukum boleh 
bertukar ikut keadaan dan maksud

"Pas Kelantan tidak menafikan adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO. [ di sini]
            Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud berkata, hukum itu boleh berubah mengikut keadaan dan waktu tertentu.
            Beliau mendakwa, dalam situasi sekarang, dasar kerajaan BN jelas bercanggah dengan tuntutan agama dan ia sepatutnya ditolak walau dengan apa cara sekalipun."

Jagindas:  jaga-jaga!



TAUBAT ATAU TAU BUAT ?


GELAGAT ARTIS BERTAUBAT
sekadar hiasan.... (dari atas kiri: Abby, bob lokman, Dayangku, Sahara, Shila, dan Hairi)

TAHUN 2012, menyaksikan ramai artis Malaysia beralih arah hidup. Dari pentas lakonan ke pentas politik, dari pendedahan rupa dan gaya kepada bertudung lingkup. Yang kahwin dan bercerai sudah jadi perkara biasa!
          Saman menyaman, bergaduh dan berdamai juga sudah biasa.
          Yang hendak saya komen adalah, apa pun yang nak dibuat dalam haluan hidup anda, khususnya daripada kurang baik kepada yang baik (barangkali begitu yang kamu fikirkan) maka tidak payahlah macam ayam betina bertelur sebiji riuh sekampung.
          Nak salahkan wartawan? Habis dah kamu cakap lebih, mamat pemberita tu pun lagi-lagilah menyucuknya!
          Nak masuk PAS, masuklah tapi tak payahlah nak membebel BN tak betul, kerajaan tak betul dan macam-macam yang tak betul sehingga menampakkan KAMU sahajalah yang betul. Apa, kamu ingat kamu tu dah betul sangat ke? Yang kamu pilih tu memang dah betul sangat kah?
          Kalau nak sembahyang atau baru nak belajar sembahyang, belajar dan sembahyanglah. Tak payah nak bagi tahu seisi dunia yang kamu tu dan mengadap kiblat. Tak perlu beb. Kerja-kerja baik ni, buat saja, tak payah nak bising-bising. Ada satu syair arab saya terjemahkan begini bunyinya:
          Buatlah baik ayuhai rakan
          Kedalam laut kamu campakkan
          Meski tidak dikenal ikan
          Tuhan tahu, ya kah bukan.


Jagindasbukan apa, kut berterusan satu hal, silap-silap sebulan dua atau setahun dua sahaja, lepas tu... hurara balik. bikin malu anak negeri! Ambil resmi padi yek...!

HAHAHAHAHA.... SAMAN LA...

8 Peneroka Dakwa Najib Maki Depa


Peneroka Felda


                                   Mohd Harris (dua, kanan) bersama sebahagian daripada plaintif di pekarangan 
                                   Mahkamah Tinggi Temerloh, hari ini. Turut hadir Presiden Anak, Mazlan Aliman
                                  (tiga, kanan).  -  SUMBER: AKHBAR SINAR HARIAN

Wahai sibalau lapan orang, Najib kalau nak menyumpah kamu semua lebih dari itu pun boleh. Sebelum ini, puak-puak kamu menyumpah dan memfitnah beliau macam-macam, beliau tak ambil kisahpun. Ni, baru sikit dimaki dah tak tahan pulak dah! [kisahnya di sini]
            Ini macam ka? kamu buat orang boleh ye, orang lain buat kepada kamu tak boleh? Mana belajo ni! Kalau kamu mengaku yang kamu tu manusia, Najib pun manusia juga. Ada hati, ada perasaan, ada maruah! Samanlah! Saman. Yang cerdik lawyer tu.. ada faham?

Jagindas: Jangan nak mengada-ngada la.... orang tua-tua kata, bior rupa buruk asal jangan perangai buruk. Tambah malang, muka dan perangaipun sama buruk! Cuba cermin diri tengok! Aku kesian betul orang macam kamu ni, tapi nak buat macam mana? Tok aku kata kamu semua ni ibarat cerdik tak dapat nak diikut, bodoh tak dapat nak di ajo!



SERVIS-LAH KENDERAAN ANDA


Memandulah Dengan Cermat, Sabar dan Berhemat

NGERI... minta disimpangkan malaikat 44
SETIAP TAHUN, menjelang sahaja sambuTan hari raya aidilfitri, kita kerap disajikan dengan berita kemalangan jalan raya dan kemalangan akibat bermain mercun. Berita kehilangan nyawa dan kecacatan anggota akan menjadi hiasan muka depan akhbar-akbar dan media-media elekronik.
            Bermacam kempen dan nasihat telah diberikan oleh pihak berwajib, namun kemalangan tetap juga berlaku malah paling menyedihkan ada kemalangan yang berlaku semacam ditempah-tempah seperti dalam hal bermain mercun dan bunga api.
            Banyak pihak yang dapat dikaitan bagi setiap peristiwa kecelakaan tersebut. Daripada pengawasan ibu bapa, penjual bahan letupan hinggalah kepada sensitiviti masyarakat terhadap perkara-perkara berkenaan.
            Begitu juga dengan kemalangan jalan raya. Kadang-kadang sukar untuk meramal punca dan kemenjadian peritiwa buruk itu. Ada ketikanya satu pihak sudah cukup berhati-hati namun celaka datang juga apabila satu pihak lain pula tidak berbuat demikian. Kes seperti ini disifatkan kes naya, namun naya apa sekalipun, tiada ertinya lagi kalau nyawa sudah tiada atau kecacatan kekal menjadi milik sepanjang usia.
            Dalam soal kenderaan, selain memastikan kondisi kenderaan yang dipandu berada dalam keadaan yang baik, tip-top, sifat kesabaran adalah satu faktor yang amat penting dimilki oleh semua pemilik dan pemandu.
            Biasanya, kelajuan melampau kerap dikaitkan dengan berlakunya kemalangan. Namun, sikap sopan santun tidak bertempat seperti memandu terlalu perlahan di kawasan-kawasan tertentu juga turut menjadi penyebab berlakunya kemalangan. Makna kata, apabila memandu, setiap pemandu janganlah bersikap mementingkan kepentingan diri sehingga menidakkan kepentingan orang lain. Bertimbang rasa dan saling bertolak ansur amat penting.
            Jarang sekali kita dengar pancaran sinar lampu seperti lampu atas dan lampu spot adalah juga penyebabkan berlakunya kemalangan. Sukar untuk mendakwa kerana yang menjadi mangsanya biasanya sudah meninggal dunia.
            Namun, apa yang pasti pemandu yang tidak mengawal kepenggunaan lampu atas dan lampu spot juga boleh menyebabkan pemandu lain hilang arah dalam pemanduannya terutama mereka yang mengalami masalah mata dan memandu di waktu malam.
            Kadang-kadang, untuk di negara ini saya fikir lampu spot tidak ada kepentingannya kerana sinarnya boleh mengaburkan pemandu dihadapannya berikutan ada penggunanya yang tidak berdisiplin menyalakan lampu tersebut.
            Apapun, setidak-tidaknya sebelum kenderaan dipandu jauh di musim raya ini, pastikanlah kenderaan masing tip-top. Kondisi keempat-empat tayar termasuk tayar simpanan, sistem berek, sistem air penyejuk injin, kekuatan tali-tali belting, lampu isyarat depan belakang kiri dan kanan, sistem penghawa dingin, sistem wiper cermin depan, lampu dan sebagainya pastikan berada dalam keadaan yang baik dan berfungsi dengan sempurna.
            Dapatkanlah khidmat pomen yang anda percayai atau dapatkan sahaja perkhidmatan puspakom. Apalah sangat nilai sepuluh dua ringgit demi keselamatan diri dan ahli keluarga kita.
            Demikian juga kepada penunggang-penunggang motosikal. Walau seelok mana sekalipun keadaan motisikal anda, menungganglah dengan akal fikiran dan janganlah biarkan nafsu mengawal pemanduan anda. Sayangilah nyawa dan anggota anda.
            Pandulah dengan sabar dan tertib. Semoga selamat sampai ke destinasi yang hendak dituju dan semoga selamat kembali ke rumah masing-masing selepas beraya sakan. Ingatlah orang tersayang, lebih-lebih lagi nayawa dan anggota tubuh badan anda sendiri.

Jagindas:   balik ke johor selepas sembahyang raya nanti, insyaAllah...

Selasa, 7 Ogos 2012

BILA PRU 13?


MARI KITA LIHAT TAKWIM DARI SEPTEMBER 2012 HINGGA MAC 2013

UNDILAH BN

Jagindas Pak Belalang Menelek Terus Mata:

September 2012 - tak mungkin tapi bacaan bajet menjurus kepada PRU13

Oktober, 2012 - tak mungkin juga, orang haji belum balik lagi, nanti jadi isu pulak

November, 2012 - pun tak mungkin, musim peperiksaan, banyak sekolah dan tenaga guru akan digunakan semasa PRU

Disember, 2012 - juga tidak mungkin, biasanya di pantai timur musim tengkujuh, banyak belanja dan akan jadi isu juga!

Januari, 2013 - Raya haji dah selesai, Depavali dah selesai, Raya Krismas dah selesai, Raya Cina menjelang tiba

Februari, 2013 - Parlimen dibubarkan! (mungkin lepas raya cina)

Mac, 2013 - kosong, kalau adapun benda-benda kecik ajer. Ada cuti persekolahan. HUH, INILAH MASANYA YANG SESUAI!

April, 2013 - tak mungkin, ini adalah date line cukup 5 tahun! Lampu merah beb!


Jagindas: Siapa setuju, angkat tangan? hehehe

BN SEDIA BERI, RAKYAT MACAM MANA?


Selagi Ia Tidak Bersalahan Di Segi Undang-Undang
Mustafa Muhamed
NAMPAKNYA, buat ketika ini apa sahaja kebaikan atau dasar kebajikan yang kerajaan buat untuk rakyat terutama yang berkaitan dengan negeri di bawah pemerintahan pembangkang seperti Kelantan, puakn pembangkang akan memandangnya sebagai dipandang sebagai usaha kerajaan untuk meraih undi dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13). Terbaru dalam kes penubuhan Jawatankuasa Khas untuk mengkaji bayaran hasil petrolium kepada tiga negeri di pantai timur iaitu Kelantan, Terenganu dan Pahang.
            Pada masa sama pula pihak kerajaan terus menafikannya. Sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mustafa Muhamed dan semalam Ketua Pemuda, Khairi Jamaluddin, juga turut menegaskan demikian.[di sini]
            Kerajaan tentulah mempunyai sebabnya tersendiri, namun dalam apa natijahnya sekalipun, rakyat tetap berpendapat bahawa isu berkenaan adalah berkaitan rapat dengan PRU berikutan ia tiba-tiba timbul ketika PRU hampir menjelang. Malah, dalam banyak hal, setiap kali mengahadapi PRU, memang banyak yang kerajaan luluskan atas nama tanggungjawab kerajaan yang memerintah demi untuk kesejahteraan rakyat sejagat.
Khairi Jamaluddin

Soalnya, mengapa kita begitu takut menyatakan pendirian bahawa apa yang kita lakukan itu memang benar berkait rapat dengan PRU atau ia memang mempunyai isu politik khususnya menjelang PRU yang tidak lain tidak bukan bagi mengabarkan kepada rakyat tentang keprihatinan kerajaan yang memerintah terhadap kesejahteraan negeri-negeri dan seluruh rakyat dibawah taklukannya. Mengapa? Mengapa takut menyatakan pendirian yang khusus?
            Apakah dengan pengakuan seperti itu, maka ada isu yang boleh mengheret kerajaan kepada elemen rasuah? Atau, apakah dengan pengakuan seperti itu, akan mengukuhkan lagi pihak pembangkang sebagai kumpulan pendesak. Lantas, dibimbangi rakyat akan berpaling arah menyokong pembangkang bagi mendapatkan sesuatu daripada kerajaan atau tindakan itu dikatakan akan menyukarkan untuk meraih undi pembangkang beralih kepada Barisan Nasional (BN)?
            Kalau dalam masa sama kita dengan jelas memberitahu rakyat bahawa apa yang kerajaan lakukan adalah semata-mata demi kebajikan dan kepentingan rakyat sesuai dengan moto pengurusan BN terkini iaitu Satu Malaysia - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, mengapa tidak kita akui sahaja bahawa program-program tersebut adalah demi meraih sokongan rakyat yang lebih padu kepada BN?
            Peliknya, (sekadar contoh) pada masa sama pemimpin kerap pula bercakap: Kalau BN diberi peluang memerintah Kelantan, masalah air akan selesai... Macam-macam interpritasi rakyat terhadap laungan tersebut. Ada yang kata macam bunyi ugutan, ada juga yang kata itulah kempen yang jelas terhadap orang Kelantan.
            Apa sebenarnya yang nak dikhuatirkan?


Jagindas:  lebih baik cakap saja terus terang.... terlalu banyak main sorok-sorok akhirnya menampakkan macam tidak telus pulak. Nak takut apa, melainkan ia bersalahan dengan undang-undang. Kalau yang tu, wallah huallam lah!


Isnin, 6 Ogos 2012

AWASI GERAKAN MEMURTADKAN ISLAM


JAMIL... Jangan buat-buat terkejut pulak!

Apa Hal Pulak Ni Jamil??

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menggesa pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bertindak sewajarnya dengan segera ke atas pelancong asing yang dikatakan cuba memurtadkan umat Islam di negeri itu.
            Beliau berkata segala gerakan, ajaran dan tarikan yang bersifat memesongkan akidah terhadap agama Islam adalah salah, namun tindakan perlu mengikut peruntukan dan undang-undang Majlis Agama Islam negeri masing-masing. [berita lanjut di sini]

            Gunakanlah undang-undang negara. Mana-mana orang luar yang biadap dengan peraturan dan undang-undang negera ini, tangkap dan usir. Apa yang nak ding-dong ding-dong, tolak sana, tarik sini, ni!
            Itu sebab orang luar suka mainkan kedaulatan kita! Dalam bab-bab macam ni kerajaan kena ambil jalan short-cut, supaya orang luar tahu kita AMAT serius bab-bab agama ni!
                Kita memang nak pelancong tetapi bukan pelancong macam laknat tu. Kena berani la sikit beb!

jagindas:   Jamil, Ana letih la....

WALAUPUN TIDUR SEBANTAL..

RAHSIA TETAP RAHSIA!
ALAMAK!  I tak perasan ler pulak...

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Bekas menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil mengatakan beliau tidak perasan suaminya membida untuk mendapatkan projek untuk menguruskan penternakan lembu negara melalui Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan tidak membantu keluarganya untuk mendapatkan projek tersebut. [lanjut di sini]
            Berdasarkan jawapan Shahrizat itu,  saya teringat satu cerita rakan saya dalam bulan puasa ini beberapa hari lepas. Dia melihat jam sudah pukul 6.00 petang tetapi isterinya masih asyik menghadap tv , lalu dia pun bertanya: "Awak tak masak ke petang ni,? kita ada sejam lebih saja lagi untuk berbuka."
              Dengan selamba isterinya pun menjawab: "Saya tak perasan pulak abang ada beli ikan dan sayur tadi..."

Jagindas:  Lawak betul Shahrizat ni...

JANGAN DURHAKA!

YDA. SULTAN ABDUL HALIM MUA'AZZAM SHAH

CHONG WEI KENA PEDAKA!

SEORANG rakan dari Kuala Lumpur, mempertikaikan kekalahan Chong Wei malam tadi. Menurutnya, kalau Chong Wei boleh menang dalam set pertama, bermakna Chong Wei memang boleh menang dalam set kedua. Dan, macam-macam lagilah komen beliau terhadap kekalahan bintang badminton negara itu yang juga pemain nombor dua dunia. Kesal benar nampaknya dia!
            Dia minta pandangan daripada saya, sebab sebelum Chong Wei berleps ke London, saya ada katakan dalam blog ini bahawa selepas badminton olimpik, saya akan tulis sesuatu perihal Chong Wei.  Apa itu?:
            Aatas nama negara, saya dan seluruh rakyat Malaysia mahukan Chong Wei Menang. Tapi dek perangai Chong Wei yang mengguris hati saya tempoh hari, saya dah tak respect budak sepet ni. Pi mampuih lah dia, walaupun pemimpin negara beria-ia benar beri semangat kepada dia!
            Saya telah mengagak Chong Wei akan kalah dipusingan akhir bandminton olimpik. Hati saya kuat mengatakan begitu.  Sebabnya? Kerana dia durhaka dengan Tuanku Yang Dipertuan Agong (YDA) tempohari di majlis penganugerahan sukan negara.
            Dia kata sakitla, tak sihatla dan rasa macam nak mapuih la.... "Akai keling" la tu. Yang Dipertauan Agong kita bukan calang-calang. Baginda bukan sahaja bermartabat sebagai YDA bahkan juga sebagai sultan tertua di negara ini. Darjat tua tetap memberi tulah (sumpah daulat) kepada sesiapa sahaja yang mengecilkan hati tuanku ketika itu. Hati mana tak berkecil dengan pelakuan tempoh hari, mesti ada punya. Walaupun tuanku sudah memaafkan, namun daulat tuanku tetap kena punya.
            Apa rasa Chong Wei bila dikalahkan Lin Dan? Apa rasa? Apa Rasa? Tahulah lu sudah kaya, tapi kalau lu menang semalam, lu lagi kaya wo... Lu jangan main-main dengan sultan wo!


Jagindas:   DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
           

ZINA DAN HUKUM BUNUH


REJAM DAN SULA DIGANTIKAN DENGAN PESTA TEMBAK SAMPAI MATI
ZINA.... hukuman sebat 100 kali di khalayak

DALAM Blog Che Det, semalam memaparkan kisah seorang perempuan berzina yang dihukum bunuh (ditembak dengan senapang) tetapi  tidak pula menyatakan hukuman terhadap si lelaki teman zina wanita tersebut. [di sini]
            Tun, juga meminta pelayar blognya memberikan komen terhadap peristiwa itu. Tak apalah, saya lebih suka membuat komen peribadi saya menerusi blog saya sendiri:
            Pokok persoalannya adalah hukum terhadap orang yang berzina. Dalam Islam ada dua bab hukum ini. Sama ada disebat dengan rotan sebanyak 100 kali dikhlayak atau direjam oleh khalayak mengikut keadaan kes zina dan pasangan zina tersebut.
             Tidak pula terdapat dalam mana-mana ijtimak ulamak yang mengatakan tatacara hukuman itu boleh digantikan dengan hukum bunuh cara lain seperti yang berlaku dalam kes ini dimana perempuan itu di tembak sampai mati. Hukuman pancung kepala ada tetapi bukan untuk kes zina.
            Dalam kes itu juga, pasangan zinanya (lelaki) tidak pula dinyatakan sama ada di kenakan hukuman atau tidak. Demikian, juga kisah pembicaraannya tidak pula dinyatakan dengan jelas sama ada ia mematuhi perbicaraan mengikuti syarie atau sekadar bicara hukum dunia.
            Kesimpulannya, hukuman bunuh yang dilakukan ke atas wanita tersebut bukanlah mematuhi syarie melainkan hanya dia dihukum bunuh tanpa perikemanusiaan dan penuh dengan penghinaan - disorak dan ditertawakan manakala bacaan quran seperti jadi permainan.
            Sekali gus, pihak yang berkenaan sebenarnya bagi saya ia tidak menjalankan hukum agama seperti yang digariskan oleh quran dan hadis melainkan hanya berlandaskan nafsu pihak berkuasa.
            Dan yang jelas, apa yang kelihatan dan dipaparkan adalah sebuah kezaliman lantas peristiwa itu menunjuk sebagai agama Islam sebagai agama yang zalim, kasar, keras dan tidak berperikemanusiaan.
            Justeru, atas landasan apakah sebenarnya pentadbiran Islam di negara itu (Afghan) dilaksanakan. Dan, alangkah malang umat Islam lain serta imej Islam itu di mata dunia jika ada pihak yang mengikuti jejak negara itu.
            Laksanakanlah sebatan dan rejam jika cukup syarat dan lakukan mengikut tertibnya, tidak mengapa sebab memang itu ada dinyatakan dalam quran dan hadis. Dan, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.



Ahad, 5 Ogos 2012

PENJAWAT AWAM: SOKONGLAH KERAJAAN!


Hubungan erat kerajaan-penjawat awam tonggak kejayaan negara: PM
DATUK SERI NAJIB RAZAK
DATUK SERI NAJIB sudah banyak kali mengungkit cerita terhadap penjawat awam. Bermakna, ada sesuatu yang tidak kena kalangan penjawat awam terhadap kerajaan tempat dia berlindung. Ini, memang jelas dan memang patut pun Najib mengungkitnya. Cuma, mereka yang berkenaan itu mahu sedar atau tidak, itu saja. [terbaru di sini]
            Sebelum inipun saya pernah paparkan di blogg ini sikap penjawat awam yang turut memberi kesan kepada rakyat sehingga menyebabkan ada rakyat yang sanggup membakar kelambu disebabkan nyamuk seekor dua.
            Pada masa sama, ada juga penjawat awam yang menjadikan rakyat meluat kerana lebih mematuhi tuntutan politik berbanding tatacara serta prosedur kerja sebagai mana yang diperuntukkan oleh perintah am dan garispanduan serta pekeliling.
            Kadang-kadang nak salahkan merekapun tak boleh juga, sebab ada orang politik yang lebih menyibok sehingga ketua jabatan gagal membuat keputusan yang sepatutnya dan akhirnya berlakulah pincang di sana sini.
            Tapi paling teruk, ada pegawai yang diberi kuasa menjalankan amanah gagal berbuat demikian kerana leka dengan bilik hawa dingin serta puji-pujian dari sekelilingnya. Kalau nak turun padang mesti di sambut-sambut...Akhirnya, mereka ini sentiasa di tipu oleh orang-orang bawahnya walaupun mesyuarat berlaku seminggu sekali. Nampak kemas, tapi banyak auta dari yang betul.
            Akibatnya, banyak benda yang tidak sampai ke sasaran. Banyak keputusan lambat di buat. Rakyat jadi runsing, marah, letih, meluat dan.....


Jagindas:   Najib cakap nampak ringkas sahaja, tapi dalam maknanya. Yang berkenaan kena faham bahasa laa...

CUKUP-CUKUPLAH BERMIMPI WAHAI PAS!


PRU13: Pas, Undilah BN - InsyaAllah Sejahtera
JELINGAN MANJA .... Karpal dan Nasrudin

BURUK CAKAPNYA, macam ini sajalah: DAP kata (Karpal) PAS merepek mengatakan dia sebagai liabiliti Pakatan Rakyat (PR) manakala PAS pula kata DAP ketinggalan zaman sebab tak mahu bersama PAS perjuangkan hudud. Hehe..
            Cuba pikir dengan akal yang jernih, adakah mahunya orang kafir nak sokong hukum orang Islam? Ikut logik mana sekalipun tak akan berlakunya. Itulah sebab kita kata, PAS ni syok sendiri, bercakap tak guna akai!
            Kalau PAS nak perjuangkan hukum hudud, PAS kena berdiri dengan sendiri. PAS tak boleh kompromi dengan mana-mana parti pun termasuk UMNO. PAS kena minta semua orang Melayu undi PAS.  
            UMNO yang sekongkol dengan MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti tetap meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan hal-hal berkaitannya dilaksanakan berdasarkan keputusan majlis agama Islam termasuk majlis ijtimak ulamak dan fatwa kebangsaan yang diletakkan terus di bawah raja-raja Melayu dan Yang Dipertuan Agong.
            Jelas, dalam mana-mana pilihanraya, PAS jangan harap nak dapat undi daripada orang lain selain Melayu. Jangan harap!
            Jadi apakah penyelesaiannya? Orang PAS kena bagi undi kepada BN la.. Kalau tak suka calon BN yang bukan Melayu, PAS boleh sokong semua calon BN di mana orang UMNO adalah calonnya.
            Cukup-cukup lah tu PAS, habis kuatpun di Kelantan sahaja... Itupun apa jadi dengan negeri itu setelah lebih 20 tahun PAS memerintah?  Jangan jadi kuda tunggang DAP, malu weh! Aib yang ada pun dah tak tertanggung, jangan ditambah-tambah lagi aib Melayu dan Islam!

Jagindas:  Kalau orang cina sendiri kata DAP akan punahkan negara ini, takkan PAS tak dapat hidayah lagi? lambat bebeno ...

Sabtu, 4 Ogos 2012

NAK MALU APA? NIKAH AJE LER..


Step 1: Nafi,
Step 2: Dah Jodoh Kami... hahahaha
Mereka inikah yang digosip-gosipkan tu? Kalau benar, baguslah
Dalam surat khabar selalu macam itu. Banyak berita yang dinafi, selalunya berakhir dengan kejadian sebaliknya. SELALU macam tu!

Kahwin saja lah.. Biar depa gigit jari! Padan muka depa...

Jagindas:    Kepada YB Zaki, saya hadiahkan lagu ini.. (tapi abby tu janda bukan dara macam yang disebut dalam lagu ni - ah! sama jer). Gurau lah YB, jangan marah ha..



KEMARAU TIDAK, TAPI AIR TIDAK ADA!


Masih Belum Dapat Taufik Dan Hidayah Lagi Kah?

ISU AIR... Rumitkan masalah urus jenazah dan bersuci umat Islam

KELANTAN dan Selangor masih berperang dengan isu airnya. Sumber air banyak tetapi inilah akibatnya jika pengurusan lemah dan tidak mengambil kepentingan awam. Aibnya menjangkit kepada semua rakyat sebab kita boleh jual air ke negara jiran namun rakyat dalam negara sendiri  bercatu air. Pelik, tetapi benar!
            Kisah di Kelantan dimana jenazah terpaksa menunggu empat jam untuk disempurnakan akibat ketiadaan air bukan sahaja kisah yang mengaibkan malah menggambarkan betapa hinanya sebuah kerajaan yang memerintah kerana gagal memberikan kemudahan yang amat asas dalam hidup kepada rakyatnya.[berita klik di sini]
            Berpolitik bagai nak rak ke hulu ke hilir, bercakap hal yang besar-besar, mengutuk orang bagaikan diri tidak pernah berlaku sumbang namun rakyat tidak dapat menunaikan tanggungjawab fardhu kifayah hatta fardhu ain sekalipun dengan sempurna disebabkan ketiadaan bekalan air yang sempurna.
            Belum dicerita tentang mandi wajib bagi perempuan yang habis tempoh haid dan nifasnya atau rakyat di negeri itu yang mahu menyucikan diri dari keadaan berjunub. Apakah semudah itu rakyat boleh menerima keadaan tersebut sebagai dharurat lalu satu pilihan lain dibuat sedangkan sumber airnya banyak cuma tidak diurus dengan baik.
            Imam-imam, tok-tok guru yang tangkas bercakap tentang suci lagi menyucikan, pemerintah yang lantang bercakap tentang dosa dan pahala, kepada siapa pula tanggungan dosa ini hendak di serahkan? Najib? Muhyiddin? Tok Pa? atau Nik Aziz and the gang?
            Buruknya perangai kamu semua! Siang malam berdoa mohon Allah berikan kesejahteraan, namun kenapa kesejahteraan yang ada di depan mata tidak diuruskan dengan sempurna? Atau, kamu mengharap Allah menyediakan kemudahan itu seada-adanya?
            Inilah yang dinamakan kufur dengan nikmat Allah. Kufur dengan nikmat ini amat luas pengertiannya.  Sesudah begini sekalipun kejadinnya, masihkah wajar ia disebut takdir lagi? Ini bukan takdir lagi, tetapi adalah kebodohan dan kejahilan yang menguasai nafsu serakah politik peribadi!


Jagindas:  Apakah yang bertakhta dalam hati perut kamu semua, ha?

Jumaat, 3 Ogos 2012

APA LAGI ORANG CINA NAK?


DAP Akan Punahkan Negara Ini..
EMPAT ZAMAN.... British, Jepun, Komunis dan BN
PETANG TADI , saya mencari teman lama bernama Ah Voon. Dia seorang tua bangsa cina yang sudah berusia hampir 80 tahun, tinggal di Kampung Baru Sungai Durian, Tanjong Tualang. Dia juga pernah menjadi orang kuat MCA semasa mudanya sehingga sekarang masih utuh dengan parti itu walaupun tidak bergiat lagi.
            Kisah Ah Voon ini pernah saya paparkan di blog ini dua bulan lalu. Namun, hari ini saya paparkan sekali lagi berikutan pemikiran terbukanya terhadap negara ini.
            Dalam perbualan kami petang tadi mengkisahkan keadan politik dalam negara sekarang, itu ia adalah tajuk perbualan yang dia suka. Dia masih berpegang teguh terhadap kekuatan BN malah mahu Barisan Nasional (BN) terus menerajui negara ini pada bila-bila masapun.

"Bukan sahaja BN, malah perdana menteri juga mesti dari orang UMNO kalau rakyat mahukan negara ini terus makmur, maju dan aman damai," katanya dengan penuh semangat.
            Menurutnya, dia begitu bimbang dengan sikap orang cina sekarang yang sentiasa memandang serong terhadap kerajaan sekarang.
            Katanya, generasi cina hari ini sentiasa tidak puas hati dengan kerajaan yang kononya seperti menganak tirikan orang cina atau melebih-lebihkan orang melayu dalam segala bidang.
            "Saya hairan apa lagi yang mereka mahu. Yang peliknya apa sahaja yang kerajaan beri mereka tetap terima namun pada masa sama tetap mengatakan kerajaan tidak betul dan mesti ditukar kepada DAP"
            "Saya tidak nampak DAP akan dapat memimpin negara ini dengan baik , aman dan teratur seperti yang kita nikmati sekarang. Saya yakin, kalau DAP diberi memerintah negara, dalam tempoh enam bulan sudah cukup, negara kita pasti huru hara," katanya yang begitu kesal dengan pendirian orang-orang cina terhadap DAP sekarang.
            Beliau yang telah menempuh empat zaman dalam sejarah hidupnya iaitu, pemerintahan British, jepun dan komunis membuat kesimpulan bahawa pemerintahan BN adalah sebaik-baik kerajaan yang memberikan peluang kepada semua peringkat dan kaum rakyat di negara ini menikmati kemerdekaan.
                     "Apa yang telah dijanjikan dalam perlembagaan dan persekutuan merdeka dulu sudah betul dan tidak perlu diungkit-ungkit lagi. Namun bagi kaca mata DAP ia tetap tidak betul selagi dia tidak memerintah, itu sahaja," katanya.

            Sehubungan itu, belai mahu MCA dan UMNO lebih melipatkan ganda usaha bagi memastikan BN terus memenangi hati pengundi di kawasan berkenaan malah di semua kawasan penempatan orang cina terutama di kampung-kampung baru yang ketika ini dipercayai telah dinodai oleh pembangkang.

Jagindas:  entah berapa kerat orang cina dan india macam Voon ni yang ada di Malaysia sekarang..

Khamis, 2 Ogos 2012

APA DAYA KAMI ROHINGYA...


Apakah Seterusnya Nasib Kamu..?
Tindakan kekerasan yang dilakukan ke atas etnik minoriti Rohingya beragama Islam,
memaksa mereka meninggalkan negeri Rakhine, barat Myanmar, bagi mencari perlindungan.
 - AGENSI  (sumber: Utusan Malaysia  2/8/12)

KISAH penderitaan suku etnik Rohingya di Myanmar, telah dua kali saaya paparkan dalam blog ini.  Namun, setiap kali membaca peristiwa kejam yang menimpa suku kaum etnik Islam itu, hati saya amat terguris akan kekejaman yang menimpa ke atas mereka.[berita di sini]
            Tiada lagi baris ayat yang dapat dicatatkan melainkan berastaghfar dan persoalan: apakah lagi balanya selepas ini?
            Tiadakkah kisah mereka ini dapat memujuk kekasaran hati nubari kita untuk kembali lembut lalu tidak bercakaran dalam keadaan hidup yang serba mewah diberikan oleh Allah Taala sekarang?
            Marilah kita sama-sama berdoa di bulan puasa yang berkat ini semoga etnik tersebut malah saudara-saudara kita yang lain di dunia ini agar dilepaskan Allah dari siksa dan hina dunia yang diterimanya dan berdoalah kita semoga kita tidak dibegitukan...

Jagindas:  TiadaTuhan melainkan Engkau, Mahasuci engkau hindarkanlah kami dari perlakuan orang-orang yang zalim..

BAHASA KITA - SEBUT BETUL-BETUL..


BILA KEPENDEKAN BUNYINYA KONOTASI

saxophone di sebut sax
dan sax dibunyikan seks


KISAH BENAR:

Orang Kelantan cakap 'ple' (bermaksud plan), orang lain dengar macam "pelir".  Kisah berlaku di sebuah pejabat tanah dan daerah dimana pegawai daerahnya orang Kelantan (kelantan pekat). Pada suatu hari pegawai Daerah itu meminta pegawainya...

Pegawai Daerah:  "Mu bukak ple , sekaghe jugak"
Pegawai: (mau tak mau kena bukak ler sebab bos yang suruh!)

Jagindas:  hehehe.....naya tuan D.O. tu....huru hara satu opis!





IKLAN

LUKISAN UNTUK DIJUAL:

Tajuk: "My Mother & Me, When I Was One Year Old"
Genre/Style: Black & White Cross Etching Drawing
Saiz: A-2 (siap berbingkai kayu)
Harga: RM500.00 (termasuk kos penghantaran)
Berminat: hubungi Fikri di talian 019-5473027 atau email ke Jagindas di Kulukelio@gmail.com







Rabu, 1 Ogos 2012

SIAPA DATUK ITU??

GAMBAR HIASAN..... Balak haram yang di sita kerajaan

Hutan Simpan Di Perak Diceroboh!

GOPENG: Lokasi pelancongan utama negeri, Gunung Gajah dan Gua Tempurung kini terancam apabila kegiatan pencerobohan hutan dikesan berlaku di kawasan berkenaan.
            Lebih mengejutkan, seorang lelaki bergelar Datuk dipercayai menjadi dalang kegiatan itu berikutan penemuan.... [baca Harian Metro Rabu/01 Ogos, 2012/ed.Utara/p.2]

Siapa 'Datuk' itu? Yang berkenaan jangan diam saja, cepat siasat dan dedahkan. Kita pun dah asyik dedah hal orang lain, nah sekarang mari beranikan diri dedahkan masalah di negeri kita pulak.


Jagindas:   Telus, jangan ding dong ding dong, jangan pulak tergagap-gagap!

SELAMAT HARI PAHLAWAN


AL-FATIHAH BUAT PEJUANG-PEJUANG TANAH AIR                                             
 Selamatlah Malaysia Jaya, Negaraku Ibu Pertiwi...


Jagindas:  Tiada terucap penghargaan buat kamu semua!