Isnin, 6 Ogos 2012

ZINA DAN HUKUM BUNUH


REJAM DAN SULA DIGANTIKAN DENGAN PESTA TEMBAK SAMPAI MATI
ZINA.... hukuman sebat 100 kali di khalayak

DALAM Blog Che Det, semalam memaparkan kisah seorang perempuan berzina yang dihukum bunuh (ditembak dengan senapang) tetapi  tidak pula menyatakan hukuman terhadap si lelaki teman zina wanita tersebut. [di sini]
            Tun, juga meminta pelayar blognya memberikan komen terhadap peristiwa itu. Tak apalah, saya lebih suka membuat komen peribadi saya menerusi blog saya sendiri:
            Pokok persoalannya adalah hukum terhadap orang yang berzina. Dalam Islam ada dua bab hukum ini. Sama ada disebat dengan rotan sebanyak 100 kali dikhlayak atau direjam oleh khalayak mengikut keadaan kes zina dan pasangan zina tersebut.
             Tidak pula terdapat dalam mana-mana ijtimak ulamak yang mengatakan tatacara hukuman itu boleh digantikan dengan hukum bunuh cara lain seperti yang berlaku dalam kes ini dimana perempuan itu di tembak sampai mati. Hukuman pancung kepala ada tetapi bukan untuk kes zina.
            Dalam kes itu juga, pasangan zinanya (lelaki) tidak pula dinyatakan sama ada di kenakan hukuman atau tidak. Demikian, juga kisah pembicaraannya tidak pula dinyatakan dengan jelas sama ada ia mematuhi perbicaraan mengikuti syarie atau sekadar bicara hukum dunia.
            Kesimpulannya, hukuman bunuh yang dilakukan ke atas wanita tersebut bukanlah mematuhi syarie melainkan hanya dia dihukum bunuh tanpa perikemanusiaan dan penuh dengan penghinaan - disorak dan ditertawakan manakala bacaan quran seperti jadi permainan.
            Sekali gus, pihak yang berkenaan sebenarnya bagi saya ia tidak menjalankan hukum agama seperti yang digariskan oleh quran dan hadis melainkan hanya berlandaskan nafsu pihak berkuasa.
            Dan yang jelas, apa yang kelihatan dan dipaparkan adalah sebuah kezaliman lantas peristiwa itu menunjuk sebagai agama Islam sebagai agama yang zalim, kasar, keras dan tidak berperikemanusiaan.
            Justeru, atas landasan apakah sebenarnya pentadbiran Islam di negara itu (Afghan) dilaksanakan. Dan, alangkah malang umat Islam lain serta imej Islam itu di mata dunia jika ada pihak yang mengikuti jejak negara itu.
            Laksanakanlah sebatan dan rejam jika cukup syarat dan lakukan mengikut tertibnya, tidak mengapa sebab memang itu ada dinyatakan dalam quran dan hadis. Dan, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.