Bolehkan
Orang Politik Menjujuri Diri
SEBENARNYA, orang politik memang
dapat merasai sama ada dia masih dikehendaki atau tidak lagi kepimpinannya
apalagi saat-saat menjelang sesuatu pilihan raya umum (PRU) seperti PRU13 yang
sedang ditunggu-tunggu ini.
Usahkan
setelah dua tiga penggal memegang title Yang Berhotmat (YB) malah yang baru
sepenggal pun sudah dapat merasakan selesa atau tidaknya rakyat terhadap
dirinya. Namun, memang sudah menjadi kebiasaan dan adat, adalah amat sukar
seseorang yang sudah naik untuk turun ke bawah.
Memang
sukar untuk mengharap secara jujur dan ikhlas supaya mereka yang sudah menjadi beban dalam parti ini untuk mengundur
diri secara terhormat, bahkan kalau di minta berbuat demikian akan mengundang "bencana" pula!
Sebab
itu, apabila Najib mewar-warkan strategi 'winable
candidate' bagi PRU13 nanti, teramat
sedikit suara pemimpin yang secara jelas mengisytihar untuk melepaskan
pencalonan semula melainkan terus mengharap untuk dicalonkan semula.
Sebabnya,
masing-masing perasan dia masih bagus dan telah banyak berbakti kepada parti
dan rakyat sedangkan rakyat tahu bahkan diapun tahu sumbangannya semasa
perkhidmatannya amat kabur untuk dinilai.
Wujudnya macam tak wujud!
Akhirnya,
sebagai langkah kononnya bagi menjaga marwah serta statusnya itu, maka mereka
sanggup melompat ke parti lain atau sekurang-kurangnya bergerak bagai api dalam
sekam memberi sokongan kepada pihak lawan.
Ini
bukan perkara baru, cuma sejak akhir-akhir ini pergerakan seperti itu nampak
dizahirkan secara lebih berani dan terbuka. Bagusnya, tindakan jelas seperti
itu memberi petunjuk yang lebih jelas bagi kepada sesebuah parti untuk menyusun
semula strategi bagi mempertahankan parti masing-masing.
Malangnya
pula, pihak-pihak yang seperti ini akan menjadi petualang bangsa dan negara
kerana demi memuaskan nafsu masing-masing mereka sanggup membocor atau
memanipulasi apa juga rahsia-rahsia sulit semasa mereka masih dalam
perkhidmatan sebelum ini.
Padahal,
mereka lupa tindakan seperti sebenarnya membuka pekong sendiri dan sekiranya
mereka itu memenangi sesuatu kerusi atau mampu memerintah sekalipun, skandal
demi skandal, pendedahan demi pendedahan akan terus dilakukan oleh pihak lain
atapun pihaklawannya.
Akibatnya,
sistem politik negara menjadi lebih hanyir, keliru dan membosankan. Kewujudan
Parti Pakatan Rakyat (PR) telah menjelaskan segala-galanya sehinggakan nampak
jelas ramai pemimpin-pemimpin dan bekas-bekas pemimpin di negara ini bukan
sahaja bagaikan tidak matang malah seperti tidak ada lagi nilai malu dan harga
diri.
Sanggup
'diperapa-apakan' demi memuaskan tuntutan nafsu! Jelaslah, KEJUJURAN DAN
KEIKHLASAN dalam politik untuk tempoh seketika ini di negara ini, masih belum
kelihatan sebagai realiti, biarpun bertimbun kitab di baca dan beribu guru yang
mengajarkan erti dosa dan pahala!
Jagindas: Beberapa
hari lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Kitapun saling bermaafan. Namn,
kejujuran dan keikhlasan tidak semudah diucapkan!