Selasa, 6 November 2012

JAMIL KHIR KATA TIADA FATWA

JAMIL.. Tiada fatwa

Kafir Harbi, Kafir Zimmi 



WAH JAMIL! Biar betul, kafir harbi dan kafir zimmi bukan fatwa malah tidak perlu fatwa untuk meluluskannya. Istilah tersebut sebenarnya wujud demi membandingkan jenis orang kafir yang berada dalam pemerintahan sesebuah kerajaan Islam  lanjut di sini
            Dan, antara keduanya itu jenis kafir harbi hendaklah dijauhi atas sikap dan sifatnya yang amat jelas memusuhi malah sentiasa berniat dan berusaha untuk menjatuhkan Islam atau pemerintahan Islam. Manakala kafir zimmi adalah golongan kafir yang patuh kepada pemerintahan di tempat dia berlindung. Mereka tiada berniat untuk menentang atau meruntuhkan kerajaan Islam tersebut melainkan hanya tinggal dengan selamat serta "mencari makan" tanpa membuat sebarang gangguan.
            Dalam konteks negara seperti di Malaysia, tidak kira cina, india atau apa sahaja bangsa bukan Islam, jika mereka tinggal di Malaysia ini dengan patuh dan taat kepada undang-undang serta peraturan negara dan mereka bebas menjalankan aktiviti kehidupan tanpa di ganggu dan mengganggu, maka golongan inilah yang di sebut kafir zimmi. Dan, mereka yang bersifat sebaliknya adalah dari golongan kafir harbi. Mereka ini perlu diawasi!
            Persoalannya, apakah wujud golongan kafir harbi dan kafir zimmi di negara ini? Itu sahaja. Bukan nak suruh rakyat berperang atau bunuh membunuh pun. Oleh kerana kita ada sistem pilihanraya, maka tugas umat Islam (dalam kontek Malaysia adalah orang Melayu)  adalah memastikan sesebuah kerajaan itu mesti dipimpin oleh orang Islam (Melayu) atas landas, batas dan norma-norma Islam manakala orang-orang kafir yang menjadi rakyat negara ini pula tidak dianiaya. Melainkan, apabila Islam itu diperangi!
            Justeru, istilah kedua-dua jenis kafir itu adalah wujud bukan tidak wujud seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Jamil Khir. Tugas Jamil sebenarnya adalah menjelaskan kepada rakyat lebih-lebih lagi kepada yang bukan beragama Islam di negara ini terhadap kedua-dua kosa kata berkenaan.
            Apa yang dinyatakan oleh pengasas Sekolah Agama Pondok Geting, Haji Abdullah Sa'amah, di Tumpat, Kelantan, Ogos Lalu adalah benar dan terpakai. Penulis tidak kata Jamil tidak mengerti bab ini, tapi penulis percaya barangkali Jamil agak ragu-ragu nak jelaskan kepada kaum bukan Islam sebab bunyinya agak kasar sedikit. Ya, kan? Jadi, tindakan Jamil lebih kepada nak jaga hati!
            Ketika zaman aktif dulu, penulis juga pernah menggunakan kosa kata tersebut ketika berkempen mempertahankan BN di salah satu kawasan parlimen di Perak. Ianya terlebih dahulu setelah penulis rujuk kepada seorang ulamak yang juga ahli tafsir (Allahyarham Tuan Haji Ahmad - Al Fatihah).
            Lebih 30 tahun lalu kosa kata tersebut wujud sebagai loghat bahasa bukan atas fatwa, mengapa pulak tiba-tiba hari ini Jamil Khir kata "ia tidak wujud dan tiada fatwa mengenainya". Apa ni?




Jagindas: Jangan takut berkata benar. Perkatan perang di dalam maksud tersebut luas maknanya. Tidak bererti semestinya berantakan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.