Isnin, 8 Oktober 2012

PELANGGAN KECIWA


Utusan Malaysia Sering Lewat Sampai

AKHBAR Utusan Malaysia adalah antara akhbar perdana yang dikatakan bersemangat nasionalis khususnya dalam memperjuangkan  minda serta semangat orang melayu dan bumiputera di samping terus meniupkan semangat muhibbah antara kaum bagi mewujudkan sebuah negara Malaysia yang berdaulat dan bermarwah.
            Kekentalannya itu menyebabkan banyak pihak yang iri hati dan menyangsikan diri terhadap peranan akhbar itu sehingga berlaku komplot serta kempen memboikot akhbar berkenaan termasuk memboikot wartawan-wartawannya.
            Serentak itu juga, kempen memartabatkan akhbar itu di khalayak pembaca digempur menerusi pelbagai cara serta sokongan bagi memintas sikap perkauman yang ditiupkan oleh kumpulan berkenaan yang lebih tegas disebut sebagai puak anti-melayu.

JENAYAH DALAM NEGARA MASIH TINGGI


Penduduk Tidur Tidak Lena

Dalam satu kenyataan media semalam, Ketua Polis Negara (KPN),  Tan Sri Ismail Omar, mengakui tahap kebimbangan orang ramai terhadap perlakuan jenayah masih tinggi ketika ini  di sini.
            Jika itu dapatan yang diperolehi polis, bermakna indeks aktiviti jenayah khususnya yang membabitkan harta dan nyawa manusia  di negara ini sebenarnya masih tidak berubah atau tidak menunjukan penurunan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Ahad, 7 Oktober 2012

TUNDA LAGI!


Tanda Putera Mangsa Polemik (?)

TIDAK PASTI sama ada khabar angin ini betul atau tidak. Tetapi sudah ada yang bersohseh mengatakan bahawa tayangan filem Tanda Putera terpaksa ditanggungkan lagi selepas persetujuan penayangannya pada 15 November depan dicapai.

BANGUNAN FINAS
            Difahamkan, filem yang menelan belanja RM4.8 juta, karya Datin Paduka Suhaimi Baba, telah melalui pelbagai suntingan demi memuaskan hati banyak pihak terutama tekanan daripada golongan politik. Pastinya puak pembangkang khususnya DAP!
            Barangkali hasil terakhir yang tinggal sekarang sudah tidak lagi memuaskan apa sebenarnya yang mahu disampaikan oleh pengkaryanya - dengan kata lain mesejnya mungkin sudah menyimpang atau hambar.

SUSU DAN MAKANAN BAYI MAHAL


Kerajaan Akui Tidak Kawal Harga

ISMAIL.... Kerajaan tak kawal
KERAJAAN diminta supaya mencari satu langkah khas bagi mengurangkan harga susu formula  dan makanan bayi berikutan harga barangan berkenaan dilihat tidak dikawal sehingga menyebabkan ia begitu mahal di pasaran di sini.
            Berikutan itu, ia merunsingkan ibu bapa khususnya penduduk di luar bandar dan mereka yang berpendapatan sederhana di bandar.
            Tindakan kerajaan tidak mengambil langkah-lamgkah mengawal harga barangan berkenaan juga turut tidak menggalakkan pasangan yang berkahwin di negara ini untuk memiliki banyak anak berikutan kebimbangan mereka untuk menanggong kos susu dan makanan bayi sekurang-kurangnya untuk tempoh dua dan tiga tahun pertama.
            Penulis pernah melemparkan isu ini secara ringkas di blog ini di sini. Sebaik sahaja selesai mengikuti pembentangan bajet 2013, penulis melihat kerajaan seolah-olah terlupa memasukkan isu susu dan makanan bayi ke dalam bajet 2013 nya.
            Mungkin juga kerajaan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak memerlukan makanan berkahsiat untuk tempoh tumbesaran pertama mereka. Barangkali kerajaan terlupa bahawa suatu masa dulu pemimpin mahukan rakyat di negara ini vberkahwin dan berkeluarga besar supaya dalam tempoh terdekat negara boleh mencapai kepada 70 juta penduduk.
            Namun, berikutan kos susu dan makanan bayi yang mahal, rata-rata pasangan berkahwin di Malaysia menghadkan antara dua dan tiga anak sahaja untuk satu-satu keluarga. Keadaan bertambah berat kepada pasangan yang kedua-duanya berkerja kerana kos upah pengasuh juga membebankan.
            Justeru, pada pendapat penulis daripada kerajaan membuang duit berbilion-bilion kepada rakyat hanya kerana mahu memberitahu bahawa ekonomi negara bagus, adalah lebih baik ditambahkan lagi subsidi barangan seumpama itu  kerana bagi saya ia lebih bermanfaat untuk kesan jangka panjang.
            Apapun, terima kasih atas segala pemberian.

Jagindas: Kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,  kerajaan tidak mengawal harga susu formula bayi.




Sabtu, 6 Oktober 2012

NYAH KAU DARI NEGARA INI!

SYED HASSAN SYED ALI

Rakyat Mahu Penderhaka
Dilucutkan Kerakyatan


GESAAN Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali, yang mahu dilucutkan kerakyatan mereka yang terbabit menjadi tali barut pihak asing termasuk individu yang bersubahat dengannya bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat wajar disokong serta diambil perhatian berat.
            Bukan sekadar itu malahan seluruh harta dan aset mereka yang ada dan didaftarkan di negara ini hendaklah dirampas. Dengan kata lain, masyarakat mahu mereka dinyahkan keluar dari negara ini dengan sehelai sepinggang.
            Meraka ini kalau duduk dalam negara pun akan menjadi duri dalam daging dan bertindak macam api dalam sekam. Justeru, adalah lebih baik mereka dibiarkan bebas berkokok di luar sana.
            Sehubungan itu, kerajaan diharapkan tidak lagi bersikap lembut hati terhadap semua pihak yang telah didapati jelas mahu meruntuhkan negara apalagi yang mendapatkan sokongan daripada luar.
            Setakat ini, kebanyakan kes kebiadaban yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab terlerai hanya dengan lafaz keinsafan serta permohonan maaf secara terbuka namun akhirnya akan berlaku lagi peristiwa yang sama dalam sinario yang berbeza.
            Mereka perlu dinyahkan dari negara ini! Tidak kira apa status mereka. Semua rakyat seharusnya menjunjung negara ini sebagai sebuah negara yang berdaulat meskipun berbeza dari latar belakang dan dasar politik.


Jagindas: ubati bengkak sebelum bernanah

NKRA JENAYAH DILANCAR LAGI


Hishamuddin Kata itu Dah Tak Penting Lagi 

Cuba anda baca ini di sini  kemudian baca ini di sini
            Apa benda yang Menteri KDN cakap dan apa pula Pengerusi Urus Setia NKRA Bukit, Aman Datuk Ayub Yaakob, cakap.





Jagindas:yakin dan percayalah, indeks jenayah turun naik, naik turun..






Jumaat, 5 Oktober 2012

MARI BERSENAM


75% Rakyat Tak Bersenam

Kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di sini.




Jagindas: main ayak-ayak... itupun senaman juga namanya, bukan kah?


ARTIS VETERAN MEROYAN


Mahu Sokong Konsert Bersih 2.0

ITO... artis juga tidak dibayar gaji!
“Sepatutnya benda-benda macam ini, lebih ramai artis ke hadapan" kata Ito dalam satu sidang media.  Demikianlah jadinya saudara ITO (bekas vokalis kumpulan Blues Gang) kini secara terang-terang telah menjadi penyokong kumpulan Bersih 2.0 di sini
            Secara terbuka beliau meminta golongan artis keluar memberi sokongan terhadap program konsert Bersih 2.0 pada 13 Oktober depan. Alasan beliau, "golongan artis tidak diberi gaji"
            Memang tidak disangka seorang artis veteran macam Ito yang kalau bernyanyi blues lunaknya macam mat gian tersedut sekartus ganja tetapi mempunyai mentaliti dan pemikiran yang hodoh!
            Untuk pengetahuan Ito, gaji hanya dibayar kepada golongan pekerja yang bermajikan. Belum ada lagi pekerja sendiri yang dibayar gaji. Petani, penoreh getah, nelayan mana ada gaji dan kerajaan pun tak beri mereka gaji.
            Istimewa sangatkan artis sehingga perlu kerajaan berkorban bagai nak mati untuk kaum kamu semua? Besar sangatkah sumbangan seorang artis seperti Ito sehingga perlu di gah-gahkan?
            Cermin. Cerminlah diri saudara Ito. Gunakan cermin besar yang menampakkan fizikal saudara dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Muka hodoh, misai serabut dan gigi kompang,  tak mengapa Ito, tetapi perangai, hati dan akal fikiran biarlah murni.


Jagindas: hahaha Ito, Ito...Anda ingat lagu blues Ito bertajuk Apo Nak Dikato:  "apo dayo.., motong gotah.., kerajaan tak bagi gaji.." huk huk huk...




DEMI SYURGA DUNIA


Manusia Sanggup Gadaikan Agama, Bangsa dan Negara

BEGITULAH, banyak sudah orang bercakap termasuk pemimpin dan cendikiawan berkata bahawa sejarah tetap sejarah dan ia tidak boleh diubah-ubah atau digubah seperti menggubah lagu dan muzik. Umum juga sedar dan menerima hakikat bahawa sejarah juga akan berulang dalam ertikata menerusi sudut, fenomena, stuasi serta latar belakang yang berbeza.
            Jika sejarah dahulu memaparkan peperangan menggunakan pedang, keris dan lembing manakala sekarang senjata dan pakaian bertukar kepada yang lebih moden. Malah, peperangan menerusi media cyber serta IT juga terus menampakkan kehebatannya. Pokoknya, manusia itu akan terus berperang, berdenki-dengki kemudian berdamai dan berperang kembali. Barangkali, demikianlah sehingga kiamat.
            Kisah-kisah bagaimana orang luar yang menjadi kepercayaan istana Melaka, Raja Mandelia, mempengaruhi sultan ketika itu sehingga menyebabkan istana bergolak dan rakyat Melaka menjadi huru hara kelihatan kembali mewarnai kehidupan manusia hari ini.

Khamis, 4 Oktober 2012

PILIHAN YG TEPAT LAGI PADAT


Kabinet PR Yang Mantop!

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA 04/10/2012
MEMANG TERSERLAH-lah bahawa, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang bukan sahaja berwawasan serta berpandangan jauh, malah satu-satunya bakal perdana menteri yang pasti dapat membebaskan negara ini daripada sebarang masalah dan musibah.
            Mantop beb! Inilah barisan warga kabinet yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Adalah malang bagi kamu wahai rakyat Malaysia jika kamu gagal menjadikan Anwar sebagai perdana menteri selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.


Jagindas: Cuma kalau boleh tukar, lantiklah Wan Azizah sebagai "Menteri Pertahanan"...hehehehe

BERAPA TAHUN DAH JADI KM


Takkan Tak Ada Simpanan Sebanyak itu...

MOHD ALI RUSTAM... KM Melaka
DATUK Seri ALi Rustam sudah memberikan jawapan kepada soalan wakil pembangkang terhadap kesangsian mereka perbelanjaan kenduri kahwin anak ketua menteri Melaka itu baru-baru ini yang didakwa mereka mencecah lebih berjuta ringgit di sini
            Rasionalnya, kalau ALi dapat simpan RM3k sebulan bermakna setahun ada RM36k. Jadi, jika 15 tahun tentu pokok sahaja sudah ada RM540k. Kalau dicampur dengan faedah bank dan sebagainya maka tidak mustahil simpanan tersebut sudah mencecah lebih RM600k...
            Logik tu. Itu kalau RM3k sebulan! Lagipun itu tidak termasuk hasil-hasil pendapatan lain-lain seperti saham dan sebagainya. Justeru, untuk majlis perkahwinan anak sulung Ali ini, kenduri sulung barangkali, maka dakwaan Ali beliau hanya membelanjakan RM600,000 kos makanan untuk 180,000 tetamu adalah logik malah ianya adalah yang termurah setakat ini!

MALAYSIA HANTAR ANGKASAWAN KE BULAN


Calonnya Bernama Pungguk

Membaca dan melihat siaran rakaman perdebatan dan perbahasan di dewan adakalanya menggelikan hati. Adakalanya pula menyampah bila ada yang menggunakan kekebalan dewan berkelakuan bukan-bukan. Paling geli, bila ada anggota yang saja-saja gatal mulut nak bercakap juga tapi tak ada isi. Bukan apa tu, sebab nak bagi tahu rakyat di luar sana yang wakil rakyatnya pandai bercakap...
            NASIHAT saya kepada anggota dewan rakyat, dewan parlimen mahupu  dewan undangan negeri, sebelum mengajukan apa-apa soalan, eloklah dikaji latar belakang soalan itu terlebih dahulu.
            Janganlah hanya sedap-sedap nak bercakap, mengeluarkan isu macam bagus-bagus, berstandard antarabangsa namun pada realitinya yang melontar soalan bagaikan tidak pernah tahu langsung akan perkara yang dilontarkan.
            Seperti  Datuk Abd Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam), takkanlah Datuk tidak pernah baca mengenai projek naik ke bulan dan tidakkah pernah YB membandingkannya dengan kemampuan kewangan negara sendiri?
            Memanglah soalan itu nampak gah tapi tidak ada nilai!  Kalau setakat hendak bagi tahu orang kampung bahawa wakil rakyatnya bercakap perkara global di dewan, saya fikir tak perlulah.


Jagindas: Kalaulah saya Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, saya akan kata:  setakat ini kita bercadang nak menghantar beberapa pungguk sebagai mewakili kerinduan kerabat-kerabat  mereka yang sekian lama merindui purnama tersebut... 

Rabu, 3 Oktober 2012

RAKYAT SEMAKIN MEWAH


Perkapita Kian Meningkat
Datuk SK Devamani

SEMALAM di parlimen, Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk SK Devamany, berkata pendapatan isi rumah rakyat Malaysia telah meningkat dari tahun ke tahun sebagai menjawab soalan daripada ahli parlimen Sri Gading, Datuk Mohamed Aziz, yang mahu tahu kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia (baca di sini).
            Namun Datuk Devamany, bukanlah itu soalnya. Apakah peningkatan pendapatan itu berbaloi atau sepadan dengan tuntutan kehendak isi keluarga hari ini berbanding dengan harga barangan keperluan. Atau hanya gah pada angka sedang taraf hidup rakyat sebenarnya masih di takuk lama?
            Sebagai contoh, jika pendapatan hasil padi meningkat dari 1,000 tan setahun kepada 4,000 tan sedangkan penduduk pula dari 10,000 orang bertambah ke sejuta orang, adakah peningkatan ini wajar dibanggakan berikutan ia masih gagal menampung keperluan semasa di samping kos-kos sara hidup yang lain juga turut meningkat?
            Justeru, pendapatan rakyat hendaklah dibandingkan dengan kewajarannya menanggung keperluan asas isi rumah atau peribadi. Misalnya,  ketika pendapatan isi rumah sebuah keluarga RM350 sebulan pada tahun 1970 dia boleh menyimpan RM50 sebulan daripada pendapatannya itu manakala pendapatannya ketika ini RM1,200 sebulan tetapi tidak dapat menampung kos asas sara hidup, apakah kita kata keluarga berkenaan telah berubah status yang lebih baik?
            Dengan kata lain, angka pendapatan itu harus berbanding dengan nilai ringgit serta kos perbelanjaan semasa. Bukan jumlah perolehan tetapi sejauh mana nilai ringgit mampu meringankan beban rakyat.
            Maaflah, saya bukan pakar ekonomi. Jangan marah haa,  hehehe..

Jagindas: tak ada duit dan tak ada hutang
            

PERSILATAN HAMPIR TAMAT

GAMBAR HIASAN

Masing-Masing Guna
Buah Penyudah
bila-bila saja sebelum April, 2013


APA dan bagaimana penyelesaiannya?

PERTAMA, kita kena senaraikan apa-apa yang tidak sepatutnya kita luluskan atau kita berikan tetapi telahpun kita LULUS dan BERIKAN sebelum ini demi desakan beberapa pihak untuk kepentingan sesuatu pihak. Kalau ada...

KEDUA, kita kaji balik tuntutan mereka ini di sini , banding-bandingkan dengan yang pertama tadi. Nak di LULUSKAN ke, TIDAK ?


Jagindas: suka tengok silat pulut...

CAMERA, LIGHT, ACTION!


Shoot....

"MACAM pahat dengan penukul"

Bila ada bising-bising maka esoknya bukan main lagi,  kerja bagai nak rak. Mabuk media ke..... apa ni?

Memang dah lama dok perati, macam pahat dengan penukul!

Cakap pun tak guna!

Apa bendanya?


Jagindas: lu pikirlah sendiri. Baca surat khabar, dengar berita jam 8 mlm, search news di internet, baca blog. Ceh!



INDEKS DALAM NKRA SUDAH TAK PENTING LAGI

HISHAMUDIN... NKRA bukan isunya lagi...

Yang Penting Bajet 2013 Peruntukan KDN Bertambah 

SAMBIL menyuap nasi lemak bersama rakan-rakan di sebuah warung pagi tadi, seorang rakan membedek-bedek laptopnya membuat carian berita menerusi my.news.yahoo dan dia terjumpa berita mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk ishamuddin Tun Husin, di sini.
            Saya dan beberapa yang lain juga turut membacanya. Sebab, bab-bab jenayah menjadi sensitif bagi kami berikutan ada sahaja aktiviti itu dilaporkan media setiap hari.
            Tiba-tiba sahaja seorang dari kami bersuara tinggi: "Apa bendanya ni Hishamudin?  Lantak lah apa benda istilah yang kerajaan nak guna, NKRA ke, indeks itu ini ke atau apa saja, rakyat tidak peduli.
            "Apa yang rakyat nak lihat adalah sumber-sumber yang menjadi penyebab jenayah berlaku seperti aktiviti judi haram, pendatang haram dan sebagainya semakin menurun dan terkawal", katanya. Sejurus itu juga saya teringat tulisan saya di blog ini di sini , di sini  dan di sini.
            Kenyataan Hishamuddin itu disifatkan bagai  gatal mulut saja nak buat statement seolah-olah, kalau tak bercakap orang tidak tahu kerja menteri biarpun adakalanya statement serupa itu macam dialog lawak sahaja.
            Sebelum ini, beliau menegaskan indeks jenayah semakin menurun berkat ketelusan serta kerja kuat kementeriannya namun disangkal banyak pihak yang akhirnya membuatkan beliau terkedu.
            Tiba-tiba pula, Hishamuddin, semalam keluarkan statement seolah-olah mahu melarikan fokus rakyat terhadap isu berkenaan dalam konteks yang lain.
            Justeru, sesiapapun saya fikir kalau tidak ada benda yang hendak di cakap, tak perlulah bercakap atau bermain bahasa apalagi bermetfora. Bukan apa, dikhuatiri selain daripada kata-kata kita itu akan menyakitkan hati, bimbang pula ia memakan diri. Lagi hampir pilihanraya, lagi semua pihak kena BERHATI-HATI.


Jagindas: Sudah tubuh kumpulan ronda malam mulai 1.00 pagi hingga 6.00 pagi sebab pemecah rumah nampaknya ada jadual terperinci...

HAK ASASI MANUSIA

Mesti Berlandaskan Agama dan Budaya

HASMY AGAM

TIBA-TIBA sahaja Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menjerit meminta kerajaan mengiktiraf pertubuhan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang didakwanya pertubuhan itu juga menjalankan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada hak asasi manusia baca di sini.
            Menurut pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam, pengiktirafan itu wajar kerana ia sejajar dengan jaminan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk meningkatkan pembaharuan yang lebih demokratik sebagai respons kepada pertumbuhan tuntutan kebebasan sivil yang semakin bertambah.

Selasa, 2 Oktober 2012

BIL KENDURI ALI ROSTAM


PKR Nak Tengok Buku Akaun Ali, Hehehe..

Perkahwinan anak sulung Ketua Menteri Melaka baru-baru ini.
PULAK DAH.... Saya tak nak campur bab ini. (klik di sini)

YAB Dauk Seri Ali Rostam, kalau rasa perlu jawab, maka jawablah. Atau nak bincang dengan Najib dulu ke? 
           








Jagindas: Itu le pasai... Tergencat bebudak tu dibuatnya..

PENDATANG KUASAI EKONOMI SETEMPAT


Berjuta RM Meluncur Keluar Negara

GAMBAR HIASAN
ISU warga asing yang dikatakan semakin menguasai beberapa perniagaan di bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, sudah mula mendapat perhatian media setelah rakyat tidak lagi tahan melihat gelagat kaum berkenaan yang adakalanya menjadikan negara ini seperti negara mereka sendiri.
            Sebenarnya ini bukanlah isu baru. Malah perihal kedatangan mereka yang tidak mengikut saluran dan prosedur wajib juga sehingga hari ini masih diperkatakan.

JAIS Vs JURUZON


Ada Yang Jadi Mangsa Fitnah (?)



SEBELUM ini saya ada menulis tentang nasihat daripad mantan mufti Perlis, Dr. Asri terhadap ulamak atau golongan agama di sini.
            Pada masa sama juga akhbar-akhbar perdana juga ada melaporkan tentang perihal ajaran sesat terbaru yang dikesan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (jais). Ia dikenali sebagai ajaran Juruzon seperti dilaporkan di sini dan di sini
            Laporan tersebut nampaknya berfakta dan dijelaskan secara panjang lebar. Seperti yang khalayak sedia maklum, isu ajaran sesat juga adalah satu daripada gejala yang membahayakan negara. Gejala ini juga membabitkan resapan pelbagai fahaman seperti fahaman syiah, mazhab, aurat muhamadiah dan banyak lagi.
            Pergerakankumpulan-kumpulan NGO yang berdaftar atas nama agama juga seperti Al-Arqam pernah mengocak perpaduan umat Islam dan kerukunan rumah tangga di negara ini. Namun berjaya di sanggah oleh kerajaan meskipun sudah agak terlewat berikutan kelicikan pergerakan pertubuhan itu.