Selasa, 1 Januari 2013
Ahad, 30 Disember 2012
MELERET SEBENTAR...
GAMBAR HIASAN |
Nak 'Ambik Gambo' Kena Penampo
SEBELUM tulisan ini, penulis telah
memaparkan isu penganut bukan agama Islam meminta hak menggunakan nama Allah
dalam kitab mereka dan juga sebuah rencana mengisahkan hal ehwal nikah cerai.
Untuk
merihatkan badan dan minda, penulis merayau-rayau ke beberapa laman sesawang. Akhirnya
terjumpalah penulis satu cerita lawak. Pendek sahaja ceritanya. Dikaji-kaji
balik di sebalik lawak itu, memanglah ada kalanya kita tenggelam dengan
istilah, frasa mahupun kata-kata yang kita bina sendiri.
Ada
kalanya kita bina satu istilah lain yang kononnya untuk memberitahu bahawa itu
adalah benda baru atau dapatan baru. Padahal semak punya semak kandungan,
matlamat dan prinsipnya adalah sama. Jangan tidak, ada lah satu dua tempat yang
dilainkan sedikit sehingga menuntut keseluruhan program atau aktiviti tersebut
terus berubah nama dengan 'istilah' yang baru. Biasanya, istilah yang baru itu
lebih gah bunyinya berbanding yang terdahulu.
Hujung-hujungnya...?
Berjuta-juta terlabur dengan pulangan
yang begitu kecil... Justeru, berhati-hatilah agar tuan-tuan semua tidak tenggelam
atau ditenggelamkan dengan pelbagai istilah. Ada juga perangai si-pereka
istilah lebih suka khalayak keliru. Bagi dia, lagi ramai yang keliru kononya
dia telah berjaya! Berjaya apa? Berjaya mencipta isu dan polemik. Hehehe...
jangan marah ha... Kalau faham baguslah. Tapi kalau tak faham, buat-buatlah macam
faham. Ituuupuuunnn..istilah juga!
Dengan izin pencetus cerita
lawak yang penulis jumpa di sesawang itu, berikut penulis salin dan tampal
ceritanyanya, begini:
Pada suatu hari,
Abu berada di dalam bas utk ke bandar. Dia memegang sebuah gambar. Tiba-tiba, gambar itu pun
terjatuh di bawah kain seorang makcik.
Abu : Makcik, tolong angkat kain, saya nak ambik gambar.
Makcik : Apa kamu ckp?!
Tiba-tiba.... PANG!!! Abu pun turun dari bas itu dengan muka yang bengang kerana ditampar oleh makcik itu di depan2 org ramai.
Abu : Makcik, tolong angkat kain, saya nak ambik gambar.
Makcik : Apa kamu ckp?!
Tiba-tiba.... PANG!!! Abu pun turun dari bas itu dengan muka yang bengang kerana ditampar oleh makcik itu di depan2 org ramai.
Jagindas: Tak ke naya
tu...
MASIH BELUM CUKUP KEMASKAH PERLEMBAGAAN KITA?
Kaum Sikh Dakwa Dalam Kitab Mereka Pun Ada
Sebut "ALLAH"
AI SEH MEN.... Singh, saya baru tahu lah.
Nasib baik you cakap. Memang saya
ramai berkawan dengan Singh terutama yang menetap di kampung Sikh Batu 10.
Isteri saya pun suka berkawan dengan Kaur-Kaur di sana juga. Makan capati wei, ca pila wei (makan capati minum teh).
Ya
lah, kita nak baca kitab Sikh pun kita tak tahu, apa lagi nak sebut maknanya.
Terima kasihlah sebab you dah bagi
tau ada 37 kali nama ALLAH disebut dalam kitab you all ha..? Saya fikir ramai
melayu tak tahu ini hal, bukan saya satu orang sahaja.
Waa..
sekarang macam mana? Kalau kasi you
punya geng guna, nanti yang lain pulak buat bantahan - "apsal kami tidak
boleh?" Wahh, ini macam sedikit ada
kelam kabutlah Singh.!
Tak
apa, tak apa. Rileks. Bertenang. Biar pihak berkuasa selesaikan. Guan Eng, lu
pun diam jugalah!
SEMUDAH ITUKAH NIKAH DAN CERAI?
Menilai Semula Kejujuran, Keikhlasan Sebuah Pernikahan
|
GAMBAR HIASAN: IHSAN UTUSAN MALAYSIA:
29Dis,12/S2/Famili/p.24
|
RENCANA:
CERITA-CERITA tentang keindahan majlis
perkahwinan dan pernikahan terutama yang melibatkan golongan selebriti dan
orang-orang kenamaan kerap menjadi permainan media. Ada yang berbelanja
mencecah jutaan ringgit bagi menjayakan majlis berkenaan, malah ada juga
sekadar kenduri doa selamat. Demikian juga, ada yang menunaikan mas kahwin
sehingga ratusan ribu ringgit malah ada yang hanya dengan senaskah al-quran dan
cicncin belah rotan. Pokoknya adalah kemampuan dan keikhlasan. Tiada yang
mengatasi selain itu.
Pada
masa sama media juga tidak lepas memaparkan pelbagai kes keruntuhan rumah
tangga, apalagi kes mereka yang diheret ke mahkamah. Habis semua terbongkar.
Yang baik mahupun sebaliknya. Bahkan, harta dan simpanan pun dapat diketahui
umum. Itu belum lagi cerita bercerai dengan kaedah tebus talaq dan tuntutan
nafkah sehingga membabitkan jutaan ringgit. Bagi janda yang malang, tuntutan
sekadar beberapa ratus ringgit pun tidak mampu ditunaikan oleh bekas suami.
Yang
sudah ada anak-anak, macam-macam pula kisahnya. Ada yang sepakat dan ada yang
flip-flop. Demkian itulah Allah berfirman dengan maksudnya meskipun perceraian
itu adalah halal di sisi-Nya namun Allah amat tidak menyukainya.
Sabtu, 29 Disember 2012
ANTARA KANDUNGAN TELEGRAM DAN REALITI
Ada Yang Terlindung Bertujuan Membendung..
DULU-DULU, tiga empat dekad yang lalu, ketika negara ini baru
nak nak terang bercahaya, salah satu media perantara yang penting ketika itu
adalah telegram yang biasanya diurus oleh pejabat pos. Bagi kawasan pendalaman,
radio telegraf di pondok polis juga berperanan sama.
Biasanya,
apabila ada kematian, pihak keluarga akan menggunakan khidmat media perantara
itu bagi menyampaikan berita tersebut kepada waris-waris yang jauh. Tetapi,
biasanya kalau sudah mati sekalipun, ayat yang ditulis dalam telegram itu
berbunyi: BALIK
SEGERA IBU SAKIT TENAT.
Ayat 'tipu'
seperti itu terpaksa dibuat dengan niat agar pihak yang menerima berita beroleh
ketenangan dan akan pulang dalam keadaan yang tenang. Ada yang sempat balik
sebelum jenazah dikebumikan, ramai juga yang tidak sempat menatap wajah
kesayangan buat kali terakhir.
MEMBACA akhbar setiap pagi, semakin meresahkan
fikiran. Malah, sebelum akhbar dibeli atau sebelum berita tv bermula, dalam
sangkaan sudah menetapkan beberapa peristiwa mengerikan pasti ada.
NAK MENGAJI KE ATAU SUKA-SUKA
Jemputan Ke Majlis Ilmu Untuk
Kerabat-Kerabat Sahaja
SEMBANG-SEMBANG petang tadi sambil menunggu
maghrib tiba, terdengarlah keluhan seorang rakan terhadap pengurusan
jawatankuasa masjid di kariahnya. Dulu-dulu pun dia selalu sahaja bawa
cerita-cerita berkaitan masjid di kariahnya. Yang elok ada yang tak baguspun
ada.
Katanya,
malam Jumaat lepas masjid kariahnya menjadi tuan rumah sambutan maalhijrah bagi
daerah Kinta. Katanya, surat-surat edaran dan jemputan dibuat oleh pejabat
daerah. Tetapi malangnya, surat-surat edaran tersebut diedarkan kepada jemaah
pada hari (siang) Jumaatnya. Yakni setelah program berlangsung malam tadi.
Maka,
tertanya-tanyalah ahli-ahli kariah apakah sebenarnya yang telah berlaku.
Selalunya, kata beliau kalau pun surat-surat seperti itu tidak mampu untuk
disampaikan dari rumah ke rumah, beberapa keping surat berkenaan masjid ditampalkan di tempat-tempat strategik
seperti kedai kopi. Atau, ianya dilambakkan di beberapa kedai atau tempat yang
selalu orang Islam berhimpun.
"Dari maklumat yang saya terima memanglah
juga ramai yang datang. Tetapi majoritinya adalah orang luar iaitu dari
kariah-kariah lain atau mukim lain dalam kinta sebab mereka didatangkan kerana
kita tuan rumah majlis tersebut. Barangkali, mungkin mereka jemput orang yang
menerima hadiah sahaja kut.."
"Takkan hal-hal macam inipun ada
sabotaj. Atau, yang ada ada itu cuma mabuk jawatan tetapi tak boleh buat
kerja!" katanya.
Beliau
kesal dengan pengurusan majlis itu kerana ramai yang terkilan kerana tidak
dapat mendengar kadungan ceramah perdana daripada penceramah jemputan. Yang
pasti katanya seekor lembu ditumbangkan bersama nasi minyak.
"Barangkali juga mereka takut makanan
tak cukup atau barangkali juga mereka taut tak ada lebih makan untuk dibawa
balik selepas majlis habis", katanya dengan nada sinis.
Sahut
seorang rakan lagi, berkata entah di mana silapnya, sesudah beratus kali
ceramah agama didatangkan namun sikap jemaah tidak juga berubah malah makin
teruk pun ada. Menurutnya, kalau jemaah bersedia hendak berubah, mendengar
khutbah Jumaat setiap minggu pun sudah melebihi daripada cukup.
Jagindas: Di masjid kariah
rakan penulis itu, setiap kali selesai sembahyang Jumaat, ada laungan takbir 3
kali. Dilihat betul-betul cara laungan dan sahutannya itu bukan kerana zikir
tapi lebih mirip kepada perjuangan parti...
ISU YANG BUKAN LAGI CERITA
Biarlah Jadi Rahsia PM
KEPADA wartawan dan editorial sekelian,
sudah-sudahlah bermain dengan isu tarikh pilihanraya ke 13 (PRU13) ni. Kalau sudah
tidak ada apa yang hendak ditanya, lebih baik diam sajalah dan dengar saja
soalan daripada rakan-rakan lain atau tulislah apa sahaja yang terkeluar
daripada mulut sumber.
Tarikh
pilihanraya bukan lagi satu cerita mengghairahkan lagi melainkan apabila
pembubaran parlimen telah diisyhtiharkan oleh Perdana Menteri (PM). jadi, tidak
usah buang space-lah. Banyak benda
lain boleh dipaparkan.
Kalau
nak tanya bab tarikh juga, barangkali soalan-soalan seperti berikut boleh membantu
kut:
1. Bilakah agaknya persidangan dewan
rakyat yang terakhir untuk musim ini?
2. Berapakah anggaran bajet untuk belanja
pilihanraya kali ini berbanding pilihanraya sebelum ini?
3. Apakah langkah-langkah kerajaan bagi
menggalakkan lebih ramai pengundi keluar mengundi?
4. Merujuk kepada laporan The Malaysian
Insider, apa komen PM/TPM terhadap dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri
Musa Hasan mengenai peningkatan kadar jenayah dikaitkan dengan hubungan rapat pegawai
atasan PDRM dengan bos-bos kongsi gelap di negara ini?
Haaa,
nanti bila dia bagi jawapan, heretlah sampai 20 para pun tak apa. Lagi dan lagi
dan lagi dan lagi.......Kalau dia
kata 'no comment' pun, boleh dibikin-bikin
cerita bang..
Jangan
marah, haaaa..
Jagindas: Tentang soalan
ke-4 di atas tu, teringat penulis satu pepatah cina yang menyebut: Kalau kepala
ikan sudah rosak (busuk) maka isinya juga tentulah rosak sampai ke ekor.....Tolong
selak kain depa sikit.
Jumaat, 28 Disember 2012
BENARKAH KADAR JENAYAH SEMAKIN MENINGKAT (?)
Musa Kata Ada Tali Barut Dari Atas Puncak
SEBELUM
ini penulis ada menulis beberapa cerita berkait dengan aktiviti judi
haram (yang sedang rancak sekarang adalah judi mesin berkomputer) yang kini
telah menular ke kawasan desa. Majoriti yang menjadi mangsanya adalah orang
melayu (Islam). Ramai yang merana tapi masih tidak serik-serik. Punyalah kuat
iblisnya!
Hairan
juga, sebab pihak polis boleh dikatakan kerap juga membuat serbuan demi
serbuan, namun peremis yang menjalankan kegiatan berkenaan masih wujud
beroperasi macam biasa malah kian bertambah.
HUH!
Akhirnya, penulis mendapat jawapannya klik
di
sini. Benarlah kata Tan Sri Musa Hassan, ......rakyat juga yang mendapat balanya!
MasyaAllah, apa nak jadi ni Hishamuddin, Najib? Lee Lam Thye, you berani komen ke..?
Cerita-cerita
masalah jenayah (dalam konteks judi haram) seperti itu pernah penulis paparkan di
sini dan di
sini , di sini,
di
sini, di sini,
di
sini, dan di
sini. Tapi Musa Hasan dah cakap dan jawab dalam konteks yang lebih
universal.
Jagindas: Paaatuuuutlaaaaa.....................Harapkan
pagar, pagar makan padi!
KALENDAR HINA HUDUD SUDAH TERBIT
DENGAN IHSAN Akhbar Sinar Harian |
Pemuda Pas Dakwa Penyokong Kerajaan Yang
Taja!
KALAU pasal buat serkap jarang cukup laju. Sepantas
kilat. Bunyinya pulak macam guruh berhalilintar. Apa buktinya "parti"
yang menyokong kerajaan 'menaja' kalender ini? Sudah siasat? Jelas?
Kalau
sudah jelas dan terbukti, apa ditunggu lagi laporlah kepada polis atau pihak
berkuasa yang berkenaan. Ambil tindakan mahkamah dan saman kaw-kaw! Juta-juta.
Biar depa tergeolek anjing nak bayo!
Ceritanya klik di
sini.
Wahai
saudaraku Hasbullah Ridzuan, bila kamu mendapat musibah macam itu, pertama
ambillah masa bertenang (supaya syaitan tak mudah jadi orang ketiga),
berastaghfarlah banyak-banyak, tunaikanlah sembahyang sunat (minta petunjuk
Allah bukan God), lepas itu buat siasatan awal serta terperinci.
PEMAPARAN BERITA DI AKHBAR-AKHBAR / MEDIA-MEDIA
Macam pernah tengok di TV3, kan? |
(CONTOH
KES 1): Polis Buru Penjenayah, Wartawan Pula Buru Polis
1. Rakyat
diingat jangan percaya berita angin...
2. Polis
buru penyebar berita palsu....
3. Polis
kenalpasti beberapa orang lagi terlibat dengan penyebaran berita palsu...
4. Penyebar
berita palsu ditangkap dan direman 7 hari ...
5. Polis
masih buru 20 lagi penyebar berita palsu...
6. Kertas
siasatan kes penyebar berita palsu bermula....
7. Kertas
siasatan penyebar berita paslu hampir siap...
8. Kertas
siasatan sudah siap dan dihantar ke peguam negara hari ini...
9. Peguam
Negara pulangkan semula laporan kertas siasatan.... (kadang-kadang)
10. Tertuduh
akan didakwa minggu depan...
11. Bicara
bermula: 40 tidak mengaku bersalah sebar berita palsu....
12. (dan
seterusnya... sehingga selesai)
(CONTOH
KES 2): OPS PATI Besar-Besaran
1. Penduduk
bimbang lambakan pendatang...
2. Pihak
berkuasa pantau aktiviti pendatang....
3. Pihak
berkuasa serbu sarang pendatang...
4. Kebanjiran
pendatang masih terkawal ...
5. Pendatang
diingat hormati undang-undang...
6. Penjenayah
bersenjata yang ditembak mati adalah....
7. Majikan
tidak bayar gaji pendatang...
8. Banyak
kes jenayah babitkan pendatang...
9. Pelindung
pendatang akan didakwa....
10. Sistem
baru pendaftaran mampu kawal kebanjiran pendatang...
11. Ratusan
pendatang bekerja sebagai GRO...
12. (dan
seterusnya... belum selesai-selesai lagi. Pendatang datang dan pergi, menjadi rencah bacaan dan pengetahuan setiap
hari)
Jagindas: Tak jadi ambil
'bibik'....
"MUZIUM KAPAL LAUT TLDM"
Terasa Naik Darah Panglima Tika Menyusurinya
KIRI ke Kanan: ...Haluan kapal, Bahagian tengah dan radar |
LANGKAH kerajaan negeri Perak dan Tentera
Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjadikan kapal KD Rahmat sebagai Muzium Kapal
Laut TLDM (MKLTLDM) wajar dipuji kerana kena pada masa, tempat dan agendanya.
Muzium tersebut didamparkan di perairan cetek Lumut berhampiran Jeti iaitu
kira-kira 2km sebelum sampai jeti Lumut-Pangkor. Kawasannya begitu strategik
dan menarik.
Penulis
yang sempat menjenguk muzium itu baru-baru ini merasakan perlu merakam ucapan
tahniah serta penghargaan kepada mereka dan agensi yang terbabit membangunkan
muzium tersebut. Syabas!
Setakat
ini hari ini ia dibuka kepada orang ramai dari pukul 11 pagi hingga 6 petang di
mana pengunjung dikenankan caj masuk sebanyak RM12 bagi orang dewasa dan RM7
bagi kanak-kanak/budak sekolah/pelajar.
walaupun
ada yang menganggap caj tersebut 'agak' mahal tetapi bagi penulis ia berpatutan
berikutan kos pengurusan dan penyenggaraan muzium boleh dikatakan agak tinggi
juga.
Seperti
yang pernah penulis ceritakan sebelum ini tentang beberapa projek membangunkan kawasan
dan benda menarik di negeri ini khususnya dalam konteks pelancongan yang
kemudian terbiar atau dibuat endah tak endah sahaja oleh pihak berkenaan,
penulis berharap muzium kapal tentera laut ini tidak di pukul nasib yang sama.
Ini
kerana, sepanjang penulis menyusuri ke segenap lapisan muzium kapal berkenaan,
sudah ada tanda-tanda 'kelalaian penyenggaraan'
berlaku. Selain itu, pihak terbabit juga
didapati kurang kreatif untuk menjadikan muzium itu lebih menarik dan mampu meruntun
hati dan jiwa pengunjungnya.
Penulis
juga sempat berkongsi pandangan inidengan beberapa pengunjung lain yang
sama-sama melawat musium tersebut. Seorang pengunjung, dikenali sebagai Latif,
50an, berkata pengurusan muzium seperti itu bukan sahaja memerlukan kepakaran
tetapi juga kreativiti yang halus bagi menjadikannya lebih menarik, bermakna serta
mampu menarik pengunjung ke situ.
"Sayang
seribu kali sayang, ia bukanlah sebuah muzium buatan tetapi adalah sebuah "Kapal
Perang Sebenar" yang mana boleh dikatakan 90 peratus perkakasan asalnya
masih ditempatkan di situ," katanya.
Pada
fikiran penulis seorang kampung yang buta teori barang antik dan nilai tarikan
pelancong ini, bersetuju dengan pandangan Latif kerana masih banyak benda boleh
dilakukan ke atas muzium itu tetapi ia memerlukan kekreativitian yang tajam.
Justeru,
penulis berharap pihak terbabit segeralah bertindak kerana permata sudah ada di
depan mata cuma tidak digilap dan dicanai.
Jika tidak permata sekalipun akan tetap dikata kaca.
SEKADAR MENGUJI MINDA
Tiga Sekawan: Sama Tapi Tak Serupa...
APA yang boleh kita fikirkan? Ada tiga ekor kera di situ. Ketiga-tiganya
nampak intim. Namun, dilihat mata dan fikirannya tidak setumpu arah. Sudah
tentu, kalau diletupan mercun, kesemuanya akan bertempiaran dalam arah yang
tidak sama juga. Tetapi, kera ni (dan yang se-sepisis dengannya) memang cekap
bergayut serta mengenalpasti dahan yang mampu dijadikan tempat menyelamatkan
diri. Habitat kera semakin pupus dek perkembangan pembangunan dan permodenan.
Justeru, ada ketikanya kera mengancam keselamatan awam!
Jagindas: Banyak perumpamaan yang mengaitkan kera: Macam kera dapat bunga; macam kera kena
belacan; Kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan; macam kera
sumbang; jangan jadi seperti kera........(banyak lagi)
Khamis, 27 Disember 2012
TAMAN PAYA BAKAU MANJONG
Merbahaya dan 'menyucuk mata'.... |
Indah Dan Meng-asyikan..
KELMARIN, anak-anak penulis mengajak ke
Lumut langsung tidur di sana. Mulanya penulis tidak perasan apa sebabnya.
Rupa-rupanya mereka (dan ibunya) mahu meraikan hari lahir penulis. Biasalah,
kadang-kadang hari lahir sendiri pun terlupa. Bukan kerana sibuk. Tapi semasa
kecil dulu hinggalah penulis berkahwin rasanya tidak pernah meraikan hari
lahir.
Orang
kampng dan susah pula. Mana nak ingat benda-benda macam itu. Namun, setelah
dikurniakan anak-anak, sambutan-sambutan majlis seperti itu selalu pula dibuat.
Sekarang, mereka sudah besar panjang. Mereka pula meraikan ayah dan ibunya.
Barangkali mereka teringat zaman kanak-kanak dan remaja mereka ketika mana ibu
dan ayahnya selalu berbuat begitu. Alhamdulillah. Ada yang hadiahkan baju, ada yang beli kueh
dan kek maka sama-sama. Makan dalam bilik lagi!
Sudah
tak tahu apa nak buat dan ke mana hendak pergi, salah seorang anak penulis
mencadangkan supaya kami berlipur di Taman Paya Bakau. Dulu, kita-kira 20 tahun
lalu pernah penulis ke sana. Ini kali kedua bersama anak-anak yang sudah
besar-besar. Banyak perubahan di situ dan sememangnya menarik. Tenang lagi
menyenangkan.
KEUNIKAN PENGHUNI TAMAN PAYA BAKAU, MANJONG
Seekor beruk dengan hasil karyanya.... |
Kera-Keranya Kreatif Berkarya...
Gambar ini penulis rakam ketika melawat
Taman Paya Bakau di Manjong, Perak. Selain daripada menghidangkan keindahan dan
keunikan hutan paya bakaunya, di situ juga banyak terdapat kera-kera liar dan
ribuan jenis burung yang menjadikan hutan berkenaan sebagai habitat mereka.
Cuba
teliti sebentar kedua-dua gambar tersebut. Satu gambar seekor kera. Dia memang
seekor keralah!. Dan, satu lagi gambar hasil karya kera-kera di situ.
Cantikkan? Pandai kera-kera di taman itu berkarya!
Jagindas: From Bota With
Love...
Selasa, 25 Disember 2012
QURAN TETAP QURAN, INJIL ADALAH INJIL
Kalau Dah Nak sangat Guna Nama ALLAH, Masuk
Saja Islam..
KEPADA semua penganut agama Kristian,
penulis mengucapkan Selamat Meraikan Hari Natal. Bergembira dan bersyukurlah
kerana anda semua dapat menyambutnya dalam suasana negara yang aman dan 'masih'
harmoni.
Sambutlah
dan raikanlah sebagaimana kaum kerabat anda pernah lakukannya pada tahun-tahun
dan dekad-dekat sebelum ini. Tidak payahlah hendak bising-bising menuntut supaya
kitab Bible Bahasa Melayu boleh menggunakan perkataan ALLAH. Tak payahlah. Dalam
bab ini janganlah samakan apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak. Sejarah tetap
sejarah. Sebab mursabab tetap menjadi sebab.
Memanglah,
orang bukan Islam (di Malayasia) kalau bercakap hal-hal berkaitan dengan kuasa
tuhan, selalu bercakap sebagai "...itu
Tuhan Ala pun tau.." ada setengah slang menyebut sebagai "...Tuhan Alla pun tau ma.."
Jadi
kalau nak guna nama TUHAN ALA (alif lam alif) atau TUHAN ALLA (alif lam lam alif), penulis rasa
barangkali boleh kut. Guna nama ALLAH
(alif lam lam ha), sama sekali tidak boleh. Tak boleh!
Jagindas: Dah tak boleh,
tak boleh lah...janganlah suka cari pasal! Bangang!
Isnin, 24 Disember 2012
UMMI HAFILDA, TUNKU AZIZ DAN CIKGU NON
Teruskan Missi Perjuangan Menyelamat Ummah.
Syabas!
Demi kesejahteraan umat Islam, bangsa dan negara |
SEDIKIT rasa keciwa apabila penulis membaca
berita ini klik di sini.
Bukan apa,
cadang-candangnya ada jugaklah hati..apa boleh buat, sudah rezeki Dr. Zaman
Khan. Untung, rugi, sihat, sakit demam, jodoh pertemuan, tanah perkuburan
semuanya ditangan Allah. Buatlah macam mana rancang sekalipun, namun ketentuan
Allah juga yang sebenar-benarnya akan terjadi. Berapa ramai yang berharap malah
ada yang berdoa hendak mati di Makkah..namun tidak semua yang diperkenankanNya.
Begitulah. Ummi, ummi....Merinduilah aku kepada mu sepanjang hayat!
Kah kah kah kah kah...Melawak yop... Terbaca
berita Ummi Hafilda ini penulis teringat berbagai-bagai kisah suka duka dan
dedah mendedah yang dilakukan oleh beliau sedikit masa lalu terhadap keburukan
parti KeAdilan Rakyat (PKR) dan ketua pemimpinnya - Anwar Ibrahim, abang Ummi -
Azmin Ali dan macam-macam lagi yang pada fikiran penulis pembaca sekalian juga
pernah mengikutinya. Itu, dari bahagian sebelah PKR.
MENGAPAKAH KAMU DILAHIRKAN SEBAGAI MANUSIA ?
GAMBAR HIASAN |
Bukankah Lebih Baik Kamu Jadi Binatang!
YA ALLAH, ya Tuhanku, permudahkanlah jalan
kepada mereka yang berkenaan bagi mencari dan menangkap bomoh haram jadah yang
katanya dikenali sebagai Walid berusia 64 tahun. Berita klik di sini .
Saudara-saudara, jangan
bunuh bomoh laknat ini tetapi hadiahkannya kesengsaraan fizikal sepanjang
hayat. Lumatkan zakarnya sehingga menjadi bagai pelepah pisang kering. Pulas
dan pintal-pintal. Kalau terbit luka, ubati lukanya itu dengan sambal cabai
burung (cili api) barang sekilogram banyaknya.
Arrrrggggggghhhhhhh.....!
Jagindas: Penulis
sebenarnya tidak suka maki memaki hamun dalam memaparkan artikal di entri blog
ini. Namun bagi kes ini maaflah, tak tertahan rasa marah dan geramnya di sanubari
ini. Si Walid ini MEMANG HARAM JADAH, BABI LAKNAT!
Ahad, 23 Disember 2012
DI ROMANIA, MAHU TAPI TAK LALU
MANGSA... Inikah Nicolae dan penumpangnya itu? |
Di Malaysia, Satu Persatu Kena Sapuuu
SELESAI mentelaah Berita Minggu Hari ini,
penulis menangkap dua berita untuk dijadikan halua pembaca kali ini. Pertama,
berita dunia di muka 12 bertajuk "Wanita Mirip Angelina Jolie Rogol
Lelaki" dan kedua, berita di
ruangan nasional muka surat 27 bertajuk "
RM10 raba alat sulit GRO"... Janganlah gelak.. atau mencebeh muka. Ini
bukan lucu atau lucah. Inilah b e r i t
a dan c e r i t a!
Lagipun, kepala
hotak penulis sebelum ini asyik disumbat dengan cerita-cerita politik, sukan,
ekonomi dan teknologi, jadi pada hari-hari minggu seperti hari ini rasa muak
pulak!
Seorang
pemandu teksi di Romania itu, Nicolae Stan, 34, bolehlah menganggap dirinya bertuah
kerana dipaksa melakukan adegan sex dengan penumpangnya, Luminita Perijoc, 30,
yang dikatakan mirip wajah Angelina Jolie. Namun, akhirnya bernasib malang dan menerima
padah dengan beberapa tikaman oleh wanita tersebut apabila dia enggan untuk
berbuat demikian untuk kali-kali seterusnya.
Tidak
pula dinyatakan dengan jelas mengapa dia menolak untuk kali kedua, ketiga
dan.... Kata orang kucing mana yang menolak ikan, apalagi ikan yang sudah siap
dipanggang! Tapi, barangkali kalau ikan haruan hidup berat dua kilogram dalam
basin, kucing ganas pun tidak upaya mendekatinya. Sekali dilibas haruan tu, mau
pengsan kucing tu. Bagaimana? Agaknya, itu sebablah Nicolae tak larat kut....
Penulis
memang banyak juga terjumpa bahan-bahan yang pelik-pelik dari negara Romania
itu (menerusi media maya la...). EErrmmm..teringin
pulak hendak sampai ke sana.
Berbalik
kepada nasib pemandu teksi dan "Angelina Jolie" tadi, alangkah
berfaedahnya kalaulah Luminita Perijoc dapat diserahkan kepada perogol-perogol
di negara ini. Nak tengok Rumania Vs Malaysia, berapa gol dia boleh? Tapi,
Luminita mesti guna pisau laa..., baru depa ada akai!
Lain
di Malaysia (berita itu berlaku di Johor Bahru), sekali khidmat raba 'cipek' untuk seorang cajnya RM10. Kalau
nak tahu lebih lanjut dengan bermacam-macam iklim serta pelbagai bentuk hutan
savana, tropika mahupun khatulistiwa, tanah pamah, lembah dan tandus sediakan
banyak sedikit. Misalnya dengan RM100, pelanggan (lelaki) boleh membuat
perayauan kepada 10 lokasi antarabangsa. Serupa tapi tidak sama! Barangkali..hehehe...
Bertuahlah
lelaki di Malaysia kerana dapat menikmati keindahan alam dengan penuh aman,
harmoni serta tanpa tekanan dan ugutan. Barangkali, inilah yang dinamakan jenis
ikan pilai dalam piring. Senyum simpul, mengeruit-ruit (bergerak-gerak) misai
kucing dibuatnya.
Pelik
juga ye, apa yang kurangnya undang-undang di Malaysia ini sehingga aktiviti
bisnis macam itu masih tumbuh macam cendawan. Itu di Johor, negeri-negeri lain
pun apa kurangnya..? Kata depa la...
Jagindas: Masa buat
serbuan tu, ngapa tak bawak jabatan agama sekali...Kongsi-kongsilah cari nama
yop. Atau, dah ajak tapi depa tak mahu?
BUKAN SENANG NAK BANTERAS JUDI HARAM
TUN HISAN |
Ada Pihak Berwajib Buat Tak Tahu Saja...
POLIS SELANGOR semalam melahirkan rasa
keciawa apabila gagal mendapatkan kerjasama daripada beberapa agensi terbabit
dalam tindakannya menutup peremis yang menjalankan kegiatan judi haram termasuk
mesin judi berkomputer. berita di sini
Penulis
angkat topi kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah serta
anggotanya kerana kesungguhan beliau memerangi jenayah judi haram yang didakwa
tumbuh bagai cendawan di negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat itu.
ANWAR IBRAHIM BUKAN HADI!
ANWAR |
Pendirian DAP Menghantui Rakan Dan Lawan?
MENGAPA
Pengerusi DAP, YB Karpal Singh beria-ia benar mahukan Anwar Ibrahim menjadi
Perdama Menteri (PM), kalau Pakatan Rakyat (PR) dapat menawan Putrajaya nanti?
Polemik
terhadap isu ini semakin menarik minat orang politik membicarakannya. Ramai
yang pelik dan meragui pendirian Karpal itu berikutan beliau sendiri secara
tegas pernah mengakui bahawa Anwar adalah seorang peliwat malah dia juga
mendakwa mempunyai bukti kukuh terhadap salahlaku Anwar itu. Malah Karpal
pernah menyeru supaya Anwar bertaubat. "Anwar perlu bertaubat", kata
Karpal.
Langgan:
Catatan (Atom)