Menghadiri jempuan kenduri memang banyak faedahnya.
Selain merapatkan silatulrahim, di situ memungkin pertemuan yang di luar
jangkaan. Seperti baru-baru ini saya hadir majlis kenduri seorang kenalan di
Kuala Lumpur, dalam keadaan tidak diduga, saya bertemu dengan ramai rakan-rakan
lama ketika di kampung dulu. Masing-masing dah tua, ada juga yang "tak makan tua". Kebanyakannya
sudah bercucu, saya juga belum sebab kawin lambat. hehehe
"Hoi orang kampung, kamu kuat UMNO lagi
ke?" itu salam pengenaln yang mula-mula terpacul dari setiap mereka
yang saya temui. Saya cuma ketawa sebab mereka juga ketawa. Barangkali, ada
yang mengimbau kenangan mereka ketika saya berjuang dalam UMNO masa muda-muda
dulu.
Dalam
gelak-gelak hilai tawa tu, seorang dari mereka berkata bahawa kaum kerabat saya
(orang kampung) yang berada di Selangor dan Wilayah Persekutuan sekarang tidak
lagi ghairah dengan UMNO. Ada yang tenggelam terus tidak tahu ke mana arah
politiknya.
"Kami di Selangor dah rosak. Bagi kami dah tak ada betulnya UMNO
ni. Otak kami dah di fokus kepada pembangkang. Lantaklah apa nak jadi,
pembangkang jadi pujaan kami. UMNO boleh jalan la..", katanya dengan
penuh bangga.
Kerana
masih ada senyum dan gelak ketawa, saya memberanikan hati mempertahan diri. Saya
cuba menyelami pemikiran mereka adakah sokongan itu dibuat kerana kebenaran
perjuangan atau dendam "Tun Sura yang sanggup membuka kota pagar Melaka".
Bukan
calang-calang mereka itu. Bekas pegawai kanan sektor swasta, bekas pensyarah
bertaraf Dr. Phd., ahli perniagaan dan bermacam-macam kerjaya lagi. Yang pasti
mereka adalah antara rakan-rakan sekampung dulu yang berjaya setelah merantau
ke Kuala Lumpur sekian lama.
Saya
juga cuba menarik pertimbangan mereka dengan menceritakan kembali pelbagai
pekong dan onar yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang
kerajaan BN di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang sebagaimana yang dilapor
oleh media-media massa dan para blogger.
"Kamu jangan cakap fasal UMNO lah beb.
Dunia orang Selangor sekarang adalah PKR, PAS dan DAP. Kamu ingat BN boleh ambik selangor ke PRU13
nanti? Sorryy beb!" Nadanya
sudah tinggi, dan saya terpaksa mengalah kerana ditakuti nanti merosakkan pula
majlis orang.
Maklum,
orang kalau dah ghairah dan naik angin dia bukan kira apa, janji dia puas! Jadi
lebih baik dimatikan pertikaman lidah dengan senyum.
Saya
tak tahu secara terperinci bagaimana suasana politik UMNO di selangor dan
Wilayah Persekutuan. Namun, apa yang dapat saya simpul berdasarkan
sembang-sembang politik kami itu, kumpulan ini (mungkin juga ramai pengikutnya)
benci dengan UMNO kerana sifat kesombongan yang terdahulu, bahkan masih ada puak-puak
UMNO yang terbawak-bawak lagak sombong itu hingga sekarang.
Wallah
huallah! mereka saja yang tahu.
Jagindas: suka
lagu "SENYUM" nyanyian Malique dan Najwa yang kerap dimainkan oleh RTM.