Selasa, 3 Julai 2012

SAYA DAH KATA...


SEBELUM INI, saya ada menulis tentang kesan persepsi rakyat terhadap kerajaan akibat perkhidmatan yang diberikan oleh sektor awam kepada orang ramai  yang ada antaranya didakwa membosankan (Selasa/26 Jun, 2012- gelagat penjawat awam bhg 1, 2, 3). Pendaman  ketidakpuasan hati itu turut mengundang akibat buruk ketika mereka berada di meja undi. 
            Laporan akhbar hari ini pula menyebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta, penjawat awam supaya sentiasa mengambil sikap Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) sebagai panduan dalam melaksanakan tugas harian.  
            Disamping itu beliau turut mahukan setiap penjawat awam sentiasa mencambahkan pemikiran dan idea dalam usaha mempercekapkan produktiviti menerusi pemikiran kreativiti dan inovasi.
            Dengan cara itu, katanya  setiap penjawat awam akan tidak merasa sentiasa cepat berpuas hati dengan pencapaian serta urusan harian atau selesa dengan kerja rutin mereka.    Justeru, katanya sektor perkhidmatan awam perlu terus berusaha gigih secara terancang untuk meningkatkan prestasi supaya rakyat berasakan kerajaan dan perkhidmatan awamnya sentiasa dapat memberi kepuasan yang kian meningkat kepada masyarakat.
            Benar Datuk Seri, ramai yang bercakap Berkhidmat Untuk Negara malah frasa itu juga menjadi kata-kata hikmat pengakhir surat-surat rasmi jabatan/agensi kerajaan, tetapi apa yang berlaku ramai yang Berkhidmat Untuk Keluarga. Sebelum itu, negara laungkan Bersih, Cekap dan Amanah, sampai sekarang ketahap mana kita sekarang?
            Ada pula yang menambahkan frasa ayat itu sebagai Berkhidmat Untuk Negara Kerana Allah. Cantiklah tu, nampak macam Islamik, namun sekadar kata-kata itu sahaja kah?
            Perhatikan kes yang paparkan Berita Harian (Ahad: 01 Julai, 2012, muka depan, ekslusif) tentang harapkan pagar, pagar makan padi dimana warden dan polis terlibat dalam kes pengedaran dadah di penjara-penjara.
            Banyak lagi contoh-contoh menconteng arang ke muka yang berlaku di jabatan-jabatan/agensi kerajaan yang membuatkan bibir dan gigi rakyat terkepit keras berikutan tingkah laku yang dimainkan oleh penjawat awam di sektor awam.
            Pada masa sama, sektor swasta juga tidak terlepas dari pemerhatian dan penelitian masyarakat. Bagi khalayak, anda rebutlah kekayaan, rakyat tidak kisah namun jangan abaikan tanggungan sosial anda terhadap rakyat dan negara. Bahawa, anda di situ kerana adanya rakyat yang hidup sebagai pengguna dalam sebuah negara yang aman, stabil dan mewah.
            Justeru, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) wajar menginsafi elemen-elemen seperti ini supaya pekerja-pekerja kita benar-benar menjalankan tugasnya di atas amanah yang diberi demi negaranya.
                       


Jagindassyukurlah dan terima kasih kerajaan.

DIALOG ANTARABANGSA


Orang  l:
Kita ada minyak. Banyak. Mengapa jual minyak mentah pada negara lain dan beli balik minyak bersih untuk rakyat. Itu pasal jadi mahal. Rakyat juga yang susah!

Orang ll:
Kita ada perjanjian antarabangsa. Macam kita juga memerlukan barangan orang lain untuk rakyat kita. Jadi kita kena give and take. Itu namanya kerjasama antarbangsa.

Orang lll:
Tapi kita dah merdeka. Kita wajar memiliki dan memajukan bahan mentah kita sendiri!

Orang ll:
Merdeka bukan bererti hidup berseorangan. dalam dunia ini kita juga perlukan rakan, macam kita sekarang. Hidup saling bantu membantu. Ada lebih ada kurang.

Orang l:
Isarel tu, kalau semua negara Islam bersatu dan turun bantai dia, sehari boleh sapan. Bukan besar sangat negerinya! Kalau tak ada Amerika, mampus dia!

Orang lll:
Betul tu. puak-puak arab ni kira dok nak jaga kepentingan diri masing-masing sehingga kaum kerabat sesama islampun  dipijak orang kafir pun buat tak kisah. Apa dia orang tak ada hati perut ke? Sekarang tengok, satu-satu negara arab huru hara! Bala lah tu, Allah turunkan bala!

Orang ll:
Kita ada PBB, ada blok barat, ada blok timur, blok utara, selatan ada kesatuan eropah, ada asean, ada OIC, ada macam-macam lagi...mereka juga boleh bersatu! Memang boleh buat, tapi rakyat juga akan porak peranda dan huru hara. Takkan sekutu Israel nak diam. Babi yahudi takkan nak diam. Yang di blok eropah dan amerika tu pun boleh bersatu juga kalau kita buat macam tu. Jadi, pemimpin negara Islam bukan tak ada hati perut, tapi lebih memikir nasib rakyatnya jika terjadi begitu. Kamu sanggup ke?. Jika kamu seorang pun tak jadi  juga. Semua rakyat sanggup ke bertahan sama-sama macam tu?

Orang l
(diam dan termenung)

Orang, ll
susah juga ye

Orang lll:
haaaiii, serba tak kena.

Orang ll:
Justeru, bersyukur dan peliharalah apa-apa yang sudah kita ada sekarang. Jangan banyak kira. Kalau nak dabik dada kita kuat, ada yang kuat lagi. Nak kata kita senang, ada yang lebih senang lagi dari kita. Nak kata kita susah, di luar sana ada yang lebih susah dan menderita dari kita. Syukur dan berterima kasihlah penawarnya! Jaga-jaga angin yahudi ada di mana-mana. Ingat tu!


Jagindas:   seronok dapat jemputan menembak di lapang sasar guna senapang M16. tum tum tum.....

Isnin, 2 Julai 2012


(استغفر الله)

SAUDARA-SAUDARA SEISLAMKU,

MARILAH BERSAMA-SAMA KITA BERDOA SEMOGA RAKYAT ISLAM ROHINGYA DILEPASKAN DARI SEKSA DAN ANIYA. MUDAH-MUDAHAN KITA JUGA TIDAK DIBEGITUKAN.

MUDAH-MUDAHAN DOA SAUDARA-SAUDARA DIMAKBULKAN, AMIN.

TERIMA KASIH.

Jagindas:    

Tindakan terhadap etnik Islam Rohingya di 15 daerah di Arakan (Rakhine) begitu kejam kerana mereka dibunuh dan dirogol oleh penganut agama Buddha dalam usaha untuk menghapuskan etnik Islam di Myanmar.
            Selain itu, imam dan masjid serta rumah masyarakat Islam Rohingya dibakar oleh kumpulan tersebut membuktikan ia merupakan satu tindakan kejam dan mencabuli hak asasi kemanusiaan di negara itu.
            Kebanyakan pelarian yang menghadapi kebuluran kini berada di sempadan Bangladesh, tetapi Bangladesh tidak membenarkan pelarian Rohingya memasuki negara itu.
                                                                        [sumber: Utusan Malaysia]

PIBG BANTU! BUKAN NAIK HANTU

PETANG TADI, terperangkap dalam hujan, dalam sembang-sembang petang kami maka, tersebutlah kisah seorang pengetua sekolah menengah dimalukan oleh Pengerusi Persatuan Ibu-Bapa Dan Guru (PIBG) sekolah itu dikhalayak ahli majlis dan ibu bapa.
            Menurut cerita, pengerusi PIBG itu marahkan pengetua berkenaan berikutan komplen ibu bapa kepadanya terhadap beberapa tindakan pihak sekolah mengenakan beberapa  peraturan baru sekolah terhadap murid-muridnya. Kiranya pengerusi itu nak tunjuk hero lah..
            Tentulah ada sebabnya mengapa pengetua terbabit berbuat demikian. Apatah lagi, khabarnya pengetua itu seorang wanita dan baru sahaja memegang jawatan itu. Pengrusi itu seorang wanita dan bekas guru juga! 
            Dengan tindakannya itu, kononnya pengetua tersebut berasa amat malu sebab cara teguran yang dibuat oleh pengerusi itu tidak beretika, tiada diplomasi, kasar lagi memalukannya. Sebagai bekas guru, sudah hilangkah adab dan budibicara pengerusi itu sebagai manusia?
            Tidak kiralah apa saja status pribadi yang tuan-tuan ada, itu bukan tiket untuk tuan-tuan bertindak sebagai boss dan boleh berbuat apa sahaja mengikut rentak hati tuan-tuan. Kita minta orang lain menjaga marwah kita, tapi patutkah pula kita tidak menjaga marwah orang lain?
            Dan, tahukah pengerusi PIBG (dan untuk semua yang berjawatan itu) bahawa kedudukan tuan-tuan (puan/puan/Datuk-Datuk/ Datin-Datin/Tan Sri/Puan Sri) dalam organisasi sekolah adalah di bawah pengetua (susur luar) mengikut hairaki kepertanggungjawaban dan pengurusan.
            Secara bahasa kasarnya (kalau tak faham bahasa halus), sekolah adalah hak dan kepunyaan pengetua/guru besar. Mana-mana individu yang terkait dengan organisasi sekolah tidak boleh mengatasi kedudukan pengetua/guru besar. Kena faham maksud ayat itu betul-betul sebelum menyumpah seranah pihak sekolah.
            Tidak bolehkah tuan-tuan berbincang secara baik dan tertutup dengan pihak sekolah sebelum membuat sebarang keputusan?  Ingat dan fahamlah bahawa tugas utama PIBG adalah membantu membangunkan sekolah serta mengukuhkan kemuafakatan ibu bapa-guru dan bukannya mengacau dan memperlagakan sekolah dengan ibu bapa.
            Sama ada tindakan atau keputusan yang dibuat oleh pengetua itu yang padanya adalah untuk kebaikan murid-murid dan sekolahnya sesuai atau tidak, releven atau tidak, boleh atau tidak, disukai atau tidak, PIBG sewajarnya menarik perhatian kes itu untuk berbincang seterusnya mencari jalan penyelesaian secara dalaman.
            Masyarakat khalayak kena sedar serta faham bahawa kalau sekolah-sekolah dalam Malaysia ini tidak mempunyai PIBG sekalipun, sekolah tetap beroperasi seperti biasa. Pendidikan dan pembelajaran akan berjalan seperti biasa, peperiksaan juga akan berlaku seperti terjadual.
            Tidak lain tidak bukan, PIBG itu ditubuhkan untuk membantu proses pemantapan sekolah dan pemuafakatan antara ibu bapa dengan pihak sekolah.
            Dalam organisasi sekolah rendah mahupun menengah, boss hanya ada seorang sahaja iaitu guru besar atau pengetua. Kedudukannya sebagai penasihat PIBG bukan bererti taraf boss-nya hilang sama sekali bila dia berada dalam kelompok PIBG! Ada reti ka..?


JagindasPengetua tu tentunya dah kecil hati. Guru-guru pun turut bersimpati. Ingat semua mak bapak suka ke tindakan pengerusi PIBG tu..? sendiri fikirlah weh...