SEBELUM INI, saya ada menulis tentang kesan persepsi rakyat terhadap
kerajaan akibat perkhidmatan yang diberikan oleh sektor awam kepada orang
ramai yang ada antaranya didakwa
membosankan (Selasa/26 Jun, 2012- gelagat
penjawat awam bhg 1, 2, 3). Pendaman ketidakpuasan hati itu turut mengundang akibat
buruk ketika mereka berada di meja undi.
Laporan
akhbar hari ini pula menyebut, Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta, penjawat awam supaya sentiasa
mengambil sikap Cepat, Tepat dan
Integriti (CTI) sebagai panduan dalam melaksanakan tugas harian.
Disamping
itu beliau turut mahukan setiap penjawat awam sentiasa mencambahkan pemikiran
dan idea dalam usaha mempercekapkan produktiviti menerusi pemikiran kreativiti
dan inovasi.
Dengan
cara itu, katanya setiap penjawat awam akan tidak merasa sentiasa
cepat berpuas hati dengan pencapaian serta urusan harian atau selesa dengan kerja
rutin mereka. Justeru, katanya sektor
perkhidmatan awam perlu terus berusaha gigih secara terancang untuk
meningkatkan prestasi supaya rakyat berasakan kerajaan dan perkhidmatan awamnya
sentiasa dapat memberi kepuasan yang kian meningkat kepada masyarakat.
Benar Datuk
Seri, ramai yang bercakap Berkhidmat
Untuk Negara malah frasa itu
juga menjadi kata-kata hikmat pengakhir surat-surat rasmi jabatan/agensi
kerajaan, tetapi apa yang berlaku ramai yang Berkhidmat Untuk Keluarga.
Sebelum itu, negara laungkan Bersih,
Cekap dan Amanah, sampai
sekarang ketahap mana kita sekarang?
Ada pula
yang menambahkan frasa ayat itu sebagai Berkhidmat Untuk Negara Kerana Allah. Cantiklah tu, nampak macam Islamik, namun sekadar kata-kata
itu sahaja kah?
Perhatikan kes
yang paparkan Berita Harian (Ahad: 01 Julai, 2012, muka depan, ekslusif) tentang
harapkan pagar, pagar makan padi dimana warden dan polis terlibat dalam kes
pengedaran dadah di penjara-penjara.
Banyak lagi
contoh-contoh menconteng arang ke muka yang berlaku di jabatan-jabatan/agensi
kerajaan yang membuatkan bibir dan gigi rakyat terkepit keras berikutan tingkah
laku yang dimainkan oleh penjawat awam di sektor awam.
Pada masa
sama, sektor swasta juga tidak terlepas dari pemerhatian dan penelitian masyarakat.
Bagi khalayak, anda rebutlah kekayaan, rakyat tidak kisah namun jangan abaikan
tanggungan sosial anda terhadap rakyat dan negara. Bahawa, anda di situ kerana
adanya rakyat yang hidup sebagai pengguna dalam sebuah negara yang aman, stabil
dan mewah.
Justeru, Kongres
Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja
Malaysia (MTUC) wajar menginsafi
elemen-elemen seperti ini supaya pekerja-pekerja kita benar-benar menjalankan
tugasnya di atas amanah yang diberi demi negaranya.
Jagindas: syukurlah dan terima kasih
kerajaan.