Jangan Angkuh Ketika
Temui Penduduk
Namun, saya terfikir apakah pemimpin UMNO berkenan
dengan tulisan seperti itu kerana bagi saya kalau mereka nak berubah, hukuman
yang diterima dalam PRU12 sudah mampu mengajar mereka untuk kembali kepada
realiti politik setempat.
Tidak
mengapalah, tanggungjawab saya adalah mengabarkan. "Sampaikan walau sepatah ayat, meski pahit untuk ditelan"
- sebagai penulis, saya guna maksud ayat itu demi untuk kebaikan bersama.
Sebulan dua lalu, heboh dan sibuk negara mengagihkan
Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M), selepas itu saguhati jasamu dikenang
kepada bekas-bekas pejuang "home-guard,
tentera British" dan macam-macam lagi bantuan yang kerajaan salurkan
demi kesejahteraan rakyatnya. Pelajar, orang teksi semuanya dapat.
Saya
teringat, satu peristiwa seperti yang diceritakan kepada saya ketika orang UMNO
menyampaikan surat pemberitahuan kepada penduduk yang berjaya mendapat BR1M. Ada
lakunan menyakitkan hati dilakukan oleh orang UMNO. Barangkali pihak UMNO
Bahagian melantik beberapa pegawainya untuk menyampaikan surat-surat tersebut
dari rumah ke rumah bertujuan bertemu
penduduk secara dekat. Kira turun padanglah tu...
Semasa
menyampaikan surat tersebut, jawatankuasa yang diamanahkan akan menemui
penduduk dari rumah ke rumah dan terus menyatakan lebih kurang begini ayatnya: Saudara
terpilih untuk menerima BR1M yang disumbangkan oleh UMNO.
Inilah silapnya. Sumbangan tersebut
bukan UMNO yang beri, tetapi kerajaan Malaysia. UMNO mana ada duit
berbilion-bilon nak menyumbang kepada ahlinya jauh sekali rakyat negara ini.
Apakah jawatankuasa itu faham makna UMNO dan kerajaan? Mengapa dilupakan lembu sehingga itu sapi mendapat nama? Rakyat bukan bodoh lagi.
Itu
sebab, sebelum ini saya tulis, rakyat apa lagi orang UMNO kena faham istilah
kerajaan yang memerintah dengan parti sahsiah. Apabila kerajaan sudah
terbentuk, semua parti kompenan termasuk UMNO hanyalah agen Kerajaan Barisan
Nasional (BN), manakala jawatankuasa berkenaan adalah agen UMNO yang
menjalankan amanah kerajaan.
Maksud
saya, inilah antara suara angkuh orang UMNO yang menyakitkan hati rakyat.
Mengapa tidak cakap saja - saya mewakili kerajaan menyampaikan surat tawaran
ini kepada saudara...... bla, bla, bla.. Kalau dia orang UMNO okay lah, bagaimana kalau
dia golongan atas pagar? sekali lagi kita gagal merembat hati nalurinya.
Faham
tak, kalau UMNO yang beri, perlakuan ini boleh dikaitkan dengan rasuah politik
sebab UMNO adalah parti politik. Lain dengan kerajaan, apa-apa yang diberikan
kerajaan kepada rakyat adalah bersifat tanggungjawab tanpa mengira fahaman
parti politik rakyatnya. BR1M untuk orang UMNO sahaja kah atau untuk semua
rakyat yang layak?
Sebab
itu bila PAS beri sumbangan kepada rakyat kelantan dia tidak terasa itu sebagai
rasuah sebab kerajaan yang ada adalah kerajaan PAS. Tapi bolehkah PAS pusat
berbuat demikian kepada semua rakyat di negara ini? Bukan saja tidak boleh
malah tidak mampu!
InsyaAllah,
kalau jadi, tidak lama lagi BR1M ke dua akan diberikan pula. Jadi jagalah mulut
supaya apa yang diucap tidak menyakit hati orang ramai. Dalam keadaan sekarang, kita tidak dapat pastikan
dengan tepat siapa penyokong kita. Kita hanya beruasaha menarik perhatian
mereka supaya menyokong kita, bersyukur dengan nikmat yang disalurkan oleh
kerajaan yang bermurah hati sekarang.
Seperti
tengahari tadi, sewaktu saya menghadiri majlis tahlil di rumah jiran, beberapa
pak lebai, tok haji dan rakan-rakan mereka sibuk mempertikaikan kenyataan Tun
Mahathir yang meminta Datuk Seri Anwar (PKR) segera bersara. Marah-marah nampaknya
dan ada yang hempas surat khabar. Kesian SINAR...Pada hal sebahagian besar mereka itu adalah penerima BR1M
malah ada yang menerima RM3,000 saguhati jasamu dikenang sebagai bekas tentera
British tahun 50an.
Barang
diingat, kerajaan BN berhempas pulas memberikan khidmat yang terbaik untuk
rakyatnya, janganlah ada pula pihak yang merasakan macam bagus-bagus tetapi
sebenarnya menconteng imej kerajaan.
Jagindas: Kalau tak faham jangan cakap, buat kojer
ajer. Kalau tak Tau cakap ler tak tau, jangan tak tau buat buat tahu, itu yang
jadi haru biru tu! Ada faham ka kawannn..