Jumaat, 13 Julai 2012

KALAU SEKOLAH DIBERI KUASA AUTONOMI bgh 1


Tabung PIBG dan KLPS Wajar Bantu Sekolah    - (bhg. pertama)

BARU-BARU INI kerajaan ada mempelawa agar sektor swasta dan orang-orang perseorangan turut berkerjasama atau menyumbang kepada sekolah-sekolah terutama sekolah di luar bandar sebagai usaha membantu sekolah terbabit mempertingkatkan daya maju serta fasarana sekolah berkenaan.
            Pelawaan itu juga sekaligus berhasrat memupuk semangat sepunya antara masyarakat atau golongan berkemampuan dengan pihak sekolah dan turut membantu meringankan beban kerajaan dalam membangunkan kemudahan asas sekolah. Sekali gus, usaha itu juga menuntut negara memupuk rakyat menjiwai nilai-nilai murni mengenang jasa negara menerusi sumbangan rakyat kepada rakyat.
            Tidak kira apa sahaja niat kerajaan, namun apa yang penting ajakan itu amat bertepatan serta bersesuaian dengan kempen budi bahasa yang kita semai dan semangat kerjasama antara rakyat di negara ini.
            Kebiasaannya, penderma akan menyumbangkan wang ringgit kepada sekolah dan tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta tabung Kewangan Lembaga Pengurus Sekolah (KLPS) adalah antara saluran utama yang akan digunakan.
            Bagi mengawal selia serta ketelusan antara kedua-dua pihak (pemberi dan penerima), maka adalah dicadangkan supaya PIBG dan KLPS di kawal selia oleh pihak sekolah dengan menetapkan 30% daripada tabung PIBG dan 60% daripada tabung KLPS diperuntukan kepada sekolah sebagai bantuan penyenggaraan kecil.
           


Jagindas:    .. ke bahagian dua dan akhir

REHATKAN MINDA, TENANGKAN JIWA


MasyaAllah, Merdunya Alunan...



Jagindas:   Aaaminnnnnnn.....


Khamis, 12 Julai 2012

AKHIR SEBUAH IMPIAN....


Apa Punya Bangang Laaa
RAUT wajah Yahaya Ibrahim, keluar dari mahkamah selepas menceraikan isterinya, Che Hasnah Che Ahmad (kanan) dengan talak satu kerana tidak sefahaman tentang parti politik yang disertainya di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas, semalam. - UTUSAN/AIZZUL A. MAJID

Ingat dialog sebuah filem P Ramlee: Kecik-kecik tak nak mampus, dah tua-tua menyusahkan orang!    [cerita lanjut di sini].



Jagindas:   Bikin malu anak negeri  (pinjam dialog Ahmad Nisfu)


NAK KUASA AUTONOMI SEKOLAH?

KPM Tak Perlu Layan
Hasrat Pengetua & Guru Besar


Muhyiddin... KPM diharapkan tidak
tersilap langkah dengan isu autonomi

KESATUAN  Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB) baru baru ini ada mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberikan kuasa autonomi kepada pengetua dan guru besar untuk mengurus sekolah masing-masing.
            KGGMMB berpendapat langkah itu bertujuan memberi peluang kepada pengetua dan guru besar, lebih bebas mengurus sekolah masing-masing mengikut landsakap dan keperluan sekolah yang mereka tadbir termasuk yang berkaitan dengan kewangan dan penyenggaraan.
            Sementara itu, reaksi daripada pelbagai pihak hanya meminta KPM lebih berhati-hati sebelum melaksanakan program autonomi tersebut kerana ia dikhuatiri boleh mendatangkan masalah kepada banyak sekolah berikutan persepsi, kefahaman serta sikap pengetua dan guru besar yang tidak sama.
            Bagi saya, KPM tak perlu layan cadangan mahupun permintaan itu. KPM tidak perlu buang masa untuk memikir dan menimbang masalah tersebut. Bukan semua permintaan dan cadangan daripada kesatuan guru-guru ini bernas dan boleh membantu.
            Pengetua dan guru besar di negara ini masih belum sampai tahapnya untuk mengurus sekolah secara autonomi. Masih banyak kalangan mereka yang tidak pernah membaca pekeliling dengan sempurna malah ada juga yang tidak memahami maksud-maksud terkandung dalam pekeliling-pekeliling iktisas dan kewangan.
            Mereka juga masih ada yang kabur dengan dasar-dasar serta program baru KPM berikutan ramai kalangan mereka yang bertindak mengharapkan orang bawah dan pembantu pejabat yang menguruskan masalah tersebut. Malah dalam banyak hal, ramai pengetua dan guru besar yang "dibodohkan" oleh pegawai-pegawai bawahannya.
            Justeru, hal-hal semasa yang berkaitan dengan masalah pembangunan  dan transformasi pendidikan masa kini pun masih belum selesai dan jelas dalam minda guru-guru khususnya pengetua dan guru besar, maka adalah diharapkan KPM tidak melayan cadangan tersebut kerana ia akan menambah kekalutan dalam sistem pendidikan negara nanti.
            Kefahaman yang berbagai tetapi tidak menepati sasaran dan dicampuri pula campur tangan  orang orang awam (khsusunya ibu bapa) yang sentiasa peka melihat perkembangan pendidikan masa kini turut akan menambahkan lagi kemelut pendidikan negara yang akhirnya akan merosakan sistem sedia ada jika kuasa autonomi dilaksanakan secara tergesa-gesa.
            Contoh paling dekat yang sehingga sekarang tidak selesai-selesai adalah sistem inventory di sekolah-sekolah. Kalaulah di audit, boleh dikatakan semua sekolah masih gagal mematuhi pekeling tersebut. Itu baru satu perseribu daripada sistem yang ada! Jangan, jangan cari pasal, nanti SPRM tak cukup kakitangan nak buat kerja!


Jagindas:     Janganlah perasan bagus-bagus bang... Cuba tanya jabatan audit sekolah, macam mana prestasi audit kewangan sekolah-sekolah di negara ini.