Jangan Pisang Berbuah Dua Kali
(Siri 2 - akhir)
MENURUT rakan saya itu lagi, program
peningkatan membabitkan semua guru seperti itu akan memberi lebih banyak kelebihan dan keuntungan
kepada negara di mana pada masa sama KPM juga melahirkan guru Malaysia yang boleh
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
Apabila semua guru boleh berkomunkasi
dengan murid-muridnya menggunakan bahasa itu, proses pendidikan secara tidak
langsung akan berlaku apabila guru dan murid mampu menggunakan bahasa berkenaan
di luar proses pembelajaran wajib seperti dalam kegiatan kokurikulum, senaman,
permainan, perhimpunan dan berbagai kegiatan tidak rasmi yang lain.
Dengan kata lain, kaedah ini secara
langsung mewujudkan suasana persekitaran yang dipenuhi dengan budaya "berbahasa
Inggersi" di semua sekolah di negara ini tanpa perlu dipaksa-paksa.
Tidak dinafikan bahawa guru Bahasa
Inggeris akan terus bertanggungjawab mengajar dan mendidik murid-murid tentang
peradaban bahasa berkenaan manakala guru-guru lain pula adalah pemangkin yang
memberikan galakan moral kepada murid-murid untuk menguasai dan menggunakan
bahasa itu.
Apapun, kata rakan saya itu, kita
bukan mahu menjadikan pelajar kita pakar dalam bahasa Inggeris makanya
pendidikan sehingga ke peringkat lingusitik tidak diperlukan. Kita cuma mahu generasi
baru di negara ini boleh berbahasa berkenaan.
Seperti juga halnya pendidikan
bahasa melayu di sekolah-sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil. Tanggung
jawab pendidikan bahasa itu bukan hanya terletak ke atas bahu guru Bahasa Melayu
tetapi perlu ditanggung oleh semua guru di sekolah terbabit.
Bermakna, guru-guru lain juga perlu
mahir berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan tindakan itu membantu
murid-muridnya menguasai bahasa itu dengan lebih pantas. Keadaan beginilah
dikatakan membudayakan bahasa di sekolah. Ironinya, proses pembudayaan bahasa
hanya dipertangungjawabkan oleh guru bahasa berkenaan sahaja. Oleh kerana
itulah, kesannya kemahiran berbahasa Melayu (bukan pakar bahasa) menjadi begitu
lemah dilambat dicapai.
Justeru, menurut kenalan saya itu perbelanjaan yang besar seharusnya
membuahkan hasil yang lumayan. Oleh itu, belaiau mengingatkan KPM agar jangan
terlalu ghairah melaksanakan transformasi sebaliknya lebih berhati-hati supaya
wang dan tenaga yang banyak dilaburkan diharap dapat memberikan pulangan yang
memberangsangkan.
Sekali gus, adalah diharapkan apa
sahaja perancangan yang dibuat dan dilaksanakan, KPM hendaklah mengambil
pengajaran dan iktibar daripada beberapa kegagalan lalu agar pisang tidak
berbuah dua kali.
Jagindas: sedih sampai sekarang pun tak
pandai-pandai bahasa gomen... dok usung kamus kulu kelio (kehulu kehilir)!
hehehe