KEHARAMAN HARI INI, MODAL UNTUK ESOK!
|
NIK AZIZ...MB Kelantan |
Bila SPRM mula
menggeledah ke kawasan perlombongan haram tersebut, masing-masing menikus
terutama Menteri Besarnya sehinggalah pihak media meminta pejelasannya. Itupun,
sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja.
Sebagai contoh, cuba teliti jawapan Menteri
Besar Kelantan, Nik Aziz, bila ditanya wartawan tentang aktivitilombong haram
di negeri tersebut:
"Sedar,
sedar. Dah lama dah sedarnya. Saya pergi dua kali dalam hutan sejak tahun dulu
memang jumpa dengan orang yang duduk 'ayak' emas dengan tangan."Sekarang
ini khabarnya menggunakan jentera. Lebih berani lagi,"
[NIK AZIZ - Utusan Malaysia 15/7/12]
Malah, "sumbangan tutup sebelah
mata" oleh pemimpin pembangkang ini terutama Menteri Besarnya sendiri akan
akan dijadikan senjata jika mereka (pembangkang) kalah dalam Pilihan Raya Umum
(PRU13) nanti. Bagaimana pula saya
berfikiran begitu?
Mudah sahaja jawapannya. Apabila
Barisan Nasional (BN) kembali menawan negeri-negeri yang diperintah pembangkang
sekarang dalam PRU13 nanti, sudah tentu kerajaan akan menyusun dan menstruktur semula
pentadbiran, pengurusan dan pembangunan di negeri terbabit . Yang bengkok akan
diluruskan manakala yang rosak dan musnah akan dibuang mengikut apa yang
ditetapkan oleh undang-undang, peraturan dan restu rakyat pada keseluruhannya.
Justeru, apabila tindakan ini
berlaku, sudah tentu banyak pub,
kelab malam, pusat hiburan dan pusat sex bebas serta aktiviti-aktiviti
perniagaan dan industeri haram yang lain akan ditutup dan didakwa .
Tentunya tidak semua pusat hiburan atau
lombong-lombong emas dan pasir yang beroperasi sekarang akan diluluskan
lesennya dengan sebegitu mudah. Ada syarat dan peraturannya yang mesti dipatuhi!
Dapatkah dibayangkan apa yang berlaku selepas itu?
Jelas, protes akan berlaku. Mereka
akan mengaitkan masalah tersebut sebagai sumber rezeki sudah terancam.
Taiko-taiko pemodal, pelabur dan pelindung para balaci genster tentu kehilangan
pekerjaan.
Akhirnya, kerajaan akan diasak
dengan kecaman dan fitnah. Api-api domba akan bernyala lagi. Bara-bara dalam
sekam turut mewarnai dunia politik negara ketika itu. Empat atau lima tahun
bukan lama. Sampai masanya dendam akan terbalas. Kawasan-kawasan bandar akan kembali
bergolak dan jika kerajaan ketika itu gagal mengawal keadaan mungkin akan terlepas
lagi.
|
AZIZAN...MB Kedah |
Negeri Kelantan
misalnya, asakan api memfitnah tindakan kerajaan ketika itu akan menggunakan
projek lombong haram sebagai bahan dombanya. Rakyat akan digambarkan susah dan
menderita akibat peraturan kerajaan pusat.
Kerajaan akan dikecam bahawa betapa benarlah kerajaan pusat yang ada
sekarang sebagai zalim dan rakus. Kebencian kembali menular, akhirnya selepas
empat dan lima tahun kemudian, dendam kembali mengambil tempatnya.
Dengan kata lain, inilah yang saya
katakan semasa pemerintahannya, pembangkang telah menyediakan "modal"
untuk pemimpin dan rakyatnya gunakan jikalau mereka kalah dalam PRU yang akan
datang ini.
Teknik memberikan tekanan mewujudkan
"suasana serba salah" ini sememangnya menjadi permainan politik rasis
mereka. Malah, sebelum inipun kerajaan telah banyak menerima tekanan seumpama
itu menerusi saluran NGO-NGO yang menjadi tulang belakang pembangkang.
Justeru, kerajaan BN hari ini bukan
sahaja berhempas pulas untuk merampas kembali negeri-negeri yang telepas malah
terpaksa memikir bagaimana untuk menawan pemikiran yang mapan keseluruhan
rakyat supaya menerima sebuah negara yang beradab, berperaturan, berperundangan
dan sebuah negara yang berdaulat!
Majoriti rakyat di negara ini masih
mengharap dan memerlukan BN menang. Dan, sememangnya kita perlukan kemenangan
yang besar. Selamat berjuang!
Jagindas: .... "itu harta Ahmad Albab yang
punya! hahahahahaha"