Rabu, 18 Julai 2012

PERASAN - Senda Gurau hari ini


Jangan Perasan Macam Bagus-Bagus !

                Di sebuah bandar, ada seorang bujang begelar Datuk. Kaya raya orangnya. Rumah besar, kereta besar, gedung besar. Pendek kata semuanya besar dan gah! Dia punya seorang gaji perempuan yang menjaga makan minumnya, kira muda juga lah.
                Suatu malam dia balik lewat kira-kira pukul 4 pagi. Pagi itu dia tergopoh gapah kerana terbangun lewat. Dia ada temujanji dengan menteri pukul 10 pagi. Setelah bersiap-siap, sepantas kilat dia turun dari bilikya ke ruang sarapan dimana orang gajinya sedang menunggu untuk melayannya.
                Dek kerana terlalu tergopoh gapah, Datuk tadi terlupa nak menutup zip seluarnya. Satu perangai Datuk ni, dia tak suka pakai sepender. Sesampai sahaja di ruang sarapan, dia terus duduk dan orang gajinya terus menghampiri untuk menuangkan air teh. Lalu, dia terpandangkan sesuatu yang memalukannya. Namun, demi menjaga maruah majikannya, maka orang gaji itu pun pura-pura bertanya:

Orang Gaji:     (sambil termalu-malu)
                        Maafkan saya Datuk, boleh saya bertanya satu soalan?

Datuk:              Oh, tak apa, tanyalah.

Orang Gaji:     Adakah Datuk terlupa menutup garaj kereta malam tadi?

Datuk:              (sambil memandang orang gajinya)
                        Tidak pulak.  Saya rasa saya dah tutup garaj itu,  mengapa?

Orang Gaji:     (sambil menjeling penuh makna)
                        Datuk Pasti?

Datuk: (dia memikir pertanyaan yang agak aneh itu. Sambil mengingat kembali garaj keretanya dia tertunduk lalu terlihat akan zip seluarnyanya yang tidak dikunci. Dengan agak tergagap dan malu diapun menjawab)                    
              Oh, Ya, Ya..Orait, ok, ok,  
              adakah awak melihat kereta Jaguar saya di dalamnya?                         

Orang Gaji:     (sambil tersenyum dan bersahaja..)
              Tidak Datuk, saya cuma nampak Sebuah Fiat 600cc model 1965

Datuk:              (Tersengeh, cepat-cepat minum dan terus keluar)

Orang Gaji:     (suara perlahan-lahan)
                        P e r a s a n    L a     t u.....

[Nak tengok Fiat 600 cc klik sini. Bandingkan pulak Jaguar yang diperasan oleh Datuk tu Klik sini. Hahahaha... perasan la pulak weh! Anda bagaimana?]

Jagindas:   walaupun kita punya wang, harta dan kuasa tidak bermakna kita memiliki segala-galanya... Jangan perasan la....hehehehe, only Fiat 600cc????

O..SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR (SYABAS):


SYABAS Kena Belajar Lagi Dengan Khalid

AGAKNYA rakyat Singapura ketika ini, sambil meneguk coca-cola, teh atau kopi mahupun beberapa cangkir bir, dengan senyum barangkali juga sedang berdekah-dekah ketawa sesama mereka apabila membaca berita Selangor menghadapi krisis air bersih.
            Apalagi, mungkin dalam setahun dua ini jika kerajaan Selangor tidak bertindak segera, maka rakyatnya mungkin "kehausan". Pelbagai industeri, kedai makan, restoran dan kilang-kilang bahan makanan mungkin akan ditutup sebab tidak ada air bersih secukupnya untuk menjalankan kegiatan itu. Tiada kereta di jalan raya kerana dikhuatiri injin akan kepanasan Dahsyatnya!
            Kalaupun pihak kilang dan industeri terpaksa memperoses air sendiri untuk kegunaan masing-masing maka sudah tentulah harga barangan yang dihasilkan akan menjadi mahal.
            Kalaulah sebarang mungkin benar-benar rakyat Singapura, terutama pemimpin-pemimpinnya sedang mentertawakan Malaysia khususnya Selangor kerana gagal memulihkan masalah air bersih di negeri itu, sebenarnya Singapura memang berhak berbuat demikian.
            Ini kerana, ia adalah sebuah negara yang tidak mempunyai sumber bekalan air bersih yang mencukupi namun tidak pernah mengalami masalah tersebut berikutan kebijaksanaan pemimpinnya menjaga keperluan asas rakyatnya untuk hidup. Rakyat didahulukan!
            Tidak seperti di Selangor, masalah air dianggap tidak serius pemiminnya sebaliknya isu ini dijangka mampu menambahkan lagi sokongan rakyat kepada kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya akan datang (PRU13).
            Khalid Ibrahim adalah antara cendikiawan yang berjaya menjadikan isu air  sebagai aset untuk memastikan PR terus menguasai Selangor. Khalid adalah orang koperat yang berjaya. Cuma sejak akhir-akhir ini sahaja ramai yang tersasul sebut Khalid seorang keparat.
            Syabas dan tahniah kepada anda dan seluruh juak-juak anda sekelian. Syabas juga kepada rakyat Selangor. Dan, kepada SYABAS (syarikat bekalan air selangor), anda adalah syarikat paling malang dan masih bodoh dalam sejarah pengurusan air Selangor. Oleh itu tutuplah kedai dan belajar lagi dengan Khalid Ibrahim yang berpengalaman luas.
             
Jagindas:      bercadang pergi ke Singapura nak belajar projek guna semula air kecing sebagai air minuman 

Selasa, 17 Julai 2012

ISU TELEFON BIMBIT BUDAK SEKOLAH


Diharap Tidak Membebankan Guru
Pelbagai jenis telefon bimbit di pasaran sekarang
 Menurut laporan akhbar hari ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong, berkata Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit (hp) dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Ulasan Jagindas:
           
1.  Tentunya, kementerian akan membuat garis panduan kawalan bagi mengawal kepenggunaan dan keselamatan serta hal-hal yang berkaitannya supaya kebenaran peralatan itu dibawa murid sekolah adalah demi untuk kepentingan sejagar dan keselamatan murid terutama selepas waktu rasmi persekolahan. Dalam hubungan itu, pihak sekolahlah yang akan dipertanggungjawabkan untuk mengawal selianya. Formulanya? Kita tunggu pekeliling iktisas.

2.         Bermakna, bertambah lagi tugas sekolah menghadapi masalah disiplin sekolah. Ketika ini pun banyak masalah disiplin yang gagal dikawal selia oleh pihak sekolah maka dengan kebenaran membawa telefon bimbit dijangka akan menambahkan lagi masalah berkenaan.

3.         Antara peristiwa yang dijangka akan berlaku adalah: pergaduhan antara murid atas sebab-sebab kehilangan hp, merosakkan hp, rakaman perkara yang tidak senonoh, pemantauan penggunaan di asrama (pelbagai hal akan berlaku menerusi alat komunikasi itu).

4.         Masalah antara ibu bapa - bila berlaku pinjam meminjam menyebabkan cepat habis kredit. Akan timbul pula masalah sosial lain.

5.         Orang dewasa pun sukar untuk mendisiplin diri inikan pulak budak-budak sekolah. Mampukan guru menguatkuasakan undang-undang/peraturan kepenggunaannya nanti sedangkan masalah disiplin dan sosial sedia ada pun sukar untuk pihak sekolah untuk menanganinya lebih-lebih lagi berhadapan dengan sikap ibu bapa sekarang yang "bijak pandai" semuanya.

6.         Saya tidak nampak penting sangat masalah penggunaan hp ini di kalangan murid sekolah pada waktu persekolahan dan hairan mengapa hal seremeh ini pun boleh masuk dalam agenda transfomasi pendidikan dalam ruang disiplin!

7.         Kalau setakat perhubungan antara murid dengan ibu bapa, bukankah lebih baik mengaturkan dengan pihak swasta (telekomunikasi) yang membekalkan telefon awam di sekolah-sekolah dengan jumlah yang berpadanan. Rasanya, tidak semua murid memerlukan alat perhubungan itu dalam satu-satu masa!

8.         Apapun, kalau nak diluluskan juga, LULUSKAN lah, itu hak Kementerian Pelajaran Malaysia. Tetapi,  jika berlaku perkara berbangkit, apalagi yang akan menambah pening pihak sekolah dan guru, jangan pula ia dikaitkan dengan kelemahan guru mengawal keadaan. Sebab, masalah itu sebenarnya kita yang 'import'. Makna kata, kementerian yang patut bertanggungjawab sepenuhnya.

9.         Selamat membuat keputusan yang bernas. Saya harap semua keputusan tidak ada satu pun yang tersilap putus setelah membabitkan lebih 10,000 orang dalam Dialog Nasional Pendidikan Negara sejak April lalu.


Jagindas:   biasanya sesuatu dasar yang telah diluluskan dan diterima, susah untuk di tarik semula....

GILA TALAK DAH..


Jadi Jadilah Tu Pak Ya dan Mak Senah Hoiii..

YAHAYA DAN CHE HASNAH..... berpisah sudah,
jangan diungkit lagi perkara yang sudah-sudah

APAHAL pulak ni Pak Yahaya? Dah bercerai sudah lah, tak payahlah nak kata mengata dan ungkit mengungkit lagi. Nak buat macam mana dah terjadi. Kuasa terima nikah dan turun cerai itu adalah hak lelaki (sumi). Awak yang terima nikah dulu dan awak yang lafazkan talak kan? Tidak timbul soal siapa mintak? Kalau dia minta keluar air mata darah sekalipun, kalau awak tak lafaz (tak beri), akan terjadikah perceraian itu? - [di sini]


Sudah-sudahlah....Mediapun, please la, close story la... 

Jagindas:   Itu dah macam ada tanda-tanda nak gila talak. Sabar Pak Ya, sabar. Astaghfar banyak-banyak...