Khamis, 19 Julai 2012

MINTAK BUKTI

TUN MAHATHIR .... apa bukti saya diktator?

Tun M Diktator

Salah sebuah akhbar perdana hari ini memaparkan pertanyaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, yang meminta pelawat bloggnya, di http://chedet.cc, supaya menunjukkan bukti bahawa sepanjang pemerintahannya beliau adalah seorang diktator disini.
            Barangkali sebagai menidakkan dakwaan itu, Tun turut memberikan beberapa contoh pemimpin dunia terdahulu yang baginya lebih "keras" sikap pemimpin berkenaan terhadap rakyat berbanding beliau ketika memerintah dulu.
            Bagi saya, buat apa kita nak perbahaskan atau mengungkit-ungkit lagi kisah lama seperti itu. Kepada orang awam, Tun kini dah bersara dan tidak ada kaitan langsung dengan pentadbiran kerajaan sekarang yang diterajui oleh DatukSeri Najib Razak.
            Kalau saudara-saudara ungkit skalipun, ia tidak lebih dari melepaskan dendam dan amarah yang dulu-dulu terhadap beliau yang mana tuduhan yang dibuat adalah berdasarkan perspektif minda  masing-masing.
            Begitu juga kepada Tun, cukuplah sekadar menafikan jika benar tuduhan itu tidak benar. Tak payahlah hendak minta-minta kemukakan bukti pulak. Buat apa hendak dipolimikan hal-hal seperti ini.
            Kalau ya sekalipun dakwaan itu, hendak buat apa? Masa dah berlalu, segala-galanya sudah menjadi sejarah. Dan, kalau tidak benar sekalipun dakwaan itu, hendak buat macam mana pula? Saman? Atau terus berpolimik di media-media? Untuk apa kesudahnya?
            Bagi saya bukan layak Tun nak melayan dakwaan seperti itu..Biarkanlah mereka meraban melayan nafsu mereka itu!

Jagindas:   Kadang-kadang budak-budak yang suka merengek-rengek nak itu nak ini, kita kena biarkan sahaja, jangan layan sangat. Lama-lama dia letih, diamlah dia atau tertidur terus....

IMBUHAN


Buat Perangsang...
NAJIB..... Rakyat didahulukan..

MALAM tadi selepas sembahyang magrib, saya dan keluarga sempat sama-sama menonton 'BERITA TV'. Macam-macam cerita ada. Seronok ada, ngeri ada bahkan yang menakutkan pun ada. Habis sahaja berita, kami sekeluarga makan malam. Sambil-sambil makan, macam biasa saya akan memberikan nasihat dan perangsang kepada anak-anak.
            Saya bercakap tentang pendidikan, masa depan negara, politik dan ekonomi. Dalam sembang-sembang itu, saya bagi tau anak saya kalau dia mahukan motosikal yang baru, dia kenalah tunjukkan kecemerlangannya dalam pelajaraN untuk semester ini.
            Tapi sebaliknya dia mencadangkan supaya saya membelinya sekarang juga. Katanya, pemberian piano baru itu nanti boleh jadi perangsang kepada dia untuk belajar lebih kuat lagi.
            "Kalau kamu buat sambil lewa kemudian dapat keputusan tidak bagus, macam mana? Takkan ayah nak jual balik motosikal  tu, tentu akan jadi lain ceritanya pulak?", saya cuba pusing pandangan dia.
            "Ayah ni, hari-hari tengok berita pun tak faham-faham lagi ke? Cuba ayah contohi Datuk Seri Najib, pilihan raya tak tau bila lagi, tapi dia dah bagi macam-macam kepada rakyat. Bukankah itu sebagai perangsang untuk orang lebih kuat berkerja untuk kerajaan?"
            "Kalau BN ditakdirkan kalah nanti, tak kan lah Najib nak mintak balik kut?", anak saya pulak cuba pusing minda saya. Budak form six, dah matang. Biasalah..
           

Jagindas:   Saya cuma jawab:  Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan!

Rabu, 18 Julai 2012

HUDUD

Gambar Hiasan

Hukuman Untuk Semua Pelaku

SEHINGGA ke hari ini, mana-mana individu bukan Islam yang melakukan khalwat mahupun zina bersama individu beragama Islam di nagara ini tidak akan dikenakan sebarang hukuman civil mahupun syarak. Hukuman hanya akan dikenakan ke atas individu Islam sahaja.
            Ini kerana, kesalahan itu dirujuk kepada enakmen civil syariah yang membawa maksud hukuman hanya tersabit kepada individu yang beragama Islam sahaja.
            Namaun, ramai yang berkata, tindakan tersebut tidak adil dan menyifatkan hukuman tersebut sebagai galakan orang bukan Islam menghina atau mempermainkan agama Islam sedangkan Islam adalah agama rasmi negara ini.
            Dengan mengetatkan dasar hukuman itu ia juga dipercayai dapat mencegah orang Islam daripada melanggan pelacur berikutan kedua-dua pihak turut dikenakan tindakan sama jika didapati bersalah.
            "Jika Islam sudah termaktub dalam perlembagaan sebagai agama rasmi negara, maka semua peingkat rakyat mesti menghormatinya, kerana dalam masa sama kita juga tidak mengganggu atau menghina agama lain di negara ini"
            "Oleh itu, individu bukan Islam yang melakukan khalwat dan zina dengan orang Islam di negara ini wajar dikenakan hukuman yang sama bagi mengingatkan mereka bahawa agama suci itu tidak boleh diperlekehkan", demikian antara pendapat orang ramai mengenai isu tersebut.
            "Hukuman itu juga nanti turut menyebabkan pelacur bukan Islam tidak mahu menerima pelanggan dari kalangan lelaki Islam bagi mengelakan dikenakan tindakan yang sama jika mereka ditangkap"
            Justeru, kerajaan dan Jabatan agama Islam diminta mengkaji semula enakment jenayah syariah berkenaan supaya ia lebih adil sekali gus memberi didikan kepada semua rakyat di negara ini supaya tidak begitu sewenang-wenangnya melakukan perbuatan terkutuk itu.
            Menurut mereka jika kerajaan bercadang untuk mewujudkan hukum hudud, langkah tersebut adalah antara yang bersesuaian bagi kes-kes seperti itu berdasarkan kedudukan agama Islam dan masyarakat majmuk di negara ini.
            Sementara itu, dalam perkembangan yang sama orang ramai juga meminta kadar denda bagi kes tersebut hendaklah dikenakan secara mandatori dan kadarnya di tinggikan kerana jumlah yang dikenakan sekarang disifatkan 'kacang putih'.

Jagindas:         tengah bodek orang rumah nak menikah satu lagi, hehehe

MACAM TU LAH CARANYA, FIRDAUS!

FIRDAUS.... campak ke sungai kedah

Buang atau Bagi Steamroll Lanyak

Dengan menganggap kenyataan dari mulut Firdaus Abd Razak, Atlet Angkat Berat Negara, itu adalah benar, di sini, maka inilah komen saya.  Tapi, kalau memang beliau makan dadah, dia adalah orang yang paling bodoh dalam Malaya!

1.         Tahniah kepada Firdaus kerana membuat keputusan dan tindakan yang tepat.
2.         Tindakan anda adalah demi marwah diri. Marwah diri lebih besar daripada marwah sukan hatta peringkat negara sekalipun.
3.         Sesiapa pun jangan benarkan mereka perkudakan kita. Jika ada orang yang perlukan kita, dia mesti menghormati dan sayang kepada kita. Jika tidak, bairkan dia pergi.
4.         Tiada cara lain untuk mengajar persatuan-persatuan sukan negara kita melainkan 'palam'  sahaja jika banyak sangat hal dan karenahnya.
5.         Ingat pantun Hang Tuah:
                                               
                                                Baik-baik mengail tenggiri,
                                                jangan terkena ikan parang,
                                                baik-baik merendah diri,
                                                jagan menjadi hamba orang!


Jagindas:   baru depa ada akai nohhhhh.. Tapi kalau memang lu masukkan dadah gua sokong depa palam hang sampai lunyai, tau! Baru padan muka hang dan rakan-rakan yang seumpamanya..