Khamis, 26 Julai 2012

RAIKAN BULAN MERDEKA


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


MALAYA MERDEKA - Zaharah Agus


Sempena sambutan bulan merdeka kali ke 55 ada baiknya orang melayu menghayati lagu ini sekurang-kurangnya marilah sama-sama kita menghalusi kembali bagaimana siksanya pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air membebaskan negara (malaya ketika itu) daripada cengkaman penjajah - British, Jepun dan Komunis.

Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini saya mengajak saudara-saudari menghadiahkan sepotong Fatihah buat pejuang-pejuang tersebut yang telah terkorban demi tanah air bumi bertuah ini yang kemudian dimasyhurkan sebagai Malaysia.

Sesungguhnya, mereka telah menggadaikan nyawa demi marwah bangsa, negara dan agama Islam, apalah sangat dengan sedekah Fatihah untuk mereka tanda syukur dan terima kasih kita yang mengecap nikmat kemerdekaan hasil daripada perjuangan mereka itu...

AL FATIHAH...


Jagindas:   Semoga negaraku aman dan sentosa kekal selama-lamanya. Hidup MELAYU!!

JANGAN MAIN MERCUN!

GAMBAR HIASAN: gelap masa depan remaja ini

ELAK JADI O.K.U BUATAN SENDIRI

BIASANYA, masuk sahaja bulan puasa, pada hari pertama puasa sudah ada yang putus jari, pecah kepala dan macam-macam kecederaan lagi akibat bermain mercun buatan sendiri. Malahan ada yang sehingga meragut nyawa.
            Selalunya, peristiwa ngeri ini banyak berlaku di kawasan pantai timur. Namun pada puasa kali ini setelah enam hari berpuasa belum lagi ada berita seumpama itu berlaku dilaporkan. Alhamdulillah, baguslah. Nampaknya ibu bapa, orang dewasa, remaja dan kanak-kanak semakin faham akan bahaya dan bahana mercun.
            Harap-harap kesedaran seperti ini biarlah beterusan dan bukan sahaja sepanjang bulan puasa malah biarlah sampai bila-bila. Kalau nak mati atau cacat sekalipun biarlah dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan dan bukan penyakit yang sengaja ditempah-tempah.
            Justeru, langkah polis mengetatkan kawalan kemasukan, penjualan dan pemilikan mercun di negara ini amatlah dialu-alukan. Bukan raya melayu sahaja, semua perayaan pun jangan bagi peluang. [sini] Jangan pulak ada tapi-tapinya...
RAMPAS....pelbagai mercun yang dirampas 
            Kalau boleh, semak balik undang-undang kita, kut-kut ada yang boleh kita jadikan hukuman mandatori kepada penjualnya kalau tidak pun hukuman mati, kenakan dia penjara 15 tahun ke atas! Kalau dia berniaga, batalkan lesen niaganya seumur hidup. Kalau dia berkenderaan, batalkan lesen memandunya seumur hidup dan rampas kenderaannya.
                  Kenakan denda sehingga 10kali nilai barang rampasan atau RM20,000 mana yang tertinggi.
          Nampak macam zalim. Pada mula-mula menguatkuasakan undang-undang memang orang akan kata begitu, tapi bila dah lama-lama dan nampak kesan positifnya, rakyat akan suka dengan hukuman semacam itu. Tapi, jangan masukan unsur politik, sudahlah..., mesti tak jadi punya!


Jagindas:       .... sebab ada yang jual, maka itu sebab ada yang beli! Jadi yang jual tu kita balun cukup-cukup dulu,  baru dia akai!   Tapi ingat.. jgn pulak anak penguatkuasa mewah bermain mercun.!

RUMAH MAMPU MILIK


Harga Rumah Di Perak Terkawal (?)

RAKYAT di negeri ini berpendapat harga rumah yang dibangunkan di beberapa kawasan perumahan baru agak tidak munasabah dan ia tidak membantu golongan berpendapatan sederhana khususnya orang melayu untuk memiliki rumah sendiri berbanding pendapatan dan tanggungan mereka sekarang.
            Menurut mereka, pemaju lebih cenderong membina rumah mewah dan separa mewah yang harganya pada jurang RM250,000 dan 450,000 seunit sedangkan kawasan perumahan tersebut berada dalam lingkungan penempatan orang melayu.


Sehubungan itu, mereka bimbang akan berlaku ketidak seimbangan pemilikan rumah di kalangan rakyat di negeri ini atau kouta bumiputera akan terlepas kepada orang lain berikutan orang melayu tidak mampu untuk memilikinya.
            "Meskipun ada kouta, namun pada tempoh tertentu kouta itu juga akan dilupuskan dan ia akan menjadi milik orang lain yang akibatnya akan berlaku tidak ada orang melayu mendiami di satu-satu kawasan perumahan baru berikutan harga rumah yang mahal.
            "Kita percaya, kaedah membina rumah mewah dengan harga yang mahal adalah satu taktik halus pemaju untuk memonopoli sesuatu kawasan penempatan atau perumahan baru supaya orang melayu tidak mendiami kawasan berekenaan,"
            "Kita sibuk bercakap tentang negeri lain seperti Pulau Pinang yang mengekang orang melayu tinggal dibandar dengan meninggikan harga rumah, namun pada masa sama kita rasa Perak juga semakin hampir dengan keadaan seperti itu," Kata seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mat Kuntan.
            Mereka melahirkan kebimbangan demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kader, baru-baru ini, sebagai berkata negeri Perak sentiasa mengawal harga rumah dan hartanah bagi mengelak ia dimanipulasi oleh pemaju dan memastikan rakyat di negeri ini mampu memiliki rumah sendiri.
            Sehubungan itu, penduduk mahu kerajaan negeri melihat semula secara realiti semua kawasan penempatan baru dan pembangunan baru di negeri ini terutama di kawasan yang berhampiran dengan penempatan majoriti orang melayu supaya golongan itu tidak terpinggir untuk memiliki rumah sendiri di situ.
           
              
Jagindas:   Datuk Seri, ye ke apa yang Datuk cakap tempoh hari tu, dan benarkah pula apa yang rakyat kata ni? Kena semak balik Datuk Seri. Kerahkan semua pegawai daerah buat 'home-work' sikit jangan dok syok sign surat jer weh..!


NASIB KEDAI RUNCIT DI DESA


Pasaraya Malapkan Masa Depan Pekedai Runcit

ANTARA PASARAYA yang popular sekarang


KALANGAN pekedai runcit di kampung-kampung dan pekan-pekan kecil mengeluh berikutan  perniagaan mereka merosot sejak akhir-akhir ini berikutan wujudnya beberapa  pasaraya besar yang menawarkan pelbagai pilihan serta harga yang lebih murah seperti Pasaraya Maidin, Tesco dan Giant.
            Menurut mereka, kesedaran pengguna terhadap dasar berjimat cermat dan nilai wang semasa berbanding barangan keperluan yang hendak dibeli menyebabkan mereka kini lebih berminat memilih pasaraya besar seperti itu untuk membuat stok di rumah masing-masing berbanding membeli barangan keperluan secara harian di kedai runcit tempatan.
            Sehubungan itu, mereka berkata sejak kebelakangan ini perniagaan pekedai runcit mengalami penurunan ketara namun belum sampai ke peringkat kerugian besar.
            "Pada awal bulan orang ramai lebih gemar membeli borong barang keperluan harian di pasaraya seperti itu untuk simpanan kerana ia lebih murah berbanding membelinya secara harian di kedai-kedai runcit.
            "Manakala kami pekedai runcit tidak mampu menandingi harga yang ditawarkan oleh pasaraya berkenaan kerana adakalanya kami juga mendapatkan bekalan daripada pasaraya terbabit apabila ia menawarkan harga yang lebih rendah pada satu-satu masa," katanya.
            Tinjauan kulukelio.blogspot.com ke beberapa kedia runcit sekitar Batu Gajah, Manjoi, Kampar, dan Bota, mendapati keadaan kedai runcit di situ tidak sesibuk tahun-tahun lalu terutama pada musim bulan puasa berikutan ramai kalangan penduduk menumpu ke pasaraya pada awal dan pertengah bulan bagi mendapatkan stok barangan keperluan.
            Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Mamat, berkata dia sekarang tidak perlu lagi membuat buku kira-kira harian disebabkan perniagaannya kini amat merosot berbanding sebelum wujudnya pasaraya besar di sekitar tempatnya berniaga.
            "Sebagai contoh, bayangkan pada satu-satu ketika harga sebiji epal boleh mencecah lima sen sebiji...", katanya yang bimbang pendapatan hariannya sekarang dikhuatiri tidak mampu membayar balik pinjaman bank.
           

Jagindas:   Inilah yang dinamakan menang-menang. Kerajaan memikirkan kepentingan rakyat secara keseluruhan, namun pada masa sama peniaga-peniaga marhain juga diharapkan tidak gulung tikar. Syyyyyyy..... jangan lupa bayar zakat ye!