Harga Rumah Di Perak Terkawal (?)
RAKYAT di negeri
ini berpendapat harga rumah yang dibangunkan di beberapa kawasan perumahan baru
agak tidak munasabah dan ia tidak membantu golongan berpendapatan sederhana khususnya
orang melayu untuk memiliki rumah sendiri berbanding pendapatan dan tanggungan
mereka sekarang.
Menurut mereka, pemaju lebih
cenderong membina rumah mewah dan separa mewah yang harganya pada jurang
RM250,000 dan 450,000 seunit sedangkan kawasan perumahan tersebut berada dalam
lingkungan penempatan orang melayu.
Sehubungan itu,
mereka bimbang akan berlaku ketidak seimbangan pemilikan rumah di kalangan
rakyat di negeri ini atau kouta bumiputera akan terlepas kepada orang lain
berikutan orang melayu tidak mampu untuk memilikinya.
"Meskipun ada kouta, namun pada
tempoh tertentu kouta itu juga akan dilupuskan dan ia akan menjadi milik orang
lain yang akibatnya akan berlaku tidak ada orang melayu mendiami di satu-satu
kawasan perumahan baru berikutan harga rumah yang mahal.
"Kita percaya, kaedah membina
rumah mewah dengan harga yang mahal adalah satu taktik halus pemaju untuk
memonopoli sesuatu kawasan penempatan atau perumahan baru supaya orang melayu
tidak mendiami kawasan berekenaan,"
"Kita sibuk bercakap tentang
negeri lain seperti Pulau Pinang yang mengekang orang melayu tinggal dibandar
dengan meninggikan harga rumah, namun pada masa sama kita rasa Perak juga
semakin hampir dengan keadaan seperti itu," Kata seorang penduduk yang hanya
mahu dikenali sebagai Mat Kuntan.
Mereka melahirkan kebimbangan demikian
ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kader,
baru-baru ini, sebagai berkata negeri Perak sentiasa mengawal harga rumah dan
hartanah bagi mengelak ia dimanipulasi oleh pemaju dan memastikan rakyat di
negeri ini mampu memiliki rumah sendiri.
Sehubungan itu, penduduk mahu
kerajaan negeri melihat semula secara realiti semua kawasan penempatan baru dan
pembangunan baru di negeri ini terutama di kawasan yang berhampiran dengan penempatan
majoriti orang melayu supaya golongan itu tidak terpinggir untuk memiliki rumah
sendiri di situ.
Jagindas: Datuk Seri, ye ke apa yang Datuk cakap tempoh hari tu, dan benarkah pula apa yang rakyat kata ni? Kena semak balik Datuk Seri. Kerahkan semua pegawai
daerah buat 'home-work' sikit jangan dok syok sign surat jer weh..!