Isnin, 30 Julai 2012

DAH MASUK SAYANG..


Sembang Konotasi Di Siang Ramadhan

MASAK memasak dan siap. Cuma tunggu masuk waktu berbuka sahaja. Pasangan suami isteri ini berehat dan barangkali ada satu dua perkara dibuat mereka. Yang jelas perbualan mereka:

Isteri:  Masukanlah bang...tolongla

Suami: Yalah, nak masuk la ni. Susah sikit sebab hujungnya lembik.

Isteri: Guna air liur sikit bang, nanti dia keras la..

Suami: Ha..a..... Alamak..... keciknya lubang..

Isteri: Pelan-pelan bang..Pelan-pelan, Ok, Ok.. terus, terus, terus bang..

Suami: Uhhh... masuk dah sayang....

Isteri: Tarik bang...tarik! Oraaitttt! Terima kasih bang.., nanti abang masukkan lagi ye.. Sayanggg abang!


(melampau depa ni! Nak tengok apa kerja tak senonoh dibuat oleh pasangan itu pada siang-siang puasa ni, KLIK SINI.)


Jagindas:   letih..

MOREH MODEN

SUASANA BERBUKA DI MASJID ... Gambar Hiasan

Untuk Jemaah Masjid Sahaja, Yang Lain Tak Boleh!

Selepas sembahyang taraweh, malam tadi saya sempat berborak-borak sebentar dengan beberapa rakan sambil meneguk teh tarik di sebuah warong berhampiran masjid.
            Tidak ada isu yang nak disembangkan cuma seorang rakan menceritakan tentang gelagat tukang masak moreh tahun ini di masjid berkenaan.
            Katanya, pada puasa-puasa yang lalu, dalam lingkungan pukul lima petang ke atas, akan datang beberapa orang ke masjid, biasanya kanak-kanak, membawa sebuah bekas plastik (taperware) untuk mengambil sedikit lauk atau juadah yang dimasak pada petang itu untuk dibawa ke rumah.
            Apa yang menjadi kekesalan rakan saya itu adalah apabila anaknya datang pada petang kelmarin, di suruh balik oleh penyedia makanan berbuka dengan alasan semua makanan tersebut sudah dikhaskan untuk jemaah yang berbuka di masjid sahaja.
            Soalnya, takkanlah sedikit lebihan pun tak ada. Berdasarkan tahun-tahun sebelumya, masakan moreh di masjid itu biasanya ada lebih dan ia memang diagihkan kepada ahli kariah yang datang untuk mengambilnya.
            Katanya, selepas pukul lima petang, biasanya tukang masak sudah siap mengasingkan sejumlah bahagian untuk jemaah dan selebihnya akan diberikan kepada sesiapa yang datang untuk dibawa pulang ke rumah.
            "Apa salahnya bagi sesenduk dua gulai tu, bebudak nak makan. Tak kesian ke tengok budak tu datang dengan penuh harapan untuk mendapatkan gulai kari buat berbuka bersama adik beradiknya di rumah petang itu, tiba-tiba di suruh balik dengan tangan kosong..." , katanya dengan sayu hati.
            Rupa-rupanya tahun ini moreh di masjid itu hanya dikhas untuk mereka yang berbuka dan bersembahyang di masjid sahaja manakala jika ada lebihan hanya akan diagih-agihkan kepada jemaah berkenaan. Dengan kata lain, ahli kariah yang lain yang tidak berbuka dan sembahyang di masjid tidak dibenarkan mengambil makanan moreh walaupun sisanya.
            Ada pulak yang kata, tahun ini orang luar pun boleh dapatkan makanan moreh itu walaupun tidak ke masjid  asalkan mereka adalah 'kroni'.


Jagindas:   MASYAALLAH, apa dah jadi ni yop? betulkah begitu prinsip dan konsep moreh yang diamalkan oleh jemaah masjid tahun 1433H ni? atau, ada hal-hal berkaitan parti politik ke? kacaulah macam ni yop...

Ahad, 29 Julai 2012

PERANG PSIKOLOGI BERMULA

NAJIB...banyak sudah dicurahkan

Jangan Senjata Makan Tuan!

Perang psikologi telah bermula! Setelah mengumpan beberapa lama dan pihak pembangkang tidak lagi dapat mengagak apa yang mahu Najib (PM) lakukan sebelum pilihan raya (PRU13) bagi meraih undi rakyat, kini pakatan pembangkang / pakatan rakyat (PR) beralih kepada perang psikologi.[sini]
            Sebagai permulaan, mereka menggunakan kajian daripada Merdeka Center (MC) yang mendakwa kononya Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan bahaya berikutan dikatakan sokongan undi orang melayu terhadap BN lebih buruk berbanding tahun 2008 manakala undi daripada kaum-kaum lain dijangka akan terus beralih arah kepada pembangkang.
            Seperti biasa, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Pengarah Strategi PR, Rafizi, yang yakin terhadap kajian itu berkata sokongan pengundi melayu merosot kepada 75 peratus berbanding 79 peratus manakala pengundi india pula menjunam dari 72% ke 69% berbanding tahun 2008 (PRU12).
            Dengan tidak memberikan angka sokongan dari kalangan pengundi cina, PR yakin Najib tetap dalam keadaan bahaya pada bila-bila masa pun jika melakukan pilihan raya sekarang kerana PR yakin majoriti pengundi cina akan memberikan sokongan padu kepada PR.
            Walaupun kenyataan-kenyataan seperti ini adalah satu bentuk provokasi kempen dan lebih berbentuk perang psikologi di saat-saat akhir, namun BN terutama UMNO yang menguasai lebih 60% pengundi melayu tidak harus memandang remeh hasil kajian MC itu kerana ada beberapa perenggan dalam alasan-alasan yang diberikan terdapat logik dan munasabah sama ada dari mata kasar mahupun secara halus.
            Antaranya, dakwaan sikap muak dan bosan rakyat terhadap blog pro-kerajaan dan pemimpin kalangan UMNO yang dikatakan keterlaluan memainkan isu moral pemimpin pembangkang sebagai senjata untuk mempertidakkan keupayaan PR.
            Tinjauan rambang terhadap dakwaan ini mendapati kalangan orang ramai semakin tidak ambil kisah terhadap isu berkenaan dan ia tidak lagi menjadi topik hangat sembang-sembang politik setempat berikutan isu itu sudah terlalu lama dimainkan dan ia secara tidak langsung telah dianggap sebagai perkara biasa yang tidak lagi mampu menimbulkan sebarang 'keghairahan' yang mengejutkan.
            Apabila isu moral pemimpin sudah terlalu lama dimainkan meskipun dilengkapi dengan audio dan visual sedangkan mahkamah masih samar-samar membulatkan keputusan, maka isu berkenaan kini menjadi seperti bahan lawak jenaka yang tidak lebih daripada sekadar hiburan.
            Selain itu, langkah PM mencurahkan pelbagai insentif kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) turut disifatkan seperti mencurah air ke daun keladi berikutan dakwaan program berkenaan hanya bersifat sementara dalam usaha BN menarik minat rakyat menyokong kerajaan.
            Menyentuh isu ini, pernah beberapa penyokong PAS yang menerima BR1M dengan selambanya memberitahu bahawa apa sahaja yang kerajaan sekarang beri tidak akan dilepaskan namun untuk mendapatkan undi mereka itu adalah sesuatu yang mustahil.
            Sehubungan itu, semua pihak hendaklah berhati-hati memainkan isu ini kerana dikhuatiri ia bukan sahaja membuang masa malah akan memporak perandakan lagi undi Melayu kepada BN. Dan akhirnya, ia akan menjadi umpama 'senjata makan tuan!'
            Dalam BN, kita ada MCA, MIC, Gerakan dan beberapa kompenan lain lagi. Dan kalau kita masih ingat, Datuk Seri Chua Soi Lek, yang terang-terang telah mengakui perbuatannya terhadap salah laku seks tidak lama dulu, namun kini beliau adalah sebagai presiden parti MCA.
            Kepada Datuk Seri Najib, berhati-hatilah mencurah budi jangan sampai nanti kita 'tumbang berdiri'. Demikian juga kepada mereka yang memperjuangkan kerajaan sekarang bagi memastikan BN terus unggul dan diterima rakyat dalam PRU13 nanti, tugas kita hari ini adalah menghalusi hati pengundi dan elakkan  mereka daripada membenci akibat luahan dan tinta kata-kata kesat yang berlebih-lebihan.
            Memadailah rakyat diberitahu buruk dan baiknya dan selebihnya halusilah jiwa pengundi supaya timbul insaf mereka untuk memberi peluang kepada BN terus berbakti kepada rakyatnya sebagaimana yang dirasai hari ini.
            Kita bercakap tentang berhemah, ayuh kita praktikan rukun berhemah itu!

  
Jagindas:   tulisan saya di blogg ini pada 13 Julai, 2012 (dua siri)  ada menyentuh tentang kebimbangan sokongan rakyat terhadap BN terutama kalangan orang melayu.

TAZKIRAN RAMADHAN KE 9

ALLAH, TOLONG HINDARKAN KAMI DARIPADA KEKEJAMAN SEPERTI INI...






Jagindas:      Ya Allah, dengan kebenaran fatihah dan dengan rahasia yang terkandung dalam fatihah, Ya Allah Tuhan Yang melapangkan kedukaan dan yang menghilangkan kesedihan, Ya Allah Tuhan Yang Maha Kasih Sayang kepada hambanya, Ya Allah Tuhan Yang menghindarkan bala, Ya Allah Tuhan Yang Pengasih Yang menolakkan bala, Ya Allah Tuhan Yang Maha Penyayang Yang menjauhkan bala, tolaklah dari kami malapetaka, bala bencana, kekejian dan kemungkaran, sengketa yang beraneka, kekejaman dan peperangan, yang tampak dan yang tersembunyi, dalam negara kami khususnya dan dalam negara kaum muslimin umumnya, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.