Sabtu, 25 Ogos 2012

BENARKAH UMNO KELIRUKAN HUDUD?


BERIKUTAN DAKWAAN UMNO TIMBULKAN SALAH FAHAM
datok harun taib
Saya telah meneliti surat Tun Dr. Mahatihir (Datuk Seri Ketika itu) kepada Tn Haji Nik Aziz, MB Kelantan mengenai penolakan kerajaan pusat terhadap hukum hudud yang diperjuangkan PAS yang akhirnya polimik tersebut mengheret PAS mendakwa UMNO adalah bertanggungjawab menyebabkan rakyat jadi keliru. [BERITA DI SINI] DAN [SUMBER DI SINI] 
            Saya dapati dalam kandungan surat itu tidak ada perenggan atau baris-baris ayat yang mengelirukan melainkan dengan sengaja menyalahtafsirkannya kerana minda pembacanya sudah membuat set-up terlebih dahulu bahawa apa sahaja yang dikatakan oleh Tun memang tidak betul.
            Kalau dibaca dengan fikiran terbuka, rasional dan menolak faktor-faktor kebencian peribadi, adalah jelas surat berkenaan hanya bermaksud dan menerangkan yang hukum hudud PAs itu tidak sesuai dilaksanakan di negara ini berikutan ia tidak seimbang dengan kedudukan negara yang mempunyai rakyat yang majmuk, berbilang bangsa da budaya.
            Penolakan Tun itu adalah lebih kepada menjaga keharmonian dan keadilan semua pihak. Contoh yang amat jelas adalah hukuman jenayah sivil hendaklah dikenakan ke atas semua pelaku tidak mengira bangsa dan agamanya.
            Demikian juga dalam hal kesediaan menuntut kehadiran saksi-saksi yang adil dalam kes-kes tertentu seperti zina, khalwat dan rogol. Bagaimanapula kalau si perogol adalah mandul atau yang di rogol juga mandul atau ketika itu benih masih belum boleh bersenyawa? Apakah mangsa rogol hanya boleh dikatakan membuat fitnah?
            Nah, di sinilah manusia perlu juga merujuk kepada faktor sains sepeti semakan DNA dan perakuan doktor ke atas mangsa yang sewajarnya diterima sebagai bahan bukti yang mana ia tidak terkandung dalam hudud PAS. Itupun kalau kita mahu menegakkan keadilan hukuman.
            Berdasar kepada hukum hudud PAS, sepatutnya DAP wajar mempersetujuinya kerana ia tidak membabitkan agama lain (bangsa lain yang bukan Islam). Namaun sebagai pengamal undang-undang yang melihat keadilan dan ketelusan, makanya tidak hairanlah Karpal bertindak demikian manakala pemimpin DAP yang lain terus membisu.
            Begitu juga ketika ini, undang-undang mahkamah syariah masih belum dikatakan adil dalam menjatuhkan hukuman sesuatu kes misalnya dalam kes zina dan khalwat pasangan Islam dengan bukan Islam. Setakat hari ini hanya pasangan yang Islam sahaja yang dikenakan hukuman syarie manakala yang bukan Islam dilepaskan begitu sahaja.
            Justeru, hukum hudud memang boleh dilaksanakan di mana-mana negara Islam namun ia hendaklah disesuaikan dengan kepentingan dan keadilan semua pihak dengan mengambil kira faktor-fator globalisasi, saintifik dan pemodenan manusia. Ada sebahagian yang terkandung dalam quran dan hadith sebagai sesuatu yang mutlak manakala sebahagian yang pula adalah berdiri sebagai garis panduan. Maka, manusia yang menjadi khakifah di dunia ini hendak mengenalpastinya denga jelas berdasarkan perkembangan sezaman dengan tidak merobah maksud-maksud hakiki yang diperturunkan oleh Tuhan (Allah swt).

Jagindas:  ada yang kuat sembahyang,  kuat berpuasa, berdoa, berzikir dan bersedekah tepai masih juga memeluk amoi di Siam, main nombor ekor dan berjudi. Macam mana ni?


Jumaat, 24 Ogos 2012

LAFAZ TA'LIQ:


Mungkin Kita Dah Lupa.....
GAMBAR HIASAN: pernikahan...

KETIKA menulis respon saya terhadap cadangan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan cadangan balas daripada mufti Perak, mengenai perlu atau tidaknya kontrak praperkahwinan pasangan Islam, ulasan saya itu hanya berkisar kepada lafaz ta'lik.
          Beberapa minit tadi seseorang menghantar sms kepada saya yang antara lain menyatakan seperti berikut:

1.  Pesanan Buat Isteri
          setinggi mana kedudukan kamu atau sebaliknya, namun kedudukan kamu itu tetap dibawah satu darjat daripada suami kamu. Dan selagi suami kamu tidak menzalimi kamu maka hendaklah kamu mentaatinya. Di tangannya ada kuasa yang tidak mungkin kamu miliki.

2.  Pesanan Buat Suami
          meskipun darjah kamu lebih satu terhadap isteri kamu, namun peliharalah darjat dan martabat kamu selaku suami. sesunggunya di atas pelakuan isterimu itu akan tertanggung ke atas kamu pula.

3.  Pesanan Buat Suami dan Isetri
          hormatilah perjodohan kamu. memang adakalanya ribut taufan melanda. ada yang dapat mengawal malah tidak kurang juga yang terpisah entah ke mana. Berdoalah kepada Tuhan setiap waktu, kerana dialah yang maha mengatahui akan apa-apa juga yang tersembunyi (ghaib).

Respon saya:

          Tidak ada apa silapnya respon rakan saya itu, namun saya kurang faham mengapa beliau memberikan sedemikian.           Berikut di turunkan contoh lafaz taklik bagi negeri Perak dan Johor:

Contoh Lafaz Taklik Nikah di Perak

“1) Tiap-tiap aku tinggalkan atau tiada aku memberi nafkah yang layak bagiku akan isteriku (nama isteri) tiga bulan atau lebih lamanya dan mengadu ia kepada mana-mana kadi syarie dan sabit pengaduannya pada sisi Kadi itu, maka tertalak isteriku itu dengan satu talak.

2) Jika ada perbalahan kedua aku laki isteri maka mengadu isteriku (nama isteri) kepada mana-mana kadi syariah dan sabit pengaduannya pada sisi kadi itu, maka mengakulah aku akan bertaklik seperti yang dipersetujui kadi itu. Sekiranya ingkar aku daripada bertaklik sedemikian itu maka gugurlah satu talak di atas isteriku itu.

3) Tiap-tiap aku rujuk akan isteriku (nama isteri), dengan tiada redanya, maka tertalaklah ia satu talak pula.”

Contoh Lafaz Taklik Nikah di Johor

“Manakala saya tinggalkan isteri saya.....(nama isteri).....selama 4 bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut padahal ia taatkan saya atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya, kemudian ia mengadu atau wakilnya mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduannya di sisi kadi atau mahkamah syariah dan ia atau wakilnya memberi kepada kadi bagi pihak saya $1.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu ‘talak khulu’, atau saya ghaib daripada isteri saya yang tersebut selama satu tahun atau lebih, jika ia atau wakilnya mengadu kepada kadi dengan berkata ianya tidak tertunggu lagi akan saya manakala bersabit aduannya, nescaya tertalaklah ia satu talak, demikian lafaz taklik saya.”


Lengkap, kan?


Jagindas:  apa-apa pun yang penting adalah FAHAM.   Setakat tahu saja masih tidak membantu.. Ramai yang memiliki ilmu bertimbun-timbun tetapi tidak memahami!



EMMMMMMMAH!


kucupan keberkatan

                            Suasana ketika Nik Abdul Aziz dikunjungi Mohd Asri - 
                            sumber SINAR HARIAN

hehehehe....terungkap seribu makna dan rahsia

Jagindas:  teringat mengucup dahi ibu semasa hayatnya..


KONTRAK PERKAHWINAN


ADAKAH ISLAM HARI INI MEMERLUKANNYA 

HARUSANI
Ulamak dan pertubuhan bukan kerajaan berpendapat kontrak praperkahwinan tidak diperlukan bagi pasangan Islam yang mahu berkahwin kerana lafaz ta'liq dan mahkamah serta undang-undang syariah mampu membela hak wanita.
            Mereka berkata demikian sebagai mengulas cadangan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, supaya wanita Islam menandatangani kontrak praperkahwinan dengan menggariskan syarat mengikut undang-undang syarak bagi melindungi hak mereka berkahwin. [DI SINI]

BARANGKALI, mulut Musa terpacul memperkatakan isu tersebut berikutan kes mahkamah syariah membabit perihal rumah tangga semakin bertambah atau rancak berkembang dipersada mahkamah syariah dan sivil di negara ini.
            Suami saman isteri, isteri saman suami adalah sudah menjadi kes biasa. Malah, isteri pukul suami dan suami menyiksa isteri juga sudah jadi lumrah. Cuma, barangkali masih banyak kes di luar sana yang tidak dilapor atau di luar pengetahuan pihak berkuasa.
            Agak sukar untuk membicarakan kisah rumah tangga terutama pada zaman sekarang. Selain pengaruh media eltronik dan media cetak, pasangan juga kerap terpengaruh dengan tekanan dan tuntutan hidup semasa.
            Selain  itu, ada juga disebabkan perangai suami yang tidak bertanggung jawab demikian juga sikap isteri yang tidak meletakkan kedudukannya sebagai 'isteri' sebaik sahaja lafaz nikah terangkat.
            Meskipun, ketika ini setiap pasangan yang mahu bernikah akan diminta untuk menghadiri kursus perkahwinan, namun nampaknya kursus-kursus tersebut hanya mampu memberikan sijil bagi memudahkan pasangan bernikah. Padahal, dalam syariahnya, sijil seperti itu tidak wajib pun untuk ditunjukkan sebagai sayarat bernikah. Ia tidak termasuk dalam rukun nikah yang lima.
            Pun, begitu apa yang digariskan oleh Islam termasuk dalam lafaz ta'liqnya, sudah cukup untuk mengawal keharmonian rumah tangga pasangan Islam terbabit. Ringkas, tapi sebenarnya padat jika setiap pasangan benar-benar memahaminya dan bernikah atas dasar tuntutan Islam dan bukan atas sebab-sebab lain.
            Kewujudan mahkamah syariah bagi membantu pasangan yang bermasalah patut dipuji dan amat diperlukan terutama dalam keadaan dunia global yang penuh dengan pelbagai hujah dan cabaran ini.
            Pun begitu, dalam banyak hal, mahkamah syariah dan jabatan agama Islam negeri nampaknya tidak dapat melaksanakan tugas mereka dengan sempurna atas beberapa faktor dalaman dan faktor pasangan itu sendiri.
            Malah, ada juga yang mendakwa jabatan atau agensi berkenaan selalu lewat dalam menyelesaikan kes-kes berkaitan sehingga ada pasangan yang bosan. Dan, dakwaan itu juga turut menyebabkan ramai yang tidak mahu membawa kes mereka ke jabatan terbabit kerana tidak sanggup menunggu terlalu lama.
            Lantaran itu, ramai juga yang membuat keputusan sendiri yang akhirnya menuju kepada porak peranda dan bermasalah dalam tuntutan harta dan nafkah anak-anak. Malah, bertambah menakutkan bila ada pasangan biasanya pihak isteri, yang mendakwa jabatan agama Islam selalu bertindak berat sebelah atau lebih menyebelahi pihak lelaki! Wallah huallam, tidak diketahui sejauh mana betulnya dakwaan ini.
            Cumanya, jika seorang suami telah melafazkan talaq kepada isterinya kemudian mengadu isterinya kepada pihak berkuasa, apakah wajar kedudukan mereka ini ditangguh dulu dengan pelbagai alasan dan sebab yang kononnya kalau boleh penceraian hendaklah dielakkan?
            Soalnya, lafaz telah terpacul. Bukankah lafaz cerai itu dalam keadaan apa sekalipun dilafazkan ia akan terpakai? Begitulah sehingga ianya tidak boleh dijadikan bahan gurau, hatta melafazkannya ketika dalam keadaan mabuk sekalipun tetap terpakai! Apakah nas yang membolehkan lafaz cerai boleh ditarik undur?
            Justeru, memang konrak perkahwinan seperti yang dicadangkan oleh PGSM itu tidak perlu kerana undang-undang syariah sudah mencukupi menjamin keharmonian rumah tangga di dunia dan akhirat. Hanya, pihak berkuasa berkenaan perlu mengakaji semula bidang tugas mereka supaya yang terbabit dalam kes-kes seperti itu mempunyai keyakinan untuk berurus atau lebih jelas disebut lebih telus langsung memberikan minat pasangan bermasalah untuk mendapatkan khidmat agensi berkenaan dalam menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.
            Dan, kepada yang mahu berkahwin, jangan semudah itu untuk melafazkan akad nikah dan kemudiannya begitu mudah pula melafazkan talaq. Meski banyak harta dan wang ringgit bahkan dalam Islam juga menggalakan lelaki dan perempuan  memilih pasangan mereka yang berharta, namun ilmu serumah tangga itulah yang paling penting.
            Susah senang sama dilalui. Pahit maung sama dirasai. Tiada manusia yang terlepas daripada sebarang kekhilapan seperti kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit.

Jagindas:  sentiasa berdoa semoga aman dan bahagia..