Isnin, 27 Ogos 2012

PERTAHANKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (bhg.1)


DEMI MEMARTABATKAN SEKOLAH KEBANGSAAN DAN BAHASA MELAYU
SENTUHAN daripada Sasterawan Negara yang juga Dekan Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA, Dr. Anuar Ridhwan, menerusi ruang Rencana Akhbar Berita Harian 27 Ogos, 2012, di muka surat 24, mengenai kebimbangannya terhadap nasib Dasar Pendidikan Kebangsaan, mendorong saya untuk memberikan respon.
          Bagi saya, kebimbangan Dr. Anuar itu ada asasnya berikutan sejak akhir-akhir ini kerajaan dilihat lebih banyak bertolak ansur dalam erti kata mengorbankan beberapa ketetapan yang terkandung dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah dipersetujui sebelum ini.
          Kesungguhan kerajaan memartabatkan dasar pendidikan yang antara lain adalah sebagai senjata yang pasti dalam urusan memupuk semangat perpaduan negara nampaknya dipandang sepi oleh pihak lain.
          Dalam urusan ini, saya melihat UMNO sahaja yang beria-ia untuk mewujudkan satu kelas bangsa yang bersatu padu manakala pihak lain khususnya orang cina dan india tidak menampakkan kesungguhan mereka menyokong usaha itu.
          Alasannya, jika mereka bersungguh-sungguh terhadap usaha berkenaan, sudah tentu mereka tidak akan membuat pelbagai tuntutan yang condong kepada kepentingan kaum tetapi menyanggah dasar yang ditetapkan atau memberikan ruang kepada pihak-pihak NGO cina membuat tuntutan dan desakan yang bukan-bukan terutamanya menjelang pilihanraya.
          MCA dan GERAKAN sendiri tidak pernah serius menyokong usaha kerajaan mewujudkan sekolah wawasan malah dalam masa sama berdiam diri (atau mungkin juga mengenyit mata) apabila badan-badan NGO cina mengehentam niat suci kerajaan itu disamping mereka menuntut beberapa perkara yang tidak masuk akal atau menyalahi dasar pendidikan sedia ada.
          Bagi saya, sebarang tuntutan yang dibuat dengan menyandarkan pilihanraya atau politik sebagai faktor kelulusannya adalah suatu perbuatan yang tidak jujur bak kata pepatah melayu: telunjuk lurus kelingking berkait.
          Mahu tidak mahu, kita terpaksa menyebut Tun Abdullah Ahmad Badawai (bekas Perdana Menteri ke 5) di mana ketika zaman pemerintahannyalah banyak dasar-dasar dalam pendidikan ini telah dinodai dan akhirnya puak-puak ini menjadi naik tocang.
          Misalnya, ketika zaman Tun Abdullah, ada sekolah bantuan modal (cina dan tamil) yang diluluskan peruntukan baikpulih bangunan sehingga melebihi RM2 juta (hanya untuk sebuah sekolah) sedangkan sekolah berkenaan hanya memiliki puluhan orang murid sahaja. Manakala, sekolah kebangsaan pula terpaksa berkongsi beberapa buah sekolah untuk jumlah sebanyak itu sedangkan masih banyak sekolah kebangsaan yang muridnya padat dan berbangunan serba kekurangan.
          Inilah barangkali yang dimaksudkan oleh Dr Anuar bahawa nasib sekolah aliran  kebangsaan sewajarnya lebih baik selepas pengumanan rumusan sidang meja bulat pendidikan yang kemungkinan akan diumumkan oleh menteri pendidikan pada September ini.
          Seperti mana orang-orang PAS memperjudikan agama dalam memperjuangkan urusan parti mereka, maka demikianlah orang-orang Cina dan India menggunakan isu tuntutan kaum masing-masing dengan berperisaikan politik menyebabkan banyak perkara telah tersasar daripada landasan sepatutnya.
         
Jagindas:   [bersambung ke bhg.2]

ADAKAH ANDA DALAM GOLONGAN FAKIR ATAU MISKIN??


AGIHAN ZAKAT MEMERLUKAN KAJIAN SEMULA BAGI ASNAF FAKIR DAN MISKIN


Saya terpanggil untukmengulas sedikit terhadap pentafsiran taraf sosio-ekonomi rakyat di negara ini sebaik sahaja saya membaca laporan akhbar di Berita Harian semalam seperti yang diperkatakan oleh Ketua Felo Penyelidik di Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr Denison Jayasooria.[berita lanjut di sini]

          Walaupun, beliau tidakmenyentuhnya dari sudut agama Islam, namun hujah beliau itu menepati zaman dan kedudukan ummah pada hari ini berbanding kehendak dan keperluan hiudup semasa.


KIRA-KIRA 30 tahun lalu, saya pernah membicarakan soal tahap kemiskinan dan fakir dengan seorang tuan guru yang juga ahli tafsir (arwah Tuan Haji Muhammad, Pintu Gerbang Bruas), bagi menyempurnakan agihan zakat dan fitrah.
          Menurutnya darjah fakir dan kemiskinan bagi setiap tempat atau kariah itu tidak sama malah ia berubah mengikut masa atau zaman. Dan lagi, beliau menyatakan fakir dan miskin tidak akan hapus sampai bila-bila selagi rukun Islam Zakat dan fitrah itu diwajibkan. Makanya, sebab itu ia terletak dalam rukun Islam yang lima tanpa sebarang pengecualian.
          Katanya, seseorang atau sesebuah keluarga itu ditafsirkan fakir atau miskin mengikut perbandingan standard taraf sosio ekonomi majoriti penduduk di kariah berkenaan. Misalnya, jika dalam kariah itu, majoriti penduduknya mampu memiliki sekurang-kurangnya sebuah motosikal, maka yang berbasikal dan ke bawah adalah termasuk dalam golongan miskin.
          Contohnya lagi, sekiranya majoriti dalam kariah itu mampu memiliki kenderaan empat roda (kereta -tanpa mengira jenis dan keadaannya), maka yang bermotosikal itu dikira sebagai miskin manakala yang berbasikal dan kebawah adalah golongan fakir. Melainkan, ternyata dia memang mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu membeli atau menggunakan kemudahan tersebut.
          Saya bertanya lagi, bagaimana kalau dalam kariah berkenaan semua penduduknya memiliki kereta? Menjawab soalan saya itu, beliau berkata, ketika itu hendaklah dinilai taraf kenderaan yang mereka miliki. Jika majoriti memiliki kenderaan berjenama dan mahal, maka yang memiliki kereta murah serta dhaif itu dikira sebagai golongan miskin.
          Dalam kes ini beliau mengambil contoh kenderaan yang dimiliki sebagai perbandingan, namun menurutnya itu hanyalah sekadar perbandingan harta yang dimilki oleh seseorang atau sesebuah keluarga. Oleh itu, katanya bancian terhadap pemilikan harta setiap individu atau keluarga amat penting bagi memastikan mereka benar-benat termasuk dalam asnaf dan berhak menerima zakat dan fitrah.
Yang pasti katanya, tidak akan ada istilah dalam sesebuah kariah itu terkeluar daripada asnaf kemiskinan dan fakir. Bagaimanapun, bagi asnaf-asnaf yang lain ia adalah jelas.

Wallah hu'allam.

Jagindas:  macam mana?


Ahad, 26 Ogos 2012

LAWAK SEPANJANG LEBUH RAYA


PATUTLAH KEMALANGAN BERLAKU SETIAP KALI MENJELANG / HARI RAYA
kesesakan seperti ini amat memerlukan kesabaran dan tolak ansur.

SEMASA pulang berhari raya melalui lebuh raya utara selatan, hati saya membaca satu kesimpulan bahawa memang patutlah berlaku kemalangan jalan raya. Dan amat menyedihkan bila ia membabitkan mereka yang benar-benar mematuhi peraturan namun kecelakaan didatangkan oleh pemandu yang bersifat gelojoh, kurang akal dan tidak berperikemanusiaan.

Saya dapati sekurang-kurangnya terdapat sepuluh kesalahan yang perlu didisiplinkan oleh setiap pemandu kenderaan bermotor:

1.  pemanduan melebihi kelajuan yang ditetapkan terutama bagi kereta berjenama mahal / kereta baru
2.  memotong dari sebelah kiri atau melalui lorong kecemasan atau lorong yang dikhaskan untuk motosikal
3. masuk ke lorong kiri secara mendadak selepas membuat potongan  menyebabkan pemandu dibelakangnya terkejut dan bertindak menekan brek secara tiba-tiba
4.  motosikal yang tidak mengikut lorongnya dan menunggang secara bersaing-saing dengan kelajuan yang menakutkan
5. menjawab sms telefon bimbit sambil memandu laju atau tiba-tiba memperlahankan kenderaan
6.  memandu terlalu perlahan walaupun berada di lorong terkiri atau di lorong tengah
7.  menggunakan lampu tinggi sehingga mengganggu penglihatan pemandu bertentangan yang boleh mengakibatkan melanggar pembahagi atau railing jalan raya
8.  bas ekspres menggunakan kelajuan melebihi 120km/j  terutama pada waktu malam
9.  memotong/mengubah laluan (dari kiri ke kanan dan sebaliknya) tanpa memberikan terlebih dahulu lampu isyarat
10. memasang lampu spot dalam keadaan yang tidak sesuai

Haramjadah betul mereka ni, akai tak dak!

Jagindas:  angin satu badan.. pemandu seperti ini sebenar kerap menerima maki hamun dan sumpah seranah oleh pemandu yang 'teraniaya'. Walaupun mereka tidak mendengar, namun kepada pemandu yang sedemikian, orang tua-tua kata kalau lebih dari 40 orang mendoakan kita yang tidak baik, insyaAllah, akan kena juga akhirnya... Justeru, berubah sikaplah. Orang lain pun nak cepat juga...

Sabtu, 25 Ogos 2012

SIAPA KENA BELAJAR LAGI?


DAP, UMNO, ATAU....
Dari Kiri: Karpal, Raja ahmad dan Tun Mahathir
KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Naib ketua dewan pemuda PAS, Raja Ahmad Al-Hiss berkata kenyataan Karpal Singh terhadap hukum hudud merupakan manifestasi kejahilan beliau terhadap bagaimana undang-undang Islam beroperasi secara keseluruhan.[BERITA LANJUTDI SINI]

          Seperti biasa, yang betul tetap betul, yang salah tetap salah. Jadi, pada saya kenyataan Naib ketua dewan pemuda PAS, Raja Ahmad Al-Hiss, adalah salah.
          Beliau yang perlu belajar lagi. Jangan baca kitab secara jumud dan pandang dunia sentiasa serong. Bacalah kedua-duanya dalam 'Ilmu Allah', insyaAllah anda akan bertemu jawapannya.
          Dunia tidak membesar tetapi kandungannya sentaiasa mengalami perubahan bukan sahaja yang bernyawa malah batu batan dan tanah tanih juga turut mengalami perubahan. Bacalah Ilmu Allah merangkumi dunia dan akhirat secara seimbang.
          Sedikit sentuhan saya terhadap isu ini ada ditulis dalam paparan sebelum ini bertajuk: Benarkah UMNO Kelirukan Hukum Hudud


Jagindas: suka dengar azam P Ramlee dalam filem semerah padi, tapi sekarang ni azan kat kampung-kampung pun banyak yang tak betul, maklumlah azan ikut-ikutan...