Isnin, 27 Ogos 2012

PERTAHANKAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (bhg.1)


DEMI MEMARTABATKAN SEKOLAH KEBANGSAAN DAN BAHASA MELAYU
SENTUHAN daripada Sasterawan Negara yang juga Dekan Fakulti Penulisan Kreatif ASWARA, Dr. Anuar Ridhwan, menerusi ruang Rencana Akhbar Berita Harian 27 Ogos, 2012, di muka surat 24, mengenai kebimbangannya terhadap nasib Dasar Pendidikan Kebangsaan, mendorong saya untuk memberikan respon.
          Bagi saya, kebimbangan Dr. Anuar itu ada asasnya berikutan sejak akhir-akhir ini kerajaan dilihat lebih banyak bertolak ansur dalam erti kata mengorbankan beberapa ketetapan yang terkandung dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah dipersetujui sebelum ini.
          Kesungguhan kerajaan memartabatkan dasar pendidikan yang antara lain adalah sebagai senjata yang pasti dalam urusan memupuk semangat perpaduan negara nampaknya dipandang sepi oleh pihak lain.
          Dalam urusan ini, saya melihat UMNO sahaja yang beria-ia untuk mewujudkan satu kelas bangsa yang bersatu padu manakala pihak lain khususnya orang cina dan india tidak menampakkan kesungguhan mereka menyokong usaha itu.
          Alasannya, jika mereka bersungguh-sungguh terhadap usaha berkenaan, sudah tentu mereka tidak akan membuat pelbagai tuntutan yang condong kepada kepentingan kaum tetapi menyanggah dasar yang ditetapkan atau memberikan ruang kepada pihak-pihak NGO cina membuat tuntutan dan desakan yang bukan-bukan terutamanya menjelang pilihanraya.
          MCA dan GERAKAN sendiri tidak pernah serius menyokong usaha kerajaan mewujudkan sekolah wawasan malah dalam masa sama berdiam diri (atau mungkin juga mengenyit mata) apabila badan-badan NGO cina mengehentam niat suci kerajaan itu disamping mereka menuntut beberapa perkara yang tidak masuk akal atau menyalahi dasar pendidikan sedia ada.
          Bagi saya, sebarang tuntutan yang dibuat dengan menyandarkan pilihanraya atau politik sebagai faktor kelulusannya adalah suatu perbuatan yang tidak jujur bak kata pepatah melayu: telunjuk lurus kelingking berkait.
          Mahu tidak mahu, kita terpaksa menyebut Tun Abdullah Ahmad Badawai (bekas Perdana Menteri ke 5) di mana ketika zaman pemerintahannyalah banyak dasar-dasar dalam pendidikan ini telah dinodai dan akhirnya puak-puak ini menjadi naik tocang.
          Misalnya, ketika zaman Tun Abdullah, ada sekolah bantuan modal (cina dan tamil) yang diluluskan peruntukan baikpulih bangunan sehingga melebihi RM2 juta (hanya untuk sebuah sekolah) sedangkan sekolah berkenaan hanya memiliki puluhan orang murid sahaja. Manakala, sekolah kebangsaan pula terpaksa berkongsi beberapa buah sekolah untuk jumlah sebanyak itu sedangkan masih banyak sekolah kebangsaan yang muridnya padat dan berbangunan serba kekurangan.
          Inilah barangkali yang dimaksudkan oleh Dr Anuar bahawa nasib sekolah aliran  kebangsaan sewajarnya lebih baik selepas pengumanan rumusan sidang meja bulat pendidikan yang kemungkinan akan diumumkan oleh menteri pendidikan pada September ini.
          Seperti mana orang-orang PAS memperjudikan agama dalam memperjuangkan urusan parti mereka, maka demikianlah orang-orang Cina dan India menggunakan isu tuntutan kaum masing-masing dengan berperisaikan politik menyebabkan banyak perkara telah tersasar daripada landasan sepatutnya.
         
Jagindas:   [bersambung ke bhg.2]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.